(Muaz POV)
"Tapi....sebenarnya, ada sesuatu tentang aku yang aku tak pernah cerita pada kau...atau pada sesiapa pun. Benda tulah yang menyebabkan Abi aku marah aku, halau aku dari rumah dan tak mengaku aku ni anak dia lagi." ujarku lagi sedikit sebak.
"boleh aku tau apa benda tu?" soal Hazrin. Aku memandang wajahnya dalam. Inilah masanya. Masa yang akan menentukan hayat persahabatan aku dengan Hazrin. Hanya ada dua kemungkinan selepas aku menceritakan ini, samada Hazrin boleh menerima aku atau Hazrin akan membenci aku. Aku tenung wajah Hazrin dalam. Jelas terpancar keikhlasan diwajahnya. Perlahan aku mengeluarakan telefon bimbitku. Aku membuka aplikasi video. Sebuah video ku buka dan aku tunjukan pada Hazrin. Hazrin mengambil telefon bimbitku dan menonton video tersebut. Hazrin bungkam. Dia terkejut.
"i...ini..." Hazrin termati kata. Aku memerhati tingkahnya. Telefon bimbitku aku ambil semula dan aku matikan video tersebut.
"ma...maksud kau apa ni?" soal Hazrin. Aku hanya tertunduk. Video yang kutunjukan tadi adalah sebuah video porno. Video porno golongan lelaki yang mencintai lelaki. Video yang juga telah dilihat oleh ayahku di komputer ribaku di rumah tadi. Video yang membuatkanku berada disini malam ini.
"Kau....kau gay ke?" soal Hazrin teragak-agak. Aku memandang Hazrin yang masih keliru dan terkejut. Aku mengangguk perlahan. Hatiku berdebar menanti tindak balas dari Hazrin. Hazrin terdiam dan terpaku. Dia ibarat baru menerima satu pukulan hebat.
"Ren..." panggilku sambil cuba mencapai tanganya. Hazrin seakan terkejut dengan tingkahku dan terus menepis tanganku dan berundur kebelakang. Seakan cuba melarikan diri dariku. Tindak balasnya itu ibarat satu tamparan buatku. Walaupun aku seakan boleh mengagak, namun hatiku tetap merasa sakit. Dia tak boleh terima aku. Sama seperti ayahku. Padan muka kau Muaz. Semua orang dah benci kau. Aku kembali menoleh ke hadapan sebelum melepaskan keluhan berat. Sebak aku rasakan. Nanti Muaz...sabar. Jangan nangis kat sini. Kau kena kuat. Sekali lagi aku menoleh ke arah Hazrin. Dia masih kaku seperti tadi. Terkejut benar dia.
Perlahan aku meraih bantal dan selimut yang tadi aku gunakan. Aku berdiri, dan langkah ku atur ke pintu bilik.
"kau...kau nak pergi mana?" soal Hazrin. Aku memberhentikan langkah sebelum berpaling memandang Hazrin seketika.
"Aku...aku tidur kat luar." Jawabku sambil memeberikan satu senyuman hambar yang sebenarnya cuba menyembunyikan kesedihan dalam jiwa. Perlahan pintu bilik kubuka dan terus menuju ke ruang tamu meninggalkan Hazrin bersendiri. Pasti dia tak selesa kalau aku terus disitu. Aku duduk termenung di sofa.
Apa lagi yang bolehku buat. Hazrin tak boleh menerima aku. Tak mengapakah kalau aku masih terus disini. Aku tak boleh berada disini. Hazrin dah benci aku. Tapi tak kan aku nak keluar lewat-lewat malam begini? kemana aku nak pergi. Tak apalah, tebalkanlah muka menumpang disini sampai esok. Esok, awal-awal pagi aku akan pergi. Tanpa aku sedar, air mataku mengalir lagi. Ya Allah....bantu aku.
~~~~~~~~~~~~
Aku ralit memandang ke luar tingkap bas yang kini dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Tak ada apa yang menarik di luar sana, cuma sudah menjadi tabiat aku setiap kali naik bas, pasti pandanganku campak keluar. Sekali-sekala aku melirik memandang penumpang di sebelahku. Hazrin ku lihat terlelap. Keadaan ku rasakan agak kekok. Entah kenapa Hazrin beriya benar mahu mengikutku pulang ke Pulau Pinang. Bukan ke dia dah benci aku?
(Flashback)
Perlahan aku menutup pili air sebelum ku dengar namaku dipanggil. Suara yang amat ku kenali. Perlahan pintu bilik air kubuka. Tersembul wajah Hazrin disitu. Terkejut aku dibuatnya.
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomanceMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...