"Oii..." Sergah Luqman sebelum duduk di sebelah Aniq. Aniq menoleh memandangnya.
"Abang Luq ni....terkejut Aniq." Aniq memprotes. Luqman ketawa kecil. Geli hati melihat riaksi Aniq.
" Aniq buat pe duduk sini sorang-sorang...tak join yang lain main bola?" ujar Luqman merujuk kepada pelajar-palajar lain yang sedang bermain bola sepak di padang.
"Malaslah, Aniq bukan pandai main pun. Lagipun diorang semua ni tak tahu bosan ke? time riadah main bola, waktu PJ pun main bola jugak. Dalam dorm malam-malam sembang pasal bola. Seriously...tak bosan ke?" protes Aniq. Luqman hanya tersenyum melihat Aniq membebel.
"Alah...lelaki...biasalah tu." balas Luqman.
"lelaki pun....tak semestinya mesti bola. Banyak lagi benda lain boleh main. Dah jadi macam sesuatu yang sangat klise. Asal lelaki je..mesti bola."
"Aniq ni kuat membebel jugak ye." ujar Luqman selamba. Aniq menoleh memandang Luqman mencerut. Luqman ketawa lagi.
"Ramai je yang main badminton, takraw....tenis pun ada. Pergilah join diorang tu." ujar Luqman lagi. Aniq memandang Luqman lagi sebelum tersengih.
"Aniq ni sebenarnya malas je kan, malas nak keluar peluh, kan?" duga Luqman. Aniq pandang Luqman lagi, kini dia mengangguk sambil tersengih. Mereka berdua ketawa.
"Dah agak dah, ye ye je membebel macam-macam.!" protes Luqman. Aniq masih ketawa.
"Yang Abang tu, buat apa kat sini?" soal Aniq pula.
"Saja....nak temankan adik abang sorang ni. Kesian dia duk sensorang." balas Luqman. Wajah Aniq merona merah. Malu dia jadinya. Luqman tersenyum lebar apabila melihat wajah Aniq yang merah. Dia lantas mendekatkan dirinya dengan Aniq. Mereka sangat rapat, sehingga tubuh mereka bersentuhan.
"Aniq..."panggil Luqman lembut. Aniq menoleh memandang Luqman.
"Ye abang sayang." balas Aniq mengusik manja. Bertambah lebar senyuman dibibir Luqman.
"Malam ni datang bilik abang nak?" ajak Luqman. Aniq lantas memandang Luqman sambil tersenyum lebar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aniq masuk ke bilik guru dan dengan hati yang berdebar. Dia tak tahu kenapa tiba-tiba Ustaz Hakim memanggilnya. Bilik guru agak kosong pagi ini bila kebanyakan guru sedang mengajar di kelas masing-masing. Dia mendekati meja Ustaz Hakim. Dia bertambah pelik bila ternampak buah hatinya, Luqman turut berada disitu.
"Assalamualaikum Ustaz."Aniq memberi salam. Hakim dan Luqman serentak berpaling memandang Aniq.
"Ha...Aniq, mari duduk sini." ajak Hakim. Aniq datang mendekat dan duduk di kerusi kosong di sebelah Luqman. Jeda seketika. Luqman hanya tertunduk. Aniq masih keliru. Hakim hanya diam dan memandang mereka berdua.
"Kamu berdua tahu kenapa saya panggil kamu berdua?" soal Hakim yang juga merupakan salah seorang guru dalam Jawatankuasa disiplin dan tatatertib sekolah berasrama penuh ini. Aniq dan Luqman pandang Hakim sebelum menggelengkan kepala. Hakim meninjau sekelilingnya memastikan yang memang haya ada mereka disitu. Luqman dan Aniq jadi bertambah risau. Sempat mereka mencuri pandang antara satu sama lain.
"Saya sebenarnya, nak tanya awak berdua satu perkara." ujar Hakim serius. Luqman dan Aniq menumpu perhatian pada Hakim.
"Apa sebenarnya hubungan awak berdua?" soal Hakim. Luqman dan Aniq kaget.
"Ap....apa yang Ustaz cakap ni? kami...Aniq ni adik angkat saya la." ujar Luqman sedikit tergagap. Aniq hanya tertunduk seperti pesalah. Hakim kelihatan masih tenang dan hanya memerhati tingkah dua orang pelajarnya ini.
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomanceMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...