(Hakim POV)
"Assalamualaikum" Aku memberi salam. Belum sempat pintu rumahku ku ketuk, pintu sudahpun dibuka. Terpacul isteriku di balik pintu.
"Waalaikumussalam" jawabnya sambil membuka grill pintu. Dia lantas menyalami tanganku sebelum mengambil beg pakaian yang ku bawa tadi.
"Macam mana bang? ada jumpa angah? angah okay? dia sihat?" soalnya bertalu-talu.
"Ish...awak ni, kalau ya pun, bagilah saya masuk dulu." ujarku pula. Isteriku, Ainina, lantas memberikan laluan untuk ku masuk. Aku masuk ke rumah dan terus menuju ke ruang tamu. Ainina menutup semula pintu sebelum mengekoriku. Aku lantas merebahkan diriku pada sofa. Ainina meletakkan beg yang dibawanya di tepi sofa sebelum duduk disebelahku.
"Macam mana? angah okay?" soalnya curious.
"Dia okay...dia sihat." balasku ringkas.
"Alhamdulillah, jadi....apa yang jadi sebenarnya?" soal Ainina dengan mata membulat. Aku renung wajahnya. Cantik isteri aku ni. Kalau tengok betul-betul, muka isteri aku ni dengan Muaz saling tak tumpah.
"Abang...." rengeknya selepas aku hanya diam.
"Nina....apa kata, awak pergi buatkan air untuk saya dulu. Saya hauslah.." ujarku.
"Ish...Abang ni. Nak air apa?" soalnya sedikit memprotes. Aku tersenyum kecil melihat tingkahnya.
"Apa-apa jelah. Asalkan air sejuk." balasku. Ainina lantas berpaling dan terus menuju ke dapur. Aku tersenyum lagi melihatnya sehinggalah dia hilang di balik pintu dapur. Aku lantas mencapai remote televisyen dan terus membuka siaran televisyen. Dari satu saluran ke satu saliran, cuba mencari siaran yang menarik perhatianku.
"Nah bang..." ujar Ainina. Terkejut juga aku tiba-tiba dia muncul.
" cepatnya buat air." ujarku sambil melihat segelas air berwarna merah yang dihulurkan padaku. Aku lantas mencapainya dan meneguk air sirap sejuk itu.
"Air ni memang dah siap bancuh dalam peti ais tu. Nina ambik je la. Senang." balasnya.
"Alhamdulillah. Sedap air sirap Nina ni." Hampir setengah air tersebut ku minum, aku serahkan semula gelas tersebut pada Ainina. Dia lantas mencapainya dan meletakkannya elok di atas meja.
"dah?" soalnya.
"dah?"soalku kembali sedikit keliru.
"okay dah....sekarang cerita...apa jadi pada angah?" soalnya lagi. Aku tersenyum lagi. Itu rupanya yang dia maksudkan.
"Awak ni kan...saya ni belum hilang lagi penat lelah drive kereta dari Pulau Pinang tu. Dah awak tanya macam-macam."
"Mestilah....Nina ni risau tau pasal angah tu. Entah apalah yang dah jadi dengan dia." ujar Ainina kerisauan. Aku merenung wajah manisnya lagi. Patut ke aku cerita apa yang dah jadi. Tapi aku risau yang dia tak boleh terima apa yang dah jadi. Ainina ni dengan Abi tu sama je perangai. Aku kenal sangat isteri aku ni.
"Ceritalah bang.."desak Ainina lagi. Aku melepaskan keluhan berat. Aku tak boleh cerita pada Ainina. Paling tidak pun, bukan sekarang.
"Nina....awak percaya pada saya kan?" soalku. Ainina mengangguk. Aku pegang kedua tangannya.
"Macam ni, sebenarnya, mula-mula tu, angah langsung tak nak cerita pada saya apa yang dah jadi. Puas saya pujuk. Tapi, Alhamdulillah. Allah buka juga hati dia untuk cerita pada saya. Apa yang dah jadi ni, bukan benda kecil. Benda besar. Sesuatu yang cukup untuk buat Abi tak mengaku angah tu anak dia."
"Yelah...Nina tahulah. Tapi apa sebenarnya yang dah jadi.?"
"Nina tahu tak, Nina dengan Abi tu, banyak persamaan. Perangai Nina, dengan Abi, sama je." ujarku lagi. Ainina kelihatan sedikit keliru. Aku menarik nafas cuba mengatur kata.
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomansaMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...