Bahagian 29

3.8K 166 18
                                    



(Muaz POV)

"Angah.."

" Angah !!" aku tersentak dari lamunan bila namaku dipanggil kuat. Aku berpaling memandang ke arah suara lelaki yang memanggilku.

"Mengelamun apa tu? Sampai dah ni." Ujarnya sambil tersenyum sedikit. Aku berpaling semula memandang kawasan luar dari kereta ini. Sesekali aku kembali menoleh ke arah Abang Long.

"Sampai dah?" soalku dungu walaupun jelas kini kereta Abang Long ini diparkir elok di garaj rumahnya.

"Angah kenapa ni? Okay tak ni?" soal Abang Long ambil berat. Aku pandang wajahnya. Sebelum tersenyum kecil.

"okay je...mamai sikit." Dalihku. Sepanjang perjalanan aku balik dari Pulau Pinanng tadi, sehinggalah Abang Long ambil aku di stesen bas, fikiranku melayang jauh teringatkan apa yang jadi malam tadi. Apa yang terjadi antara aku dan Hazrin. Apa yang jadi malam tadi telah menjawab pelbagai persoalan. Persoalan tentang aku dan tentang Hazrin. Aku faham jelas duduk perkara yang sebanar sekarang. Fikiran aku dah tak sekusut sebelum ni, Cuma aku masih belum jumpa jawapan pada satu persoalan. Kemana arah tuju hubungan aku dan Hazrin selepas ni.

"dah...jom masuk, ada hadiah istimewa untuk angah kat dalam." Ujar Abang Long tersenyum lebar.

"Hadiah?" soalku pula. Abang Long hanya tersenyum lebar menampakkan gigi putihnya yang tersusun elok.

"Hadiah apa pulak? Birthday Angah lambat lagi kan?" soalku keliru.

"Masuk lah dulu...jom." ajak Abang Long teruja. Aku jadi pelik. Dia lantas terus keluar dari perut kereta. Aku mengikut jejaknya. Aku mengambil beg ku di tempat duduk belakang sebelum mengatur langkah ke arah pintu rumah yang memang sedia terbuka.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam.

"Waalaikumussalam." Kedengaran Suara Kak Long. Dia kemudian muncul dari arah dapur. Aku segera mendapatkannya dan bersalam dengannya.

"Sampai dah adik Kak Long." jawabnya mesra keibuan, sesuai dengan keadaannya yang bakal jadi ibu dalam tempoh tiga bulan lagi.

"Kak Long Sihat?" soalku pula mesra.

"Kak Long sihat.." jawab Kak Long kembali.

"Abang Long kata ada hadiah...hadiah apa?" soalku teruja sambil sesekali aku meninjau-ninjau sekelilang cuba mencari hadiah yang dimaksudkan. Kak Long kulihat hanya tersenyum. Tapi ada yang lain dengan senyuman itu. Senyuman yang aku tak dapat nak tafsirkan,

"Angah.." kedengaan suara seorang wanita memanggilku. Aku jadi pegun. Aku kenal suara itu. Suara yang amat-amat aku rindui. Perlahan aku menoleh kearah suara penuh keibuan itu. Kelihatan seoarang wanita berdiri tegak di pintu bilik sambil memandangku dengan mata yang berkaca.

"Um...Umi..."

"Angah....anak Umi.." panggilnya lagi. Aku segera mendapatkannya. Air mataku berlinang. Aku lantas memeluk tubuh tua itu erat. Aku peluk seakan tak mahu ku lepas lagi. Hampir setahun, hampir setahun lamanya aku tak lihat wajah indah ini. Hampir setahun lamanya aku tak peluk tubuh tua ini. Ya Allah, Alhamdulillah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(Ustaz Hakim POV)

Aku duduk bersandar pada bangku di meja makan. Aku asyik melihat Muaz dan Umi di ruang tamu. Tak henti-henti berborak dari tadi. Entah apa yang dibualkan. Jelas riak keriangan di wajah Muaz dan Umi. Rindu benar anak beranak ini antara satu sama lain.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now