Aku membelek telefon bimbitku. Aku perhatikan mesej yangku hantar pada Hazrin yang masih belum berbalas. Aku dah tak tahu ini mesej yang keberapa. Sepanjang cuti semester ni, tak sekali pun Hazrin membalas mesej atau menjawab panggilanku. Dia menyepikan diri. Aku jadi pelik. Kenapa dengan Hazrin? Aku ada buat salah ke dengan dia? Kalaulah aku dekat dengan dia sekarang ni, aku dah pergi dah cari dia dekat rumah dia. Aku melepaskan keluhan berat sebelum duduk di birai katil di sebelah begku yang aku baru siap kemas. Cuti semester dah pun habis, esok aku akan balik semula ke Pulau Pinang.
"Angah..." panggil satu suara. Aku menoleh ke arah suara yang memanggilku di muka pintu. Kak Long tersenyum memandangku.
"apa yang dikeluhkan tu?" soal Kak Long.
"tak ada apa lah." balasku ringkas. Kak Long datang dekat dan duduk disebelahku.
"Tak kan lah tak ada apa-apa. Kalau tak ada apa-apa tak kan mengeluh sampai macam tu." ujar Kak Long. Aku pandangnya sebelum sekali lagi melepaskan keluhan.
"ni ha...Ren ni."
"Ren?" soal Kak Long keliru.
"Ren..Hazrin...kawan angah tu." Kak Long kulihat seakan berfikir seketika.
"ohh...haaa....Ren, kenapa dengan dia?"
"entahlah dia tu, Angah call tak nak jawab, angah wasap tak balas. Entah apa-apa entah."aduku pada Kak Long.
"Kenapa? korang gaduh ke? bukan korang ni BFF?" soal Kak Long. Aku pandang Kak Long lagi.
"Entah.."
"Pulak....sendiri gaduh pun tak tahu ke?" soal Kak Long pelik. Aku tergelak kecil.
"Entah..tak tahu, rasa macam tak adalah gaduh....tapi...."
"tapi apa?" soal Kak Long. Mindaku memainkan semula peristiwa hari terakhir kami di Pulau Pinang sebelum masing-masing balik untuk bercuti. Yang tu kira gaduh ke?
"tapi....adala..macam selisih faham sikit." balasku.
"hmmm...kira gaduh la tu." balas Kak Long selamba. Aku hanya mengangguk mengiyakan.
"Kak Long masuk sini ni kenapa?" soalku pula selepas jeda seketika.
"hmm?...tak...saja nak tengok angah dah siap kemas barang belum."
"Siap dah ni. Sikit je barang." balasku sambil menepuk beg galasku yang kini sudah mengembung penuh dengan barang-barang.
"betul ni tak nak Kak Long dengan Abang Long hantar balik Penang?"
"ishhh...buat apa? angah boleh balik sendiri la. Hantar sampai stesen bas sudahlah esok." balasku.
"Awak tu sebenarnya nak pergi jalan-jalan ke Penang kan?" sampuk Abang Long dimuka pintu. Aku dan Kak Long serentak memandang ke arah Abang Long. Kak Long ku lihat mencebik.
"Abanglah....hari tu saya nak ikut pergi Penang tak kasi." ujar Kak Long.
"Alah awak ni...nanti saya bawak lah. Pergi Penang tu bukannya boleh balik hari, paling-paling kena stay satu malam. Isnin kan awak kerja." balas Abang Long. Kak Long mencebik. Aku tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
"Entah Kak Long ni. Kalau dah tahu nak jalan-jalan, ambil la cuti awal-awal." tambahku pula. Kak Long mencebik padaku pula.
"Sudahlah...kalau dah ada korang berdua ni, memang Kak Long tak boleh menang." Protes Kak Long sambil bangun dari katil dan terus keluar dari bilikku. Aku dan Abang Long hanya tergelak kecil melihat keletah manja Kak Long ku itu. Abang Long pula kini menggantikan tempat Kak Long duduk disebelahku.
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomanceMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...