Flashback
(Muaz POV)
DUSH!!! satu tumbukan kuat dilepaskan. Mata ku bulat memerhati.
"Hei!!!...kau...aku dah kata, jangan kacau aku!...aku tak suka kau! aku bukan orang macam kau! aku benci orang macam kau!" ujar Hazrin tegas dengan wajah memerah marah. Aku memandangnya dengan nafas kencang. Aku seakan masih tak boleh hadam apa yang berlaku. Hazrin berpaling dan kini memandang tepat kearah ku.
"Kau buat apa kat sini?" soalnya kasar. Wajahnya yang sering terhias senyuman manis kini berkerut.
"Ak....aku....aku.." Aku jadi salah tingkah.
"Dah...jom..." ujarnya sebelum berjalan melintasiku. Aku masih pegun disitu sambil pandangan mataku terarah pada seorang budak lelaki yang terduduk dilantai selepas di tumbuk oleh Hazrin tadi. Dia kulihat tertunduk dengan air mata yang mengalir. Pipi putihnya memerah. Terhincut-hincut bahunya menahan tangis. Timbul rasa simpatiku padanya.
"Muaz!!" panggil Hazrin lagi.
"Ya.."
"Jom!!" ajaknya tegas.
"Ok..ok..."balasku sebelum aku berlari anak mendapatkannya.
~~~~~~~~~~~
Aku duduk berteleku di atas katilku. Fikiranku ligat memikirkan peristiwa disekolah tadi.
"Hei!!!...kau...aku dah kata, jangan kacau aku!...aku tak suka kau! aku bukan orang macam kau! aku benci orang macam kau!"
Kata-kata dari Hazrin itu terngiang-ngiang dalam fikiranku. Walaupun kata-kata itu tidak ditujukan padaku, tapi aku dapat rasa sakitnya. Aku terbayangkan budak lelaki yang ditumbuk oleh Hazrin tadi. Aku yakin, sakit ditumbuk di wajah itu tidak seberapa kalau nak dibandingkan sakit di hati. Aku kenal budak lelaki tu. Haekal namanya. Pelajar tingkatan dua, setahun lebih muda dari aku dan Hazrin. Haekal...dan aku sama. Aku dan dia...sama-sama tak normal. Aku dan dia sama-sama sukakan lelaki dan, aku dan dia...sama-sama sukakan Hazrin. Ya, aku suka pada Hazrin. Suka lebih dari seorang kawan. Aku tak tahu sejak bila, tapi bila aku sedar, perasaan aku pada dia sudah jauh melangkaui sempadan 'kawan biasa'.
Aku teringat satu masa dulu, sedang kami berbual-bual, entah macam mana topik tentang 'gay' boleh dibuka. Dia pernah bagi tahu, dia benci lelaki gay. Tapi itu belum kuat untuk aku memadam perasaan aku pada dia. Kerana bagi aku, cukuplah aku mencintai dia dalam diam.
Masa dia cerita pada aku yang Haekal ada bagi surat cinta pada dia, aku rasa tercabar. Mulanya aku tak percaya, Tapi bila dia tunjuk sendiri surat itu padaku, aku mula percaya. Bagaimana kalau dia terima cinta Haekal? macam mana pula dengan aku? Sebab tu aku ikut dia bila dia cakap dia nak bersemuka dengan Haekal. Hazrin tak bagi aku ikut dia, tapi aku berdegil, aku ikut dia senyap-senyap.
Tapi apa yang aku nampak ketika itu betul-betul buat aku terkejut. Aku tahu Hazrin tak suka lelaki gay, tapi aku tak sangka dia sanggup buat macam tu. Aku dan Haekal, sama...yang berbeza, dia confess perasaan dia pada Hazrin dan aku tidak.
Aku mula terfikir, kalau Hazrin boleh buat begitu pada Haekal, tak mustahil dia akan buat benda yang sama pada aku. Aku dan Haekal, sama, yang berbeza, aku kawan baik Hazrin dan Haekal bukan.
Haekal beruntung, dia hanya tak dapat memiliki lelaki yang dia cinta, sedangkan aku, kalau hal itu terjadi pada aku, aku bukan setakat tak dapat cinta yang aku damba, malah aku akan turut kehilangan seorang kawan yang amat aku sayang. Aku tak sanggup nak kehilangan Hazrin. Aku tak boleh kehilangan dia.
Aku bertekad, mulai hari ini, aku kena tanamkan dalam minda aku, Hazrin lelaki straight, Hazrin tak suka lelaki. Aku kena simpan perasaan aku pada dia dalam-dalam dan jangan pernah dikeluarkan. Aku dan Hazrin akan kekal jadi kawan baik sampai mati. Tak akan kurang dan yang paling penting sekali tak akan lebih!!
![](https://img.wattpad.com/cover/87314671-288-k524243.jpg)
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomantizmMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...