Bahagian 25

3.9K 197 26
                                    


(Aniq POV)

"Assalamualaikum.." aku memberi salam sebaik pintu rumah sewaku ini ku buka.

"Waalaikumussalam." Terdengar suara Abang Muaz menjawab salam. Dia sedang duduk sendiri di meja belajarnya. Aku masuk ke dalam. Pintu rumah ku tutup kembali sebelum aku menuju ke arahnya.

"Aniq dari mana?" soalnya ramah seperti biasa.

"Dari kampus, ada discussion untuk group assignment tadi." Jawabku. Muaz mengangguk faham. Dia ku lihat kembali menumpu pada skrin komputer ribanya. Pelik, tiada apa-apa aplikasi yang terpasang, entah apa yang dipandangnya tu. Pandangannya mungkin ke skrin tapi aku tahu fikirannya jauh melayang entah ke mana.

"Abang Muaz Okay?" soalku memecah jeda.

"hmm??..." soalnya kembali keliru.

"Abang Muaz okay tak ni?" soalku lagi.

"okay..okay....tak ada apa." Balasnya yang jelas sangat sebenarnya tak okay. Aku lantas menghampirinya dan duduk di kerusi Abang Hazrin.

"Abang....Aniq tahu abang tak okay. Tak baik tau pendam macam ni. You should let it out." Aku cuba memujuk. Aku sendiri tak tahu apa yang difikirkan oleh Abang Muaz. Tindakan dia langsung tak seperti yang aku expect. Sekarang ni aku dah lost. Aku sendiri tak tahu nak buat apa. Tapi dalam masa yang sama terlalu banyak yang aku ingin tahu, terlalu banyak benda yang aku nak tanya pada dia. Tapi aku tak tahu dimana nak mula. Aku pandang Abang Muz. Dia menarik nafas panjang, mengeluh untuk yang entah keberapa kali.

"Boleh Aniq tanya abang sikit?" soalku. Abang Muaz memandang ku sekilas sebelum kembali memaling pandang kearah skrin komputer riba yang kosong.

"Apa dia?"

"Hmm...Abang...benci Abang Ren?" soalku. Abang Muaz berpaling memandangku.

"Tak!!!..."pantas Abang Muaz membantah.

"Abang tak benci dia....mustahil abang benci dia..." sambung Abang Muaz lagi selepas dia menarik nafas dalam.

"Then...kenapa Abang buat macam tu? Aniq tak faham."

"Abang.....abang sebenarnya...... takut."

"takut?"

"Abang sayang sangat Hazrin tu. Abang takut kalau dia main-main. Abang..abang takut nanti hubungan ni terputus...abang takut dia akan tinggalkan abang. Abang dah tak ada siapa-siapa dah." Ujarnya meluahkan rasa dalam hati. Ini masanya untuk aku korek semua cerita.

"Apa sebenarnya perasaan abang pada dia. Siapa sebenarnya Abang Ren pada Abang Muaz?" soalku lagi. Dia ku lihat diam dan berfikir.

"Abang memang sayang dia. Dia lebih dari seorang kawan pada abang."

"Abang cintakan dia?" soalku. Sekali lagi Abang Muaz menoleh memandangku.

"Abang lebih sayangkan persahabatan kami dari rasa cinta abang pada dia."

"That's mean....you do love him." Abang Muaz kulihat tertunduk sedikit sebelum mengangguk membenarkan kata-kataku.

Aku menarik nafas dalam. Kini aku makin jelas dengan apa yang terjadi. Aku dah faham kenapa Abang Muaz buat begitu.

"Aniq.." panggilnya. Aku toleh memandangnya.

"What should I do?" soalnya keliru. Aku pandang dia dalam. Aku sendiri tak tahu apa patut dilakukan. Kotak fikiranku yang sedang ligat memikirkan jalan untuk membantu Abang Muaz terganggu apabila notifikasi pada telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapai telefon bimbitku dan ternampak satu notifikasi aplikasi Whatsapp dari Abang Ren.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now