Bahagian 9

4.9K 209 11
                                    

Aku memerhati Hazrin mengemas barang-barangnya. Sesekali dia memandang aku. Dia berhenti mengemas dan memandang aku tepat sebelum melepaskan keluhan berat.

"Kau serius tak nak balik sama?" soalnya. Aku dah lost count berapa kali dia tanya soalan ni.

"Serius...kau balik la. Aku okay je." aku pun dah lost count berapa kali aku jawab soalan Hazrin tu dengan jawapan ni. Hazrin mengeluh lagi sebelum sambung mengemas barang-barangnya.

"habis tu kau tinggal sorang ke?" soalnya lagi. Kini aku pulak mengeluh.

"kau ni nak risau sangat kenapa?" soalku pula. Rasa tension pulak. Dari semalam Hazrin bersungguh-sungguh ajak aku balik kg habiskan cuti pertengahan semester. Bukannya dia tak tahu yang aku dah tak ada rumah nak balik. Kalau aku ikut dia balik kampung pun, aku nak merempat kat mana? Jadi, kenapa perlu aku balik kampung. Faiz baru je bertolak balik Selangor awal pagi tadi. Azril, habis kelas tengah hari semalam lagi dia dah bergegas balik Alor Setar. Aniq....entah, dari pagi tadi aku tak nampak Aniq. Dah balik jugak la kot agaknya. Yang tinggal sekarang aku dan Hazrin.

"Kalau macam tu, aku tak payah balik la. Aku stay sini, temankan kau." ujar Hazrin sambil duduk sebelah aku.

"Kau jangan nak mengada, sepupu kau kahwin kot, tak kan kau tak nak balik." Hazrin mencerut.

"Biarlah, bukan adik beradik aku pun, lagipun bukan aku rapat dengan dia pun." balas Hazrin cuba mencari alasan.

"Tak rapat pun, dia tetap family kau. Kalau kau tak balik, apa pulak saudara-mara kau kata nanti." Ujarku pula. Hazrin mengeluh.

"Aku okaylah, janganla risau. Aku ni bukannya budak-budak lagi." ujarku lagi  cuba meyakinkan Hazrin. Hazrin menoleh memandang aku.

"tapi....rumah ni ada penunggu tau." ujarnya sambil mengangkat kening. Entah kenapa tiba-tiba bulu roma aku tegak seluruh badan.

"bodohla kau!!!" jerkahku sambil menolaknya kuat. Hazrin dah tergelak-gelak. Aku pun turut tersenyum melihat gelagatnya.

"dah..dah...gi gerak cepat. Terlepas train kau nanti." ujarku. Hazrin dengan malasnya mengangkat begnya dan berjalan menuju ke pintu keluar.

"Serius tak nak aku hantar kau pergi stesen keretapi?" soalku lagi sambil Hazrin menyarung kasutnya.

"Tak pelah, aku naik bas je." ujarnya malas. Usai menyarung kasut dia berhenti dan memandang aku lagi.

"Serius kau tak nak balik?" soalnya lagi masih tak berputus asa.

"Astaghfirullah al-Azim...tak habis-habis lagi. Ya!!! serius...dah, pergi balik cepat!!" ujarku geram sambil mengacah-acah menendang dia. Dia mengelak sambil tergelak-gelak.

"Kalau aku rindu kau macam mana?" soalnya lagi. Aku makin pening kepala dengan dia ni. Kau dah kenapa Ren?

"Masyaallah!!! dah kenapa kau ni? dah..dah...pergi balik!!!" aku menghalau Hazrin balik. Hazrin masih gelak tak putus-putus. Suka sangat dia.

"Ok ok...aku balik, jaga diri leklok....Assalamualaikum."

"Waalakumussalam." jawabku sambil bersalam dengannya. Dia tersenyum padaku sebelum berpaling dan mula menuruni tangga. Aku menghantar dia dengan pandangan sehinggalah dia hilang dari pandangan. Aku masuk semula ke dalam dan mengunci pintu. Wajahku masih mengukir senyum teringatkan gelagat Hazrin tadi. Macam-macam budak ni.

Sebaik pintu dikunci aku berpaling memandang sekeliling rumah sewaku yang kini hanya tinggal aku seorang. Sunyi. Aku melepaskan keluhan berat.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Perlahan telefon bimbitku ku angkat ke telinga selepas nombor telefon rumahku ku dail. Hatiku berdebar-debar menanti panggilanku di angkat. Takut-takut kalau Abiku yang menjawab panggilan. Sudah beberapa kali juga aku menelefon ke rumah. Dan setiap kali itu juga aku bernasib baik bila bukan Abiku yang menjawab panggilan telefon.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now