(Aniq POV)
"Morning Abang." Ujarku mesra menyapa Muaz yang sedang menyarung stokin di kaki.
"Morning.."Balasnya ringkas. Aku lantas menghampirinya dan duduk di meja belajarku. Seketika kemudian Abang Hazrin pula muncul dari biliknya.
"Morning Abang Ren." sapaku juga padanya.
"Morning.." balas Abang Hazrin sambil tersenyum. Muaz yang telah siap menyarung stokin di kaki lantas menuju ke arah pintu. Kasut disarung dan dia terus keluar dari rumah tanpa menghiraukan Hazrin. Aku hanya perhatikannya.
Sudah lebih dua bulan mereka berdua begini. Daripada awal semester, hinggalah kini dalam minggu peperiksaan. Mereka berdua langsung tiada perubahan. Dingin. Sejak Abang Hazrin balik ke rumah ni dulu, jarang-jarang sekali aku nampak mereka berdua berbual. Melainkan untuk perkara-perkara yang perlu sahaja. Abang Muaz sekarang pun akan ke kampus bersama dengan Abang Faiz. Kalau tidak pun dia akan naik bas. Cuma adalah sekali dua dia tumpang Abang Ren. Itu pun sebab terpaksa.
Abang Ren kulihat berjalan perlahan sebelum duduk sendiri di tempatnya. Dia melepaskan keluhan berat. Aku memerhatinya. Timbul pula rasa simpati. Perlahan aku merapatinya.
"Abang Ren." Panggilku lembut.
"Ya.."
"Nak tanya sikit boleh?" soalku lembut. Dia pandang wajahku sebelum dia melepaskan keluhan kecil.
"apa dia"
"pasal...abang Muaz." Ujarku pula.
"Dah agak dah, mesti Aniq nak tanya pasal tu." Ujarnya pula. Aku tersenyum sumbing.
"Abang berdua....belum baik lagi?" soalku lagi.
"Macam tu lah...macam yang Aniq nampak hari-hari tu." Ujarnya. Aku hanya mengangguk faham.
"Sampai bila nak macam tu je?" soalku pula. Abang Ren mengeluh lagi.
"Entahlah Aniq. Abang pun tak tahu. Kadang-kadang tu, abang rasa macam dah penat dah. Dah tak larat nak layan kerenah dia. Benci sangat agaknya dia pada abang ni." Luah Abang Ren.
"Habis tu?"
"Entahlah....kalau dah dia masih tak boleh terima, terpaksalah..."
"terpaksalah apa?" soalku apabila Abang Ren tidak menghabiskan kata-katanya. Abang Ren melepaskan keluhan lagi. Dia tertunduk memandang bawah.
"Abang Ren..dah putus asa?" soalku. Abang Ren memandangku pula.
"Mungkin.." ujarnya pula. Aku jadi terkedu. Takkanlah hubungan mereka akan tamat macam ni je.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Muaz POV)
Faiz memberhentikan motorsikalnya di tempat parkir motorsikal di hadapan bangunan utama universiti. Aku turun dari motorsikalnya sebelum menanggalkan topi keledar. Topi keledar aku tanggalkan dan aku hulurkan pada Faiz yang masih belum turun dari motorsikalnya.
"Kau tak masuk ke?" soalku. Hari ini aku tiada sebarang peperiksaan. Faiz juga tiada. Sengaja sebenarnya aku mengikutnya ke kampus untuk mengulangkaji pelajaran. Dekat sini baru aku boleh mengulangkaji dengan tenang.
"Aku lepak kat kafeteria. Member-member aku semua kat sana." Ujarnya pula. Aku hanya mengangguk faham.
"Kau nak balik pukul berapa?" soalnya lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
My BFF My Love
Roman d'amourMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...