(Aniq POV)
Fikiranku masih terbayang-bayang peristiwa tengah hari tadi. Jujur aku katakan aku tak pernah menyangka boleh sampai jadi macam ni. Sebelum ni memang aku sengaja rapat dengan abang Muaz semata-mata untuk buat Abang Ren cemburu. Aku nak dia berterus terang pada abang Muaz tentang perasaan dia. Dan..hari ni memang dia berterus terang. Tapi, hasilnya tak seperti yang aku harapkan. Aku jadi keliru. Setahu aku, Abang Muaz juga suka pada Abang Ren, atau aku salah. Runsing aku fikirkan apa yang jadi. Aku menoleh memandang jam dinding. Hampir jam 10 malam. Abang Muaz yang terus keluar dari rumah sejak peristiwa itu masih belum pulang. Abang Ren pun sama. Tak tahu mana mereka pergi. Aku bangun dan menuju ke balkoni. Aku berdiri disitu mengambil angin malam. Sedikit sebanyak, apa yang dah jadi ni, aku pun turut rasa bertanggungjawab. Kalau la aku tak masuk campur sejak awal, mungkin benda ni tak akan jadi macam ni. Aku dah rosakkan persahabatan mereka. Ya Allah...apa aku dah buat ni.
Aku menoleh ke gelanggang takraw. Nampak kelibat Abang Ren sedang duduk sendiri di kerusi di tepi gelangang tersebut. Sejak bila agaknya dia ada kat situ. Aku perlu jumpa dia. Aku kena minta maaf.
Aku datang perlahan mendekati Abang Hazrin yang kulihat termenung sendiri di kerusi sebelah gelanggang takraw ini.
"ermmm....Ab...Abang Ren." panggilku teragak-agak. Abang Ren kulihat menoleh memandang ku sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.
"Abang Ren, boleh Aniq nak cakap sikit?" soalku perlahan.
"Nak cakap apa lagi? kau nampak sendirikan, kau dah menang. You can have him now." ujarnya dingin. Aku menarik nafas sebelum aku mengatur langkah dan duduk disebelahnya.
"Abang Ren, listen. I don't expect this to happen." ujarku jujur.
"oh..yeah...ahhah...nice to know that." balasnya sinis. Aku menarik nafas lagi.
"Abang Ren....I'm sorry. Biar Aniq berterus terang je. Memang Aniq suka dia, memang Aniq sayang dia, tapi as an older brother. Aniq tak pernah ada perasaan lain pada dia." ceritaku jujur berterus terang. Abang Hazrin kulihat berpaling memandangku.
"Aniq saja je cabar abang macam tu sebab Aniq nak abang berterus terang perasaan abang apa dia. But...Aniq tak pernah sangka akan jadi macam ni. I have no idea why abang Muaz buat macam tu sebab setahu Aniq dia pun suka pada Abang Ren jugak."
"Dia suka abang? mana Aniq tahu?"
"the same way how I know you love him. Dari cara dia, Aniq dah dah boleh agak. But...maybe I'm wrong this time." ujarku sesal. Abang Ren menarik nafas dalam sebelum dia meraup wajahnya.
"so....abang nak buat apa sekarang?" soalku.
"entahlah Aniq....abang tak tahu."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Muaz POV)
"Kau!! jangan balik lagi kerumah ni. Mulai hari ni, aku haramkan kau pijakkan kaki kau kat rumah ni lagi. Pergi!!"
"Sudah tu Imah, tak payah awak nak menangis beriya bagai sebab anak tak tahu diuntung ni. Sudah masuk."
"Anak kita bang..."
"Dia bukan anak kita!!!"
"Aku bersumpah aku tak ada anak yang macam dia!! Sudah..masuk!!"
"Tapi...Angah kena ingat. Abang Long diam, tak bermaksud Abang Long suka apa yang Angah buat."
"Abang janji pada angah, abang tak akan tinggalkan angah walau apa pun jadi."
![](https://img.wattpad.com/cover/87314671-288-k524243.jpg)
YOU ARE READING
My BFF My Love
عاطفيةMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...