Aku duduk bersandar didinding atas katilku. Baru je lepas selesai solat Isyak. Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat jam yang tertera pada skrin telefon ku. Hampir pukul 12 tengah malam. Seharian aku keluar dengan Aniq tadi. Seronok juga keluar dengan budak tu. Lepas makan tadi kitorang terus pusing-pusing mall tu. Aku just window shopping je. Aniq je yang sempat beli baju baru tadi.
"erm...Abang Muaz..dengan Abang Ren..tak ada apa-apa kan?"
Fikiran aku kembali teringat pada soalan Aniq siang tadi. Pelik juga. Kenapa Aniq tanya soalan macam tu? maksud dia apa sebenarnya? Aku dengan Ren?
Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan peristiwa di perpustakaan hari tu. Aku lantas memegang bibirku. Aku teringat balik bila Hazrin tanya aku kenapa aku cium dia malam tu. Aku masih ingat dengan jelas keadaan aku malam tu. Bila dia tanya macam tu, wajah aku jadi merah. Telingaku jadi panas. Aku jadi panik. Aku masih ingat lagi riak wajahnya yang amat sukar aku tafsirkan malam itu. Entah suka? marah? jijik? Seriously aku tak tahu. Aku tak tahu apa nak jawab sebab aku sendiri tak tahu kenapa aku cium dia hari tu. Itu pertama kali. Pertama kali sepanjang tujuh tahun aku kenal dia. Benda tu lebih pada tindakan riflek yang aku tak dapat kawal. But...why? Apa yang aku faham, setiap satu tindakan riflek tu, ada sebab dia. Malam tu, aku tak jawab langsung soalan dia.
Ok, let's think again....apa yang Aniq soal aku siang tadi. Kenapa Aniq boleh tanya soalan yang macam tu? Memang aku rapat dengan Hazrin. Tapi, aku tak rasa yang aku buat sesuatu yang lebih dari seorang kawan dengan dia.
Ok....so...siapa sebenarnya Hazrin pada aku? Kawan?...yeah....kawan....What else?
Ok...to be honest....aku memang pernah ada perasaan pada Hazrin. Masa mula-mula aku kenal dia masa form 1 dulu. Memang aku ada crush pada dia. But....tu kan just puppy love je. Aku tak pernah ambil serius pun pasal perasaan tu. Lama-kelamaan, aku macam dah lupa perasaan tu pada dia.
Tapi....bila difikirkan semula...aku sebenarnya bukan dah lupakan perasaan aku pada dia, tapi sebenarnya, selama ni aku memang cuba untuk lupakan hakikat yang aku ni songsang, suka lelaki. Maksudnya, bukan dia yang aku lupakan, cuma jiwa songsang aku yang aku tak hiraukan.
So...what if aku accept jiwa songsang aku, will I have a feeling for him? entahlah....aku tak ada jawapan untuk itu.
Ok, now....let's talk about Hazrin. Hazrin ni pun satu jugak. Kenapa sekarang ni dia lain sangat. Kenapa dia macam terlebih caring pasal aku sekarang ni. Terlebih manja, terlebih gedik...hahahha...kelakar pulak bila difikirkan. Ke....sebenarnya....aku je yang rasa macam tu, Hazrin sebenarnya tak berubah pun. Dia sama je dari dulu macam tu. Cuma sekarang..aku macam 'terpandang' dia.
Lamunan aku terhenti bila telefon bimbit yang ku genggam berbunyi. Tertera nama Hazrin di skrin. Aku tersenyum. Panjang umur budak ni. Segera panggilan itu ku jawab dan telefon bimbitku aku halakan ke telinga.
"Hello, Assalamualaikum my dear..." ujar Hazrin dihujung talian. Aku dah tersengeh-sengeh. dah kenapa si Hazrin ni.
"Waalaikumussalam. Kau dah kenapa call tengah-tengah malam ni. Orang nak tidur la."
"Rindu..."
"rindu otak kau....baru petang tadi kau call kot. Mengadalah." balasku. Hazrin dah gelak-gelak dihujung talian. Aku hanya tersenyum mendengar dia ketawa.
"Untunglah...orang tu, pergi date tadi." ujarnya. Aku tersenyum.
"Kesian orang tu jealous." balasku mengusik.
"Pergi mana je tadi."
"Tengok wayang je....pastu gi pusing-pusing mall tu."
"Citer apa?" Aku tersenyum dengan soalan Hazrin.
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomanceMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...