Aku duduk di meja makan kafetaria ini sambil menghirup air sirap limau yang aku baru pesan tadi. Sesekali aku melirik ke arah telefon bimbitku. Aku tersenyum sendiri melihat satu mesej yang baru masuk melalui aplikasi whatsapp.
"Kau senyum seorang-seorang kenapa?" soal Hazrin yang baru duduk disebelahku. Aku menoleh kepadanya sebelum menunjukan mesej yang dikirim oleh Aniq tadi.
'Abg Muaz, mlm nanti Aniq msk tau. Jgn mkn kat luar'
Hazrin membaca mesej dari Aniq sebelum memandangku. Aku lantas menaip untuk membalas mesej dari Aniq itu.
'Ok...msk sdp2 tau' balasku pula. Aku menoleh memandang Hazrin yang memandangku dengan pandangan yang aku tak tahu nak kata macam mana.
"Kau kenapa?" soalku. Hazrin memandang ke depan sebelum menghirup milo ais yang baru dibelinya tadi.
"Bukan main lagi aku tengok kau dengan budak Aniq tu sejak dua menjak ni." ujar Hazrin bernada rajuk. Aku pandang dia pelik.
"Maksud kau?" soalku keliru.
"Tak adalah...aku tengok kau macam makin rapat je dengan budak Aniq tu. Sejak cuti mid-sem hari tu. Ada sesuatu terjadi ke masa korang berdua je tinggal kat rumah hari tu?"
"tak ada apa la....kau ni. Jangan fikir bukan-bukan...aku ada iman lagi tau!!" ujarku memprotes.
"bukan tu maksud aku." ujar Hazrin pula dengan riak wajah bersalah. Aku tahu bukan itu yang dia maksudkan sebenranya. Tapi saja je nak buat dia gelabah sikit sebab dia comel sangat bila dia buat muka bersalah macam tu. Macam yang dia tengah buat sekarang.
"Salah ke aku nak rapat dengan dia. Dia okay pe. Kelakar...cute lagi." balasku pula. Hazrin ku lihat mencerut.
"Kau ni...macam tak suka dengan Aniq tu kenapa? sebelum ni okay je aku tengok." soalku lagi.
"Bukan aku tak suka....aku okay je."
"Dah tu?" soalku. Hazrin ku lihat terdiam sebelum berpaling ke arah lain. Suspicious betul budak ni. Dah kenapalah agaknya. Belum sempat aku nak menyakat si Hazrin ni lagi, tiba-tiba ada seseorang memanggilku.
"Angah.." aku tersentak dengan panggilan itu. Aku kenal dengan suara lelaki ini. Hazrin sudah terlebih dahulu menoleh ke arah suara itu. Dengan takut-takut aku turut menoleh ke arah suara itu. Jantungku berdegup laju bila susuk tubuh seorang lelaki yang amat aku rindui itu.
"Angah sihat?" soal lelaki itu lagi.
"Abang Long..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku duduk kaku di sebelah Abang Long. Buat seketika kami masing-masing diam. Aku hanya menanti untuk Abang Long yang mula berbicara. Macam nak luruh jantung aku nampak Abang Long tadi. Aku tak sangka yang dia akan datang cari aku kat sini. Seriously, aku dah mati kutu. Tak tahu nak kata apa. Aku dan Abang Long sedang duduk di sebuah bangku yang diletakkan di taman rekreasi awam ni. Tadi Abang Long mengajakku ke sini.
"Angah sihat?" Abang Long memecah kesunyian. Berderau darahku. Jantungku turut berdegup laju.
"Si...sihat....Alhamdulillah." balasku. Jeda lagi. Aduh...Abang Long...please say something.
"Hari tu....Angah ada call rumah kan....kenapa Angah terus letak?" Aku tersentak. Aku pandang Abang Long. Aku mati kata. Ya Allah....kenapa dia tanya pasal tu pulak. Aku kembali menoleh ke depan. Badan ku bergetar. Nafasku jadi laju.
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomanceMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...