Bahagian 32 (Akhir)

5K 220 53
                                    


(Hazrin POV)

Aku menutup buku yang aku telaah sejak dari dua hari lepas dengan malas sebelum aku bangun dari dudukku. Aku merebahkan diri di atas karpet di tengah-tengah ruang tamu itu.

"Haaahh...." keluhku penat. Muaz yang juga sedang mengulang kaji bersamaku tadi hanya memerhati gelagatku.

"Penat gila study, nak muntah dah aku tengok buku tu." Ujarku lagi memprotes. Muaz tersenyum melihat gelagatku.

"dah cukup ke? Dah ready nak ambil paper esok?" soalnya pula merujuk kepada kertas peperiksaan akhir yang akan kami duduki esok.

"tak tahulah....tapi aku dah tak larat dah nak study lagi." Ucapku redha. Muaz tergelak kecil dengan jawapanku.

"fail nanti baru tau." Ujarnya bergurau.

"woii!!" protesku sebelum aku menendang kaki kerusinya bergurau. Muaz ku lihat dah tergelak-gelak geli hati.

"sampai hati kau doa aku fail. Kalau aku fail, aku paksa kau 'repeat' dengan aku." Balasku. Muaz masih tersisa tawanya.

"apa pasal pulak, kau yang fail...repeatla seorang-seorang." Ujarnya pula. Aku mencebik dan kembali merenung kipas syiling yang berputar laju.

Jeda seketika.

Muaz sambung mengulang kaji pelajaran, dan aku pula ralit melihat kipas berputar, cuba untuk merehatkan otak yang keletihan. Sesekali aku menoleh memandang Muaz. Tekun dia membuat latihan. Aku tersenyum. Pandang dia sahaja dah boleh buat tersenyum. I'm madly in love with him.

"Muaz..." panggilku manja.

"hmm.." balasnya ringkas tanpa memandang ke arah ku.

"Muazzzz...." panggilku lagi.

"Ya...apa?" jawabnya pula sambil menoleh memandangku sekilas. Aku tersenyum padanya.

"Tu dah panggil manja-manja macam tu, siap tersengih-sengih lagi. Ada la tu." Balasnya pula. Aku tergelak kecil mendengarkan kata-katanya.

"Jom...." ujarku. Dia pandangku dengan dahi berkerut.

"Jom? Pergi mana?" soalnya.

"Pergi honeymoon." Ujarku selamba. Dia kulihat memandangku dengan pandangan pelik.

"Kenapa tengok aku macam tu?" soalku. Dia tersenyum sinis sebelum kembali menyambung membuat latihannya.

"Aku seriuslah....esok kan paper last. Lepas tu dah nak start latihan industri. Sem depan sem last, so, dah tentu kita busy dengan segala tugasan, report, FYP lagi." Sambungku lagi.

"Jadi?" soalnya keliru.

"Jadi, sebelum kita busy dengan segala benda tu, jomlah kita pergi honeymoon. Tiga hari je."

"Pergi mana?" soalnya lagi. Aku pandang dia dan tersenyum.

"Langkawi." Ujarnya sambil tersenyum senang.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(Aniq POV)

"Aniq balik bila?" soal Abang Faiz sambil dia menyarung stokin di kakinya.

"Esok pagi." Jawabku ringkas. Abang Faiz yang siap menyarung stokin terus berdiri sebelum dia menghulur tangan bersalam denganku.

"Abang balik dulu Niq." Ucapnya sebelum dia menarik aku dalam dakapannya mesra.

"Muaz!!!! Ren!!!.." panggil abang Faiz sebaik meleraikan pelukannya. Tidak lama selepas itu muncul wajah Abang Muaz di balik pintu biliknya. Diikuti pula dengan abang Hazrin di belakangnya. Kedua-duanya datang mendapatkan Abang Faiz.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now