Bahagian 15

4.5K 213 12
                                    


(Muaz POV)

Aku masih menjawab soalan-soalan tutorial sambil sesekali melirik memandang Hazrin yang duduk di depanku. Dia kulihat asyik memandangku. Pelik budak ni.

"Kau ni dah kenapa Ren?" soalku padanya. Dia hanya tersengeh.

"Kenapa apa?" soal Hazrin.

"Yang kau tengok aku macam tu kenapa?" soalku. Hazrin ketawa.

"dah....gelak pulak...kau tak sihat ke apa ni? demam? sawan?" soalku mengusik.

"kau ni...salah ke aku nak tengok kau. Bestfreind aku kan." ujar Hazrin disulam tawa. Aku tersenyum geli hati.

"Alah kau ni, nak sweet-sweet pulak." balasku sebelum aku ketawa besar. Hazrin turut ketawa. Nasib baik kami sekarang ada di bilik belajar yang disediakan di luar perpustakaan. Kalaulah kami ada di dalam perpustakaan, dah lama agaknya kena halau.

"Aku suka tengok kau."ujar Hazrin selepas jeda seketika. Aku pandang dia. Pelik la Hazrin sekarang ni. Cakap sweet-sweet je. Geram pulak aku.

"Aku suka tengok kau senyum macam ni. Tak macam masa Ustaz datang hari tu." Aku tertunduk. Teringat balik pada Abang Long. Dah dekat sebulan sejak Abang Long datang hari tu. Aku dah cerita semua pada Abang Long. Abang Long dah tahu yang aku ni songsang. Dia nampak terkejut, tapi tak ada pulak dia nampak jijik atau apa. Tapi paling jelas sekali, dia nampak risau. Risau sangat. Lepas tu, ada juga Kak Long call beberapa hari lepas Abang Long balik. Nampaknya macam Abang Long tak cerita apa-apa pada dia. Mungkin itu yang terbaik buat masa ni.

"Woi!!!" sergah Hazrin. Terkejut aku. Bengong punya Hazrin.

"Kau berangan apa?" soal Hazrin.

"Kau lah....tiba-tiba aku teringat pasal family aku." ujarku memprotes. Hazrin tersengeh.

"Sorry.." ujarnya ringkas. Aku kembali menumpu perhatian pada latihan tutorial yang aku buat tadi.

"Muaz." panggilnya.

"Apa?" balasku malas-malas.

"Kau ni kuat betul kan." ujarnya serius. Aku kembali merenungnya.

"Maksud kau?" soalku pula.

"yelah..kuat...sebab..apa yang dah jadi dekat kau ni. Bukan benda kecil-kecil. Tapi kau..aku tengok macam okay je...macam happy je." ujar Hazrin. Aku melepaskan keluhan kecil.

"Habistu...tak kan kau nak aku menangis, meraung, meratap apa yang dah jadi. Semua tu tak membantu apa-apa pun tau."

"Sebab tu aku kata kau kuat. Hati kau kuat. Kalau aku, aku tak tahu apa yang aku akan buat." ujar Hazrin serius. Aku pandang dia dalam.

"Aku boleh jadi kuat pun...sebab aku bukan sorang-sorang. " ujarku ikhlas. Hazrin kulihat sedikit keliru.

"Maksud kau?" soal Hazrin pula.

"Yelah, aku bukan sorang-sorang, sebab aku ada kau." ujarku ikhlas. Hazrin tersenyum lebar.

"Alah...apa je yang aku buat. Aku buat benda kecik je." ujar Hazrin merendah diri. Aku pandang dia lagi.

"Kau stay dengan aku, kau sokong aku, kau tolong aku even kau dah tahu siapa aku. Tu bukan sikit tau." balasku. Hazrin kulihat sudah merona merah wajahnya. Aku pun tiba-tiba jadi malu. Entah macam mana tiba-tiba perbualan ni boleh timbul.

"Ok..ok...dah.....rasa awkward lak tiba-tiba." ujar Hazrin sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku tergelak kecil. Ok...this is really awkward...hahahha. Kami masing-masing lantas kembali menumpu perhatian pada latihan tutorial. Sesekali aku menjeling memandang Hazrin. Seriously, aku bersyukur sangat aku ada Hazrin. Kalau lah Hazrin tak tolong aku malam tu, kalaulah Hazrin tak terima aku haritu, mungkin aku tak ada disini sekarang ni. Apa yang Hazrin buat tu bukan kecil, it's almost everything to me. Sebab tu aku sayang sangat kat Hazrin ni. Ya Allah, aku bersyukur kau kurniakan Hazrin sebagai sahabat aku.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now