Bahagian 31

3.4K 156 14
                                    



(Muaz POV)

"wei...surat kau dah siap?" soal Hazrin memecah kesunyian malam. Aku dan dia masing-masing sedang duduk di tempat sendiri sibuk dengan urusan masing-masing.

"Surat?" soalku keliru.

"Surat permohonan untuk Latihan Industri...by this week kan dah nak kena hantar dah." Balas Hazrin sesekali menoleh memandangku.

"owhh....dah...siap dah." Balasku bersahaja.

"Resume?" soalnya lagi. Aku pandang dia sebelum tersengih macam kerrang busuk.

"apa sengih macam tu? Ingat comel?" ujarnya sinis bergurau. Aku ketawa geli hati.

"Resume aku....aku dah buat...tapi tak complete lagi. Nak tiru kau punya." Balasku selamba.

"Haish...kau ni...!"

"Kau dah siap dah kan? Bagilah aku tengok." Ujarku manja. Saja nak bermanja-manja dengan si Hazrin ni.

"Fine!!" ujarya mengalah. Aku tersenyum menang.

"Email eh.."

"Ya..." balasnya lagi. Aku tergelak kecil melihat riaksinya.

"Thanks sayang." Balasku mengusik. Dia pandang aku sambil tersenyum lebar. Suka la tu aku panggil dia sayang. Untuk seketika masing-masing ralit dengan urusan masing-masing. Aku sibuk menyiapkan laporan dan Hazrin pula sibuk mencari maklumat di internet untuk thesisnya.

"Muaz.."panggil Hazrin selepas Jeda seketika.

"Ya.."

"Aniq tu kenapa eh?" soalnya pula. Aku pandang dia sekilas.

"Aniq? Kenapa?" soalu keliru.

"Tak lah...aku tengok dia tu sekarang macam ada problem je. Selalu mengelamun." Soal Hazrin. Aku diam. Ada benarnya apa yang disoalkan Hazrin itu. Aku pun perasan juga perubahan tu. Pernah juga aku bertanya. Katanya dia rindu pada seseorang.

"Entahlah....katanya dia rindu pada seseorang."

"Siapa? Family dia?"

"Yang tu pun rindu juga...tapi ada someone yang dia lebih rindu." Ujarku pula.

"Siapa?" soalnya lagi. Aku pandang dia lagi.

"kau...tak tahu cerita ye?" soalku pula.

"cerita apa?" soalnya lagi. Aku pandang Hazrin lagi. Sesekali aku mengalih pandang ke arah bilik Aniq. Takut-takut dia keluar pula.

"Aku...tak boleh la nak cerita lebih-lebih. Kalau kau nak tahu, kau kena tanya Aniq sendiri lebih detail. Apa yang boleh aku cerita...Aniq tu rindu dekat ex-boyfriend dia."

"Ex boyfriend? Aku tak tahu pun. Bila dia ada boyfriend?"

"dah lama dah...zaman sekolah dulu." Ujarku. Hazrin kelihatan mengangguk perlahan.

"Ohh!! Luqman?" soalnya. Aku kaget. Mana Hazrin tahu?

"Aik..mana kau tahu?" soalku hairan.

"Tak..aku pernah terdengar nama tu. Masa Ustaz Hakim datang hari tu. Diorang berdua ada sebut nama Luqman. Eh...kejap!!" Hazrin seakan teringat sesuatu.

"Kenapa?" soalku pula.

"Ustaz Hakim tu, pernah mengajar Aniq dulukan..maksudnya...Aniq dulu pernah sekolah dekat sekolah aku dulu lah?" soal Hazrin. Aku pun berfikir sejenak.

"A'ah kan....tapi kenapa kau tak kenal Aniq?"

"entah....mungkin sebab dia masuk sekolah tu bila aku dah pindah balik sekolah lama kita. Aku kat situ kan setahun je, masa form 4." Balasnya. Aku mengangguk faham. Ada benarnya.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now