Bahagian 12

4.5K 222 16
                                    

(Hazrin POV)

Perlahan pintu bilik aku ku buka. Kelihatan Muaz sedang duduk berteleku di atas katilnya. Aku masuk ke dalam bilik dan menutup semula pintu. Perlahan aku mendekatinya dan duduk disebelahnya. Aku perhatikan dia. Dia tidak lagi menangis, tapi matanya masih sembap, masih merah.

"Kau okey?" soalku. Muaz hanya diam, tidak beriaksi.

"tadi aku ada bercakap dengan Ustaz Hakim." aku membuka cerita sambil bersandar pada dinding disebelahnya. Muaz masih diam. Sesekali aku menjeling memandangnya.

"kau tahu tak yang...Ustaz Hakim tu...dengan Aniq..kenal satu sama lain." ujarku cuba memancing perhatiannya. Muaz menoleh memandangku. Mungkin dia juga terkejut. Aku tersenyum.

"Kau okay tak ni?" soalku lagi. Muaz mengeluh kecil sebelum kembali memandang ke depan.

"Entah...tak tahu." jawabnya. Jeda seketika.

"Ustaz Hakim tu, aku tengok dia memang ikhlas nak tolong kau. Kau tau kan dia memang sayang kau. Even kau ni just adik sepupu and adik ipar dia je. Tapi dia sayang kau macam adik kandung dia sendiri. Kau patut bagi peluang pada dia. Mungkin dia boleh bantu kau dalam situasi ni." pujuk ku.

"Aku tau...aku pun sayang dia. Sebab tu aku tak nak cerita..aku takut....aku..."

"Kau takut dia pun akan buang kau macam Ustaz Meor?" pintasku. Muaz berpaling memandangku sebelum mengangguk perlahan. Aku terus menggapai tangannya dan aku genggam erat.

"Percayala pada aku, Ustaz Hakim tak macam tu. Dia tak akan buang kau. Dia sayang kau." ujarku sambil memandang matanya tepat cuba meyakinkan dia. Muaz...bukan Ustaz Hakim je sayang kau, aku pun sayang kau jugak. Tolonglah berhenti menangis, aku sedih tengok kau macam ni.

"Aku....aku tak tahu.....aku....belum sedia lagi."

"Tak pe....bila kau dah sedia nanti, kau cerita dengan Ustaz. Dia betul-betul nak tolong kau." Muaz pandang aku lama sebelum dia mengukir senyum. Aku turut tersenyum bila melihat senyumannya. Aku suka tengok Muaz senyum. Nampak sangat sweet. Muaz ni, kalau ikutkan, dia kategori biasa-biasa je, tak hensem sangat, tak buruk jugak. Just nice, sedap mata memandang. Tapi bila dia senyum, nampak manis sangat. Boleh kena kencing manis orang yang tengok dia senyum. Sebab tu jugak kenapa aku suka sangat tengok dia senyum.

"Thanks wei....kau..tau je cam ne nak pujuk aku." ujar Muaz. Aku tersenyum sebelum terus merangkulnya dalam pelukanku. Dia membalas pelukanku.

"Kau kan bestfreind aku." ujarku pula sambil menepuk belakangnya perlahan. Kami meleraikan pelukan dan dia tersenyum lagi pandang aku sambil mengesat air matanya yang menitis tadi.

"tadi..kau kata apa? Abang Long aku kenal Aniq?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Muaz POV)

Aku memandang skrin telefon bimbitku. Nama Abang Long tertera pada skrin. Aku masih rasa serba salah. Nak ku jawab atau tak panggilan dari Abang Long ni.

"Masih tak nak jawab?" soal Hazrin disebelahku. Kami baru sahaja habis kelas yang pertama untuk hari ni. Kami sedang berjalan ke bilik kuliah yang lain untuk kelas berikutnya. Aku menoleh memandangnya.

"Jawablah....mungkin penting tu." Hazrin cuba memujuk. Aku kembali memandang telefon bimbitku. Dengan rasa ragu-ragu aku menekan butang jawab. Perlahan telefon bimbit itu ku rapatkan ke telinga.

"Assalamualaikum." kedengaran suara Abang Long dihujung talian.

"Wa...waalaikumussalam." jawabku.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now