Bahagian 23

3.8K 167 25
                                    


Flashback

(Hazrin POV)

Aku berjalan perlahan mengatur langkah lesu pulang ke asrama. Jarak antara bangunan sekolah dan asrama lelaki sebenarnya tidaklah jauh mana, tapi entah kenapa perjalalan singkat ini dirasakan terlalu lama dan jauh.

Fikiran aku melayang jauh. Hari ini genap satu bulan aku mendaftar masuk ke tingkatan 4 di sekolah bersarama penuh ini. Sejak hari pertama lagi aku begini. Tak bersemangat, lesu, rasa nak balik. Mungkin orang akan kata aku homesick, rindu pada rumah. Mungkin ada benarnya. Tapi aku yakin ada sebab lain kenapa aku begini. Puncanya kerana Muaz tak Bersama-sama aku disini. Aku rasa macam hidup aku hilang sinarnya. Tapi apa yang lebih merunsingkan aku adalah kerana sebenarnya, tujuan aku menerima tawaran ke sekolah inipun semata-mata untuk menjauhkan diri dari Muaz. Ya...aku nak jauhkan diri dari Muaz.

Aku tak pasti sejak bila, tapi aku mula rasa yang perasaan aku pada Muaz dah berubah. Terutama sejak lepas habis peperiksaan PMR. Aku mula rasa berbeza pada Muaz. Setiap kali aku pandang dia, lihat senyuman dia, dengar celoteh dia, aku rasa macam berbunga-bunga. Aku mula rasa yang aku bertambah sayang pada dia. Sayang yang lebih dari seorang kawan. Tapi aku bukan Gay!!...aku tak faham, aku keliru. Kenapa aku ada perasaan macam tu pada dia.

Aku pernah tumbuk seorang budak lelaki sebab dia kata dia suka aku. Aku tengking dia, aku kata aku benci budak gay macam dia. Tapi sekarang aku sendiri ada perasaan macam tu. Pada kawan baik aku sendiri pula. Mungkin inilah apa yang orang kata karma.

Makin hari aku rasa makin suka pada Muaz. Makin hari makin aku harapkan sesuatu pada dia. Sampai pada tahap aku takut pada diri aku sendiri. Aku takut aku akan buat sesuatu yang tak baik pada kawan baik sendiri.

Kebetulan, sedang aku bergelut dengan perasaan pelik ni, tiba-tiba tawaran masuk ke sekolah ini sampai. Aku tanpa berfikir panjang terus terima tawaran ni sebagai jalan keluar kepada masalah aku. Aku rasakan yang perasaan pelik aku pada Muaz akan beransur hilang bila dia dah tak ada di depan mata aku.

Tapi nampaknya aku silap. Makin hari makin aku teringat pada dia. Makin hari makin aku rindu pada dia. Makin hari makin aku sayang pada dia. Sampaikan aku tak boleh nak fokus langsung pada pelajaran aku kat sini. Entah apa masalah aku ni. Kau dah buat apa pada aku Muaz?!

"hmmm"...aku melepaskan keluhan berat sebaik punggungku ku henyakkan pada katilku. Aku lantas teringatkan hari aku beritahu pada Muaz tentang keputusanku untuk ke sekolah ini.

(flashback)

Aku tenung Muaz lama. Dia juga berbuat begitu padaku. Aku baru sahaja memberitahunya yang aku mendapat tawaran untuk ke sekolah berasrama penuh. Aku jadi gelisah menanti riaksinya.

"Kau serius nak pergi?" soalnya selepas sekian lama. Aku mengangguk perlahan.

"Kau tipu aku." Ujarnya memprotes sambil memuncungkan mulut. Alahai comel pula Muaz ni aku tengok dia buat begitu.

"Aku tak tipu la.." balasku.

"Kau tipu, kau kata kau tak akan terima apa-apa tawaran kalau aku tak dapat masuk sama.!" Protesnya. Aku terdiam. Benar, aku pernah berjanji begitu. Tapi kini aku terpaksa lupakan janji itu. Aku perlu selamatkan diri aku dari perasaan pelik aku ni. Aku perlu pergi jauh dari Muaz.

"Sorry..." balasku kesal. Muaz diam, tapi masih tak lepas pandangan dariku.

"Kau okay tak ni Ren?" soalnya pula.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now