Mataku melilau ke sekeliling tingkat dua perpustakaan. Mataku mencari kelibat seseorang. Aku mencari Hazrin. Aku tahu dia disini, sebab memang dia biasanya disini waktu-waktu macam ni. Aku tersenyum selepas kelibatnya berjaya kucari. Perlahan aku mengatur langkah menghampirinya. Kerusi disebelahnya aku tarik perlahan dan duduk disitu. Dia memandangku sekilas sebelum kembali menumpu perhatian pada buku yang sedang ditelaahnya. Aku hanya diam dan memerhatikannya. Dia tidak mengendahkanku. Aku membuka zip begku. Aku keluarkan sesuatu dari begku dan aku letak betul-betul dihadapannya. Dia memandang bungkusan kecil itu seketika sebelum kembali mentelaah bukunya. Aku tersenyum kecil. Ohh..tak layan. Aku keluarkan satu lagi bungkusan yang sama dan aku letak juga dihadapannya. Dia pandang bungkusan itu lagi. Kini lebih lama. Aku tersenyum. Mungkin imannya masih kuat, dia kembali mentelaah bukunya tidak mengendahkan dua bungkusan kecil di hadapannya. Bukan apa pun, cuma gula-gula. Gula-gula asam boi yang memang menjadi kegemarannya. Hazrin suka sangat dengan gula-gula ni. Sebab tu aku bersusah payah pergi cari benda ni tadi semata-mata nak pujuk best friend aku seorang ni.
Aku keluarkan lagi gula-gula yang sama. Kini lebih banyak. Aku lambakkan di depannya. Aku perasan ada mata-mata yang mula pelik dengan tindakanku. Ahh..peduli apa. Apa yang aku tahu, Hazrin tak akan dapat tolak godaan gula-gula ni. Hazrin melepaskan keluhan. Dia seakan menjilat bibirnya. Aku cuba menahan tawa. Comel betul dia buat macam tu. Dia menoleh memandangku. Aku tersenyum manis padanya.
"kau nak pujuk aku dengan benda ni, tak kan berjaya tau." ujarnya. Aku tersenyum lagi.
"Kau jangan nak tipu la...aku kenal kau. Aku kenal sangat kau." ujarku sambil tersengeh. Dia pandangku mencerun. Aku tersengeh lagi. Dia lepaskan keluhan berat. Dia pandang gula-gula asam boi itu lagi sebelum kononnya kembali mentelaah bukunya tadi.
"betul kau tak nak ni?" soalku. Dia hanya daiam tak menjawab.
"betul ni?" soalku lagi. Dia diam lagi. Kini aku pulak yang mengeluh.
"Ok fine....aku ambik balik." Ujarku sambil mengutip semula selambak gula-gula asam boi di depannya itu.
"Nanti..!!" ujarnya sambil menangkap tanganku supaya berhenti mengutip. Aku tersenyum menang. Aku kenal sangat kau ni Ren.
Dia melepaskan keluhan berat. Dia pula yang kini mengutip setiap satu gula-gula asam boi itu termasuk yang sempat ku ambil kembali tadi. Aku dah mula nak tergelak. Serius Ren..serius kau comel. Ok...enough...back to the point."Ren...aku minta maaf." ujarku separuh merayu. Dia pandang wajahku.
"Aku tak patut ragui kau. Aku tahu kau akan jaga rahsia aku. Aku minta maaf, aku...aku mengaku aku salah. Aku minta maaf." aku merayu sambil buat muka paling kesian yang aku boleh buat. Dia melepaskan keluhan lagi.
"Ok...aku maafkan." ujarnya. Aku lantas tersenyum. Senang je nak pujuk si Ren ni.
"Thank you Ren...sayang kau." ujarku gembira. Entah apa yang merasuk aku waktu tu, dengan spontan aku mencium pipinya. Dia kaget. Aku pun kaget. Matanya membulat memandangku sambil tangannya memegang pipi yang baru aku cium tadi. Ya Allah..aku buat apa ni?
YOU ARE READING
My BFF My Love
RomanceMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...