Aku merenung telefon bimbitku lama. Masih teragak-agak. Patut atau tidak aku buat panggilan. Sesekali aku melirik pada jam tanganku. Jam menunjukan jam 11.00 pagi. Waktu begini Ustaz Meor dah pasti berada di sekolah. Umi ada di rumah ke? macam mana kalau tiba-tiba Ustaz Meor yang jawab?
Aku menarik nafas dalam. Aku tekad. Aku kena call Umi. Nombor telefon rumahku ku dail. Sekali lagi nafas ku tarik dalam sebelum butang memanggil aku tekan. Dengan rasa berdebar, aku meletakan telefon bimbitku ke telinga. Kedengaran nada memanggil dihujung talian. Aku jadi makin gementar.
"Hello, assalamualaikum.." kedengaran suara seorang wanita dihujung talian. Aku jadi sebak. Betapa aku rindu dengan suara itu. Lembut suaranya. Air mataku mula menitis.
"Hello, assalamualaikum.." sekali lagi umi memberi salam apabila aku hanya membisu.
"Waalaikumussalam." jawabku. Umi diam, sebelum terdengar esak tangis darinya.
"Angah...?" soalnya dalam tangisan. Aku juga menitiskan air mata lagi.
"Ya Umi.."
"Alhamdulillah...Ya Allah, angah dimana? Angah sihat ke?" soal Umi mengambil berat.
"Alhamdulillah Umi, angah sihat, angah di Pulau Pinang." balasku.
"Alhamdulillah...." Umi mengucap syukur.
"Umi Sihat?" soalku pula.
"Umi sihat, Alhamdulillah. Umi sihat. Umi cuma rindu dengan anak teruna Umi ni." ucapnya. Aku menguntum senyum.
"Angah pun rindu sangat dekat Umi." ujarku pula. Aku jadi semakin sebak. Umi hanya terdiam dihujung talian. Hanya esak tangisnya yang kedengaran.
"Umi..." panggilku lembut.
"Umi...Angah minta maaf pada Umi, angah tak boleh jadi anak yang Umi boleh banggakan. Angah dah buat Umi dengan Abi malu. Umi maafkan angah."
"Umi maafkan. Angah tetap anak Umi. Umi sayang angah."
"terima kasih Umi...terima kasih."
"Angah nanti rajin-rajin telefon Umi ya..." pesan Umi.
"Insyaallah Umi, Angah akan call selalu." balasku.
"Umi, Angah nak kena masuk kelas ni. Nanti Angah call Umi lagi ye."
"Yelah, angah belajar elok-elok. Jangan lupa solat."sempat Umi berpesan.
"Ye Umi. Angah ingat pesan Umi...Assalamualaikum Umi."
"Waalakumussalam." Umi menjawab salam sebelum panggilan dimatikan. Ya Allah, leganya rasa. Rindu benar aku pada Umi.
"Abang Muaz.." kedengaran satu suara memanggilku. Aku berpaling ke arah suara itu. Kelihatan Aniq sedang berdiri disebelahku dengan wajah yang macam kerisauan. Aku lantas mengalih pandang ke arah lain dan menyeka air mata di mataku.
"Abang Muaz kenapa ni? Abang Muaz okey ke?" soalnya cemas. Dah kenapa pulak budak Aniq ni boleh ada dekat sini. Spoil betul. Boleh pulak dia nampak aku tengah menangis. Hilang Macho aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku masuk ke kelas dan kelihatan semua classmate sudah ada dalam kelas. Namun pensyarah masih tak ada. Mata-mata di dalam kelas memandangku seketika sebelum masing-masing kembali membuat hal masing-masing. Aku berjalan ke belakang dan duduk sebelah Hazren.
"Kau apahal? mata merah..menangis?" soal Hazrin. Bodoh la Hazrin. Tanya macam tu kuat-kuat. Malu aku.
"Aku call Umi aku tadi." balasku. Hazrin mengangguk faham.
YOU ARE READING
My BFF My Love
Любовные романыMuaz dibuang keluarga kerana dia seorang lelaki yang menyukai seorang lelaki. Hazrin menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya. Aniq yang baru muncul membuatkan Hazrin tak senang duduk. Maka terbukalah segala cerita tentang hati seorang Hazrin pa...