Bahagian 3

6.1K 204 20
                                    


Aku menoleh pandang keluar tingkap bas. Masih keliru dengan tindakan Hazrin, tapi malas nak aku fikirkan lagi. Belum sempat fikiranku melayang jauh, tiba-tiba aku merasakan tangan kiriku disentuh kemudian digenggam erat. Aku mengalih pandang ke tanganku sebelum dialihkan pula pada pemilik tangan yang menggenggam tanganku itu. Aku memandang Hazrin tepat. Dia ku lihat masih memejamkan mata. Mengigaukah budak ni? Aku cuba menarik tanganku, tapi Hazrin menggenggam tanganku lebih erat. Dah kenapa dengan kau ni Ren? Hazrin ku lihat membuka matanya sebelum perlahan mengalih pandang ke arahku. Hazrin memandangku tepat dengan pandangan redup yang sukar untuk aku tafsirkan apa maksudnya. Hazrin melepaskan satu keluhan sebelum lantas tangan kirinya meraih pula tangan kananku dan turut digenggam erat. Aku jadi makin pelik. Sempat aku melirik ke sekeliling, memang hanya kami berdua di seat belakang bas ini.

"Muaz..." panggil Hazrin lembut. Aku hanya diam dan memandangnya kehairanan.

"Aku minta maaf. Aku tau kau nangis malam tadi. Kau nangis sebab aku kan." ujarnya. Eh..budak ni, tau pulak dia aku nangis malam tadi.

"aku...aku minta maaf. Aku bukan sengaja nak buat macam tu. Aku...aku terkejut. Aku...aku tak pernah expect kau sebenarnya....." Hazrin seakan teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya. Aku hanya mendengar. Terharu aku rasa. Lega jugak. Hazrin menggenggam kedua tanganku. Itu maksudnya dia betul-betul serius.

"...the point is....aku betul-betul minta maaf.." ujar Hazrin lagi bersungguh sambil memandang aku dengan 'puppy eyes' yang sangat comel. Aduhai Ren, comel pulak kau aku tengok.

"kau...tak kisah ke....aku....tak normal." soalku pula. Hazrin tertunduk sedikit. Namun genggaman tangannya masih tak dilepaskan.

"Aku....tak kisah...aku terima kau seadanya. Kau kan bestfriend aku." ujar Hazrin memujuk. Aku tersenyum lega.

"Thank you." ujarku. Hazrin kembali tersenyum.

"Jadi...kau maafkan aku kan?" soal Hazrin.

"Aku mengangguk." Hazrin tersenyum lebar. Alahai Ren, kenapa kau hensem sangat pulak aku tengok. Kalaulah kau bukan bestfreind aku, dah lama aku goda kau. Hahahah.... Ya Allah....Muaz...apa dah jadi dengan kau ni? Kau lupa ke yang kau baru je kena halau dari rumah, dah lupa ke yang kau 'officially' jadi anak derhaka dah lupa ke yang sebelah kaki kau dah ada dalam neraka? Astaghfirullah al-Azim.....

~~~~~~~~~~~

"Hoi...!!" sergah Hazrin. Hampir tercampak telefon bimbit ku yang ku pegang akibat terkejut. Aku menjeling Hazrin. Dia pulak dah ketawa berdekah-dekah.

"salam...mana salam?" protesku.

"dah bagi dah tadi, kau tu je yang tak dengar. Khusyuk sangat dengan fon, tengok blue apa?" ujarnya mengusik sambil duduk disebelahku.

"banyaklah kau punya blue" ujarku lagi. Hazrin masih ketawa sambil mengintai fonku. Sudah seminggu kami di Pulau Pinang, minggu depan kuliah akan bermula semula. Rakan serumah kami yang lain juga sudah mula balik kesini. Alhamdulillah, wang pinjaman ku sudah masuk beberapa hari lepas, tak perlulah lagi aku bergantung hanya pada Hazrin. Selepas peristiwa di dalam bas hari tu, Hazrin melayan aku seperti biasa. Seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Aku yang mulanya agak kekok mula rasa lega.

"Woit...." sapa Azril dimuka pintu bilik aku dan Hazrin. Azril baru je sampai petang tadi. Aku dan Hazrin serentak memandang ke arah Azril.

"Ni sorang lagi, tak reti nak bagi salam." protesku pada Azril pula. Azril tersengeh-sengeh macam kerang busuk.

"Assalamualaikum." ujarnya. Aku tersenyum melihat riaksinya.

"Waalaikumussalam." jawabku.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh" jawab Hazrin panjang.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now