Bahagian 30

3.5K 164 20
                                    


Previously on My BFF My Love.....



"Angah.." kedengaan suara seorang wanita memanggilku. Aku jadi pegun. Aku kenal suara itu. Suara yang amat-amat aku rindui. Perlahan aku menoleh kearah suara penuh keibuan itu. Kelihatan seoarang wanita berdiri tegak di pintu bilik sambil memandangku dengan mata yang berkaca.

"Um...Umi..."

"Angah....anak Umi.." panggilnya lagi. Aku segera mendapatkannya. Air mataku berlinang. Aku lantas memeluk tubuh tua itu erat. Aku peluk seakan tak mahu ku lepas lagi. Hampir setahun, hampir setahun lamanya aku tak lihat wajah indah ini. Hampir setahun lamanya aku tak peluk tubuh tua ini. Ya Allah, Alhamdulillah.

*****************


"Angah memang salah Abi, tapi kita tak boleh buat dia macam tu. Kita tak boleh buang dia. Kita sebagai keluarga, kita yang kena bawa dia balik jalan yang betul. Lagi-lagi Abi sebagai bapa dia. Sokongan dari Abi yang paling penting. Dia boleh tersesat lagi jauh kalau kita terus buang dia." Ujarku lagi cuba memujuk. Abi masih diam. Tapi tak pula dia nampak marah seperti yang aku bayangkan riaksinya bila isu ini diutarakan.

"Abi, saya minta maaf. Bukan niat saya nak mengajar Abi atau apa, tapi, saya sayang angah tu, saya tak nak dia terus jadi macam tu. Saya nak dia balik ke jalan yang betul, saya nak dia balik ke rumah ni, rumah dia." Usahaku lagi memujuk.

"Abi tahu, Abi tahu semua tu. Dia tu anak Abi, tak kan Abi tak sayang dia. Apa pun yang keluar dari mulut Abi ni, dia tetap anak Abi dunia akhirat. Dia tetap tanggungjawab Abi." Balas Abi pula lembut. Aku agak terkejut dengan kata-katanya itu.

*****************  


"Tahniah anak Umi." Ucap Umi lagi. Umi tatap lagi wajah anak terunanya itu.

"Umi minta maaf tak dapat nak ucap tahniah pada Angah masa tu." Ucap Umi bernada sayu.

"Umi....tak payah la cakap macam tu. Umi dah ada kat sini sekarang ni, angah dah cukup rasa bersyukur." Balas Muaz. Aku dan Ainina hanya memerhati ragam dua beranak yang sudah sekian lama tidak bersua muka ini. Melihatkan sahaja sudah dapat rasa kebahagiannya. Ya Allah, peliharalah keluarga ini ya Allah. Keluarga ini sahaja yang aku punya. Inilah syurgaku. Limpahkanlah kebahagian dan keberkatan kepada keluarga ini.

*****************  



Bahagian 30



(Muaz POV)

"Assalamualaikum..." aku memberi salam sebaik pintu rumah sewaku dibuka.

"Waalaikumussalam." Kedengaran suara Azril menjawab salam. Disusuli pula dengan Aniq yang sedang duduk di mejanya.

"Aikkk awal pulak kau balik kali ni.." soalku pelik pada Azril.

"aihh...tak boleh ka aku nak balik awai?" balas Azril sinis. Aku tersenyum.

"Tak la...pelik je sikit." Azril memang jarang atau rasanya tak pernah pun balik awal. Rumah keluarganya di Alor Setar, hanya ambil masa sejam lebih sahaja untuk ke sini. Paling awal dia balik pun malam sebelum kelas mula. Tapi kali ni awal pulak. Tu yang rasa pelik tu.

My BFF My LoveWhere stories live. Discover now