Royals 1

91.9K 3.7K 845
                                    

Smk Bandar Baru Uda.

Hari pertama bagi pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 5. Hari pertama dan awal bulan. Semua pelajar berkeliaran di kawasan sekolah selagi loceng belum berbunyi.

"Hoi tak ada mata ke?!"

"Aku dah minta maaf kan?"

"Kau ingat dengan minta maaf tu boleh kasi kasut aku putih balik ke?!"

Lyssa memandang Erra dengan pandangan menyampah. Aku terpijak sikit je kot?

"Aku nak kau bersihkan!" Jerit Erra.

Nak tak nak, Lyssa mencangkung di depan kaki Erra untuk membersihkan kasutnya. Busuk siot!

"Tak payah!" Seseorang telah menolak Lyssa ke tepi.

"Semaklah kau ni Nathra!" Marah Erra.

"Hoi perempuan acah diva! Kau ingat dia bibik kau? Dia terpijak je kan?!" Getus Nathra marah.

"Tapi, kasut aku tetap kotor dan itu salah dia!"

"Hek eleh, apa susah? Pergilah kapur kasut kau tu sampai putih macam muka kau yang berbedak 10 inci tu." Jawab Nathra.

Eh dia ni. Aku sepak muka kau kang berjerebu satu sekolah. Dah hitam tu hitam jelah. Nak juga tepek kat muka bedak 10 inci. Bisik hati Nathra.

"Erghh." Erra pergi dari situ dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"Terima kasihlah tolong aku tadi." Ucap Lyssa sambil menepuk-nepuk baju kurungnya yang kotor.

"Sama-sama. Aku Nathra Kyara. Kau?" Nathra menghulurkan tangannya.

Lyssa menyambut. "Lyssa Irene. Panggil Lyssa je."

"Kau kelas apa?" Soal Nathra.

"4 PA 1." Jawab Lyssa.

"Really?!"

"Yah."

"Sama!" Nathra pula terlebih teruja.

"Jom masuk kelas!" Ajak Nathra lalu memaut lengan Lyssa.

Terlebih mesra pula si Nathra ni.

*****🍒6Royals🍒******

Ariana berlari selajunya tatkala pagar hampir saja tertutup. Tercungap-cungap di dibuatnya.

"Gad, jangan tutup!" Jerit Ariana sambil kakinya tidak henti dari maraton dari rumah sehingga ke sekolah.

Pagar sudah pun tertutup. Bukan gad yang menjaga pagar rupanya. Sekumpulan pengawas lelaki yang berdengki dengannya yang menutup pagar sekolah.

"Bukalah weh!" Kata Ariana sambil menggegarkan pagar.

"Kau ingat ni sekolah bapak kau? Suka hati kau je nak datang lambat. Ha?!" Jerkah Azman iaitu ketua pengawas.

"Aku minta maaf. Aku bukannya sengaja. Tolonglah buka pagar ni." Rayu Ariana.

"Uuu kesiannya dia." Kata Azman.

Tiba-tiba seorang perempuan baru tiba di sebelah Ariana.

"Open this gate!" Jerit Amisya yang baru tiba.

"Kesah pula aku? Kau yang datang lambat, pandai-pandailah cari jalan nak masuk." Jawab Azmam ketawa bersama pengawas lain.

6 RoyalsWhere stories live. Discover now