Royals 3

39.7K 2.6K 230
                                    

9.45 malam. Di bilik Lyssa.

Lyssa sedang mengulang kaji di biliknya. Hanya lampu belajar saja yang menerangi biliknya.

"IRENE!!!!!" Siapa lagi kalau bukan kakak angkatnya yang ada saja yang serba tidak kenanya.

Lyssa merengus geram lalu bergegas ke bilik kakaknya. Dia ni nak apa lagi?!

"Kenapa terjerit-jerit ni kak? Tak malu ke jiran-jiran dengar?" Kata Lyssa.

"Kenapa kau tak basuh lagi baju kotor yang ada dalam bilik aku ni?! Busuk tahu tak?!" Soal Lynna.

"Itu bukan kerja Irene. Umur akak dah 18 tahun. Takkan basuh baju sendiri pun tak reti?" Balas Lyssa.

"Apa yang bising-bising ni?!" Soal Puan Leyya baru tiba di bilik Lynna.

"Irene ni ma. Dia tak basuh baju-baju kotor ni." Adu Lynna.

"Tapi ma, tu bukan kerja Irene." Kata Lyssa.

"Habis kerja siapa?! Aku?! Kau tu anak pelacur mana tah arwah laki aku pungut. Sedar sikit. Kau ni menumpang! Kerja senang pun tak boleh buat ke? Basuh baju je." Kata Puan Leyya.

Hati Lyssa betul-betul membara.

"Kalau dah tahu senang, kenapa mama tak suruh je Kak Lynna basuh sendiri?" Balas Lyssa hilang sabar.

"Dah pandai melawan kau ya?!" Herdik Puan Leyya lalu menarik rambut Lyssa.

"Sakit mama sakit." Rintih Lyssa.

"Hey anak pelacur, kau dengar sini baik-baik. Aku bukan mama kau. Kau juga bukan anak aku. Kau tu anak pelacur yang dipungut! Taraf kau ni rendah. Memang layaklah kau buat kerja-kerja bibik. Faham?!"

Lyssa angguk dengan air mata yang deras mengalir.

Apa salah aku? Betul ke aku anak pelacur?

"Basuh baju-baju ni!" Lynna menuang bakul berisi baju kotor di atas kepala Lyssa lalu mengatur langkah ke dapur.

Lyssa mengutip satu persatu lalu dimasukkan semula ke dalam bakul di depannya.

*******🍒6Royals🍒******

Sayup-sayup kedengaran laungan azan subuh. Amisya menggagahkan dirinya untuk bangun menunaikan solat subuh. Jam yang berdenting dihentikan. Amisya berlalu ke bilik air setelah mencapai tuala di suatu sudut.

20 minit kemudian..

Tuala terlilit di tubuhnya. Rambut yang basah dibiarkan terlerai. Baju yang sudah siap digosok, disarungkan ke badan.

Telekung dipakai. Sejadah dibentang mengikut arah kiblat lalu dia menunaikan solat subuh.
Selesai solat subuh, Amisya bersiap untuk ke sekolah. Rambutnya disanggul tinggi. Beg disangkut di bahu. Yang terakhir, belek penampilan di cermin sekali lagi.

"Done!" Kata Amisya dengan ceria.

Amisya menapak keluar dari biliknya. Kakinya lincah menuruni anak tangga rumah dua tingkat itu. Belum sempat kakinya menjejak luar rumah, namanya diseru.

"Nadine!!!!!!!!!!!" Jerit Puan Rohaya.

Cepat-cepat Amisya ke dapur.

"Ya ibu?" Sahut Amisya.

"Berkali-kali aku panggil nama kau. Pekak ke?!" Herdik Puan Rohaya.

"Maaf, Nadine tak dengar." Kata Amisya lalu tertunduk.

"Eiii menyampah aku dengan kau ni. Semalam, aku suruh kau cuci pinggan mangkuk ni kan? Kenapa masih penuh sinki ni?!" Soal Puan Rohaya.

Sebab belum dibasuhlah. Apalah bangang sangat soalan makcik ni.

"Maaf, Nadine lupa."

"Maaf, maaf, maaf, maaf. Sepuluh kali maaf aku dengar. Sampai nak bernanah telinga aku ni." Kata Puan Rohaya.

"Basuh sekarang sampai licin!"

"Tapi, Nadine dah lambat ke sekolah." Ujar Amisya.

"Kau ingat aku kesah? Yang aku tahu, sinki aku bersih. Kalau tak, tunggu nasib kau!"

Nak, tak nak, Amisya perlu juga buat. Kalau tidak, mungkin nasibnya seperti Ariana semalam.

******🍒6Royals🍒******

Di kantin sekolah.

"Mana Ami dengan Ari ni?" Soal Farra risau.

"Lagi seminit dah pukul 8.00. Tapi, batang hidung pun tak nampak." Kata Iris.

"Tu ha diorang." Kata Lyssa.

Amisya sedang memapah Ariana ke kantin. Selepas saja keluar dari rumah, Amisya terus bergegas ke rumah Ariana. Sangkaannya betul. Ariana memerlukan bantuan.

"Kenapa lambat tho?" Soal Iris.

"Aku kena cuci pinggan. Siot je. Pagi-pagi buta dah nak ke sekolah, dia suruh aku cuci pinggan. Memang sengaja betul." Jawab Amisya dengan rasa tidak puas hati.

"Okey dah dah. Jom masuk kelas. Dah lambat ni." Kata Farra.

Mereka mengangguk.

Lyssa mula tersedar bahawa Nathra langsung tidak mengeluarkan suara. Risau juga dibuatnya.

"Kau okey tak Nat?" Soal Lyssa.

"Okey." Jawab Nathra sepatah.

"No. Kau tipu. Just tell me." Kata Lyssa.

Nathra menggeleng.

"Jangan keras kepala sangat boleh tak?!" Marah Lyssa.

"Fine!" Nathra menyelak kain sekolahnya.

"Kau kena pukul lagi?!!" Soal Lyssa.

"Dah tu? Takkan lebam kat kaki ni kena tiup angin?" Kata Nathra geram.

"Okey. Janganlah marah. Aku cuma risaukan kau." Jawab Lyssa.

KRING!!!
















R

oyals 3 done. :)) Votments guys ;'')). Okey wait for next chap *kiss*.

6 RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang