Kring!
4 Diamonians sedang mengalami stress yang tidak terkata.
Kuiz Matematik!
"Fuh susah gila soalan dia!" Kata Nathra.
"Susah beb!" Jerit Lyssa geram dengan soalan matematik di depannya.
"Cikgu ingat otak kita ni kalkulator ke??!!!" Ariana rasa nak meroyan saja ni.
Silap-silap dia dengan king kong tak ada beza. Hahaha.
"Berhenti menulis. Hantar kertas kuiz ke depan." Ujar Cikgu matematik mereka.
"Mampus aku. Aku ada lagi dua soalan!" Kata Amisya lalu dengan sepantas kilat dia cuba untuk menyiapkan baki soalan yang lain.
"Buatlah cepat!" Kata Farra dan Iris serentak.
"Kau ingat tangan aku ni ta-"
"Ami, apa kata tutup mulut kau dan teruskan buat soalan seterusnya." Potong Ariana.
Amisya mencebik.
"Amisya Nadine, hantar kertas kuiz awak sekarang."
Semua mata tertancap pada Amisya.
"Lagi sikit je." Jawab Amisya.
"Tak sikit-sikit. Hantar sekarang." Cikgu matematik mereka berpeluk tubuh.
Eiii apa sial cikgu ni?! Lagi sikit je!
Nak tak nak, Amisya terus menghulurkan kertas kuiznya yang belum habis disiapkan. Kini, mukanya dengan lantai rumah tak ada beza. Kesian..
"Kamu semua boleh pergi rehat."
"Memang nak pergi blah pun!" Ujar Amisya dengan selamba lalu keluar dari kelas.
"Pasal kuiz pun nak mental. Entah pape je si kecik tu." Kata Iris sambil kepala digelengkan.
Mereka berlima terus ke kantin. Mereka duduk di meja yang berdekatan dengan sinki kantin. Dah tu je yang kosong.
"Dah la Ami. Kuiz je pun." Tegur Ariana.
"Diamlah kau. Kau apa tahu?" Balas Amisya.
"Hello girls."
Semua mengangkat muka. Siapa lagi kalau bukan diorang enam orang jejaka tu.
"Ni kenapa masam je?" Soal Danniel lalu menujuk ke arah Amisya.
"Dia-"
"Kau diam Ari. Tak de aku celup kepala kau dalam sup nanti." Pintas Amisya terlebih dahulu.
"Marah betul." Ujar Zarith lalu memandang Ariana.
Ariana pula sekadar mengangkat bahunya.
"PERHATIAN SEMUA!"
Semua mata tertancap pada Putri dan Rashiqah.
"Tolong berhenti dari membuat apa-apa dan fokus pada saya." Ujar Putri.
Semua yang ada di kantin senyap dan fokus pada Putri dan Rashiqah.
"Kau cakap lah." Bisik Putri kepada Rashiqah.
"Aku?" Bisik Rashiqah semula.
"Yes!!"
Rashiqah menelan air liur sebelum berbicara.
"Fashion show akan ditunda selepas kem sekolah. " ujar Rashiqah dengan sekali lafaz.
Kantin mula kedengaran dengan bisikan-bisikan dari pelajar-pelajar.
"Sekian." Putri dan Rashiqah terus beredar dari situ.
"Adakah ini satu gurauan?" Soal Nathra.
"Tidak. Ini adalah satu peluang." Jawab Nashran.
"Peluang apanya dah kalau macam ni? Ni bala ni. Menyusahkan orang je tunda-tunda. Aku tanduk sekor-sekor nanti." Apalah yang dia melalut tu.
"So inilah peluangnya untuk tambah perasa pada pakaian yang akan korang peragakan tu." Kata Zarith pula.
"Ha? Nak tambah apa? Nak masak gaun ke?" Soal Ariana bingung.
"Nak masak apa?" Soal Amisya pula.
Ya Allah diorang ni!
"Bukan Ariana Rose sayang ku. Cantik kan lagi gaun korang tu. Itu maksudnya. Haih." Zarith membetulkan.
"Ooooooooooooooooooo..."
"By the way, kem apa yang Kak Rashiqah maksudkan tu?" Soal Farra.
"Cikgu ada buat kem untuk pelajar tingkatan satu sampai enam. Kem kat mana tah." Jawab Farish.
"100 orang je." Iqram mencelah.
"Alooo, mesti dah habis." Iris memuncungkan bibir.
Haih Iris, tolonglah jangan buat macam tu. Elak aku cium je bibir tu. Mohon tabah Iqram.
"Belum. Abang kesayangan korang ni ada simpankan." Ujar Farish dengan bangga.
"Haaaaaa nak!"
TBC..
YOU ARE READING
6 Royals
Novela JuvenilTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...