Mereka berenam berkumpul di bilik Farra. Masing-masing memikirkan tentang hal yang berlaku pada hari ini.
Di dalam bilik Farra.
"Kita kena minta maaf dekat Nenda sebab dah menyusahkan dia." Tegur Iris sambil membetulkan posisi duduknya di atas katil."Hurmm betul tu." Jawab Farra pula.
"Jom!" Ariana dan Amisya terlebih bersemangat pula.
Mereka semua turun ke ruang tamu istana mencari Nenda Rasnah. Tiada. Mereka meronda satu istana sampailah...sesat!
"Sekarang kita nak ke mana?" Soal Nathra.
"Cuba kita naik tangga tu pula." Kata Farra sambil cuba menelefon Encik Ahmad.
Namun, gagal lagi.
"Dekat level ni pun dah sesat lagi kau nak naik tingkat atas." Balas Lyssa bengang.
"Entah kau ni Farra. Jangan menambahkan kusut dalam kepala please. " Ujar Nathra.
"Eh ada pengawal!" Tegur Lyssa.
Kalau pengawal nampak ni, habislah.
"Apa kata kita minta tolong pengawal tu?" Amisya memberi cadangan.
"Kau nak mati, mati seorang. Jangan ajak aku. " kata Ariana.
"Kau dah gila ke Ami? Nanti dia report kat Nenda . Ni dah malam tau ni." Kata Farra lalu menggeleng kepala.
"One more thing, aku rasa dia ni orang luar. Batch pengawal istana sepatutnya di sangkut di sebelah kiri. Mustahil sebagai pengawal istana, dia lupa etika pakaian dia. Aku rasa ni orang luarlah." Kata Lyssa sambil mereka berada di posisi bersembunyian masing-masing.
"Macam mana dia boleh masuk dan kenapa?" Soal Nathra curiga.
"Entah-entah dia tu pengawal baru dan dia lupa batch tu kat sebelah mana." Jawab Amisya.
"Kita naik tangga tu dengan senyap." Ujar Iris pula.
"Hmm betul tu. Kita dah tak ada jalan lain dah." Ujar Farra.
Mereka mengangguk.
Bermula dari Lyssa dan Nathra dahulu. Selepas itu barulah giliran yang lain. Sampai saja di tingkat atas, mereka cuba berdiam diri dan jika ingin meluahkan sesuatu, suara perlu dikawal.
"Kita jalan terus." Ujar Farra.
"Oh okey."
"Kita dah macam Spy dalam rumah sendiri dah aku tengok." Tegur Ariana.
"Eh tu Nenda dengan Encik Ahmad!" Mereka semua bersembunyi di belakang dinding.
"Yang kita nak sembunyi kenapa? Bukan ke kita memang nak jumpa Nenda?" Soal Amisya.
"Manalah tahu ini tingkat privasi atau tempat rahsia Nenda, mestilah nanti dia marah. Sudut ni agak terpencillah dan sunyi." Jawab Nathra.
Tiba-tiba ada tangan menyapa bahu Ariana dan Amisya.
"Aaa!!"
Royals 16 done! Yahooo😋👍🏻 votments and comment. Keep reading guys💕😘 agaknya siapakah yang cuit bahu Ariana dengan Amisya ya?

ANDA SEDANG MEMBACA
6 Royals
Teen FictionTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...