Royals 12

36.7K 2.3K 237
                                    

Kelas 4 Diamonians 1.

Mereka berenam berada di dalam satu kelas dan berada di dalam satu kumpulan. Kedudukan mereka berada di belakang sekali.

Subjek matematik tamat. Cikgu Alya keluar dari kelas selepas pelajar mengucapkan terima kasih.

"Susahnya soalan maths yang cikgu tu bagi." Kata Lyssa dengan lemah lalu mengeluh kecil.

"Ini ke pelajar baru tu? Low class je." Tiba-tiba datang tiga orang pelajar perempuan di meja mereka dengan lagak gediknya.

"Semak." Kata Nathra dengan perlahan.

"Kau kata aku apa?" Soal pelajar perempuan bernama Sarra.

Nathra tidak menjawab malahan beriak seperti Sarra tidak wujud di situ. Malas nak layan orang sakit otak ni.

"Eh jawablah!" Sarra menolak bahu Nathra.

"Aku kata kau semak! Asal?! Kau nak gaduh?!" Nathra terus menolak Sarra sehingga jatuh.

Sarra dan tiga orang rakannya kecut. Mereka kembali ke tempat masing-masing dan Nathra duduk semula di kerusinya.

"Kalau nenda tahu ni, matilah kau Nath." Kata Lyssa sambil menekan kalkulatornya.

"Bukan aku yang cari pasal. Jadi, keseluruhannya itu bukan salah aku." Nathra menjawab.

Lyssa hanya mengangkat bahu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Tiba-tiba, enam orang pelajar lelaki masuk ke dalam kelas 4 Diamonians 1. Semua mata beralih ke hadapan kelas. Terutamanya pelajar 'perempuan'.

"Abang Iqram buat apa kat kelas Sarra?" Soal Sarra dengan gaya 'manja' nya.

Manja kepala hotak kau.

"Cikgu-cikgu agihkan budak form 6 untuk jaga form 1,2,3,4 and 5 sampai balik sebab cikgu-cikgu ada mesyuarat penting dengan orang luar." Jawab Iqram.

"Buat kerja masing-masing tapi, jangan bising." Ujar Zarith di hadapan kelas.

"Beb, tutup buka beb." Kata Lyssa lalu mendirikan buku matematiknya.

Begitu juga yang lain.

"Ehem, yang kat belakang tu buat apa? Turunkan buku tu." Tegur Danniel dengan nada tegas.

"Menyampah betullah!" Marah Amisya lalu menurunkan bukunya.

Yang lain terpaksa ikut. Kalau dah tahu tu Amisya, takkan tak boleh teka siapa dengannya.

Zarith tersenyum manis kepada Ariana. Ariana hanya membalas dengan senyuman nipis.

Amisya pula berdegil dengan mendirikan semula bukunya. "Baik aku tidur."

"Oi yang kat belakang tu, turunkan buku boleh tak? Ini dah masuk kali kedua saya tegur." Tegur Danniel.

"Nama saya Amisya Nadine. Bukannya Oi. Hesh, aku paling tak suka bila orang kacau aku nak tidur. Ish!! " Kata Amisya bengang lalu menyimpan bukunya.

Danniel berjalan ke arah Amisya.

"Habislah kau Ami. Pandai-pandailah kau settle kan." Kata Ariana lalu membaca novelnya.

"Awak ni jenis yang keras kepala atau tak reti hormat orang?" Soal Danniel lalu menarik kerusi kosong di kumpulan lain dan duduk di sebelah Amisya.

"Dua-dua." Jawab Amisya tanpa memandang muka Danniel.

"Bila saya bercakap, pandang muka saya." Tegur Danniel.

"Cakap guna mulut. Bukan guna muka." Amisya menjawab.

Eh dia ni. Sakit pula hati aku. Nasib baik kau comel tahu tak?! Eii kecik besar kecik besar je aku tengok si pendek ni. Kata Danniel dalam hati.

"Pandang saya Amisya." Arah Danniel.

"Tanak."

"Pandang saya."

"Tanak!"

"Hesh, dia ni!" Danniel menarik muka Amisya agar memandang mukanya.

"Susah sangat ke nak pandang muka saya?" Soal Danniel.

"Kalau awak buat macam tu lagi, saya flying kick awak sampai padang." Marah Amisya lalu memasamkan mukanya.

"Sampai bila nak gaduh tu?" Soal Farra sambil membuat word search.

"Entahlah. Sampai esok pagi agaknya diorang nak bergaduh." Jawab Iris lalu mengangkat bahu.

"Aku nak pergi ke luar kelas sekejap. Dalam kelas ni sejuklah." Ujar Nathra lalu memandang penghawa dingin yang berdekatan dengannya.

Lyssa mengangguk.

Nathra berjalan keluar kelas. Dia hanya berdiri di depan pintu setelah pintu ditutup rapat.

"Sejuk siot. Macam mana  diorang boleh tahan?" Ujar Nathra sendiri.

Krek!

Pintu dikuak.

"Kenapa duduk luar ni?" Soal pelajar lelaki itu.

"Er, kat dalam tu terlalu sejuk." Jawab Nathra.

Nathra terasa berat di bahunya. Eh kot siapa pula ni?

"Jom masuk dalam kelas. Kelas sebelah ni bukannya baik budaknya. Kalau sejuk, pakailah kot saya tu dulu." Ujar lelaki itu.

"Erm, tak apa ke?" Soal Nathra.

"Tak apa. By the way, my name is Nashran Arash. Awak?" Soal Nashran sambil mereka masuk ke dalam kelas.

"Nathra Kyara."

Nathra duduk semula di tempat. Bahu minyak wangi yang terlekat pada kot Nashran menusuk hidungnya.

Dia spray sebotol ke apa? Fuh bau kuat siot!

Tiba-tiba....

PAP!


























here next chap. Miss me? hahaa. votment and comment! okey byeee...

6 RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang