Royals 4

39.1K 2.8K 219
                                        

Istana Negeri.

Nenda Rasnah sedang menyemak butir negerinya di suatu bilik kerja yang menempatkan buku-buku dan tempat dia berbincang dengan orang-orang terpenting.

"Dah dapat maklumat tentang 6 orang budak perempuan ni?" Soal Nenda Rasnah kepada dua orang suruhannya lalu membuka cermin matanya.

"Sudah nenda." Jawab salah seorang darinya.

"Jadi?" Nenda Rasnah bersandar pada kerusinya.

"Mereka dijaga oleh keluarga angkat. Tapi, saya boleh kata diorang sering dipukul atau lebih spesifik, didera." Kata seorang dari mereka berdua yang bernama Izham.

"Kamu berdua ada bukti?"

"Ini dia video yang kami dirakam dan gambar."

Rakaman dimainkan.

"Itu Ariana Rose. Menurut jiran yang kami soal siasat, dia dipukul sebab balik lambat dari sekolah."

"Hanya sebab itu?!"

Mereka berdua mengangguk.

Beberapa keping gambar dan fail coklat dihulur kepada Nenda Rasnah.

"Ini pula apa?" Soal Permaisuri Rasnah.

"Ini adalah gambar dan biodata mereka. Kesemua maklumat ada di dalam sampul coklat ini." Jawab Izham.

"Baiklah. Nenda nak teliti dahulu. Pukul 9.00 kita bergerak ke Smk Bandar Baru Uda. Tolong beritahu pada Pak Mat." Ujar Nenda Rasnah.

Mereka berdua mengangguk lalu keluar dari bilik kerja Nenda. Nenda Rasnah mengeluarkan isi di yang ada di dalam sampul coklat tersebut. Satu persatu disemaknya dengan penuh teliti. Setiap bukti, setiap butiran dan maklumat.

°°°°°°🍒6Royals🍒°°°°°°

Ting...Ting...Ting..

"Perhatian kepada nama yang disebut, sila ke kantin sekarang. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Ariana Rose, Amisya Nadine, Farra Natrisha dan Iris Riana."

"Tu bukan nama aku ke tadi?" Soal Lyssa dengan riak bingung.

"Aku kata bodoh kang marah. Siapa je nama Lyssa Irene kalau bukan kau?" Balas Nathra.

"Korang, jom leeee." Ajak Nathra.
"Sekarang ke?" Amisya menanya soalan super bodoh.

"Ya!!" Jawab Ariana.

"Kamu berenam, bawa terus beg kamu." Kata Madam Zarina lalu tersenyum manis.

"Psst, kenapa cikgu senyum-senyum tho? Creepy je aku tengok." Bisik Amisya.

"Entahlah." Jawab Ariana.

Dia ni semua entah! Aku cekik sampai biru nanti!

"Kami pergi dulu ya Madam." Pinta Nathra.

Madam Zarina mengangguk.

Kaki mereka mengatur langkah ke kantin. Yang paling mengejutkan, setiap ibu bapa mereka ada!

"Weh, kenapa ni?" Soal Iris.

"I don't know, Iris." Jawab Farra.

"Lyssa, Nathra, Ariana, Amisya, Farra dan Iris sila duduk." Arah Pengetua sekolah iaitu Cikgu Rosman.

6 RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang