Royals 21

32.3K 2.1K 69
                                    

Balik saja dari perpustakaan, Nathra dan Nashran terus ke restoran yang berdekatan. Nashranlah yang belanja.

Asap rokok masuk ke dalam hidung Nathra. Nathra terbatuk-batuk lalu menutup hidungnya. Makin aku tutup, makin banyak asap rokok terbang dekat aku.

Nathra memandang sekumpulan budak-budak motor di meja sebelah. Yang berdekatan dengan Nathra, mengenyitkan mata. Nathra sekadar menjeling. Euw, Nashran kenyit mata tak apa juga. Ini muka dah lah macam tikus mondok belakang rumah aku je. Ada hati nak kenyit. Kang kenyit, terus tak boleh berhenti baru tahu!

"Eii sesak nafas!" Kata Nathra.

"Kita duduk tempat lain nak?" Ajak Nashran.

"Tak apalah. Dah penuh dah pun. Nanti orang lain pula duduk tempat kita." Jawab Nathra.

Makin banyak asap datang. Nathra sabar. Makanan yang dipesan pun sampai. Nathra hanya membuang kusut dikepalanya jauh-jauh. Time to eat!

Hu....Hu....Hu....

Nathra menyentak kutleri yang dipegangnya di atas meja. Nathra bengang. Dia ke meja sebelah.

"Bro, wa tahu lu hisap rokok. Sembur lah rokok lu kat tempat lain. Lu tak nampak ke wa tengah makan? Atau mata lu buta bro?!" Nathra menghentak meja mereka.

"Wowowowo cik adik. Tak manis main hentak-hentak meja laki. Nak hentak, Jom kita cari bilik." Jawab si tukang sembur rokok itu.

"Ecewah lu bro..." Sekumpulan budak lelaki itu mengetawakan Nathra.

Semakin berasap kepala Nathra.

"Nath, biarkan jelah diorang." Pujuk Nashran.

"Wuuu ada pakwe siot. Pakwe macam jambu je." Si tukang sembur rokok.

"Bro, aku datang nak makan. Bukan cari pasal." Kata Nashran dengan muka yang yang marah.

"Awek lu yang cari pasal dulu.  So, dia kena settle lah. Boleh pilih. Nak settle dengan kasar atau dengan...........sedap." Lelaki itu tersengih nakal.

"Sial." Nashran menumbuk muka lelaki itu.

Terus kebelakang kau. Halah setakat badan macam tulang ikan, kacang je. Beza dengan badan Nashran yang lebih tegap.

Lelaki itu bangun semula lalu menumbuk rahang Nashran. Nashran tidak sempat mengelak.

Tiga orang lelaki mendekati Nathra.

"Adik nak kemana tu?"

"Abang datang ni..." Suara miang itu membuatkan Nathra rasa nak muntah biru je.

Nathra menolak salah seorang yang terlalu dekat dengannya dengan sekuat hati.

"Kak, baling pinggan tu kat saya!" Jerit Nathra kepada seorang perempuan yang sedang mengipas sate.

Nathra menangkap pinggan itu. Mangkuk? Aku kata pinggan kan? Mangkuk pun mangkuk lah.

Perempuan itu mencari telefonnya untuk menelefon polis kerana ada kekacauan. Sebenarnya pekerja perempuan itu sendiri tidak tahan dengan sikap teruk sekumpulan lelaki itu.

Nathra memijak kaki lelaki di tengah lalu menendang alat sulitnya. Confirm senak! Ada lagi dua orang. Nathra menarik nafas.

"Eii siallah betina ni!" Lelaki itu ingin menerkam Nathra namun Nathra berganjak ke tepi lalu menaiki belakang badan lelaki itu.

Ni kalau bangun juga ni, aku tak tahulah. Siku aku ni dah lah macam paku tajamnya. Silap-silap kojol orang tu.

Seorang lagi lelaki ingin buat benda yang sama. Namun Nashran di belakang menarik baju lelaki itu.

"Jangan kacau awek aku boleh?" Nashra menghadiahkan penumbuk padanya.

Kalau mati, innalillah. Kalau hidup lagi, subhanallah hidup lagi?! Ish Ish Ish...

"Ya Allah bibir awak lebam ni. Kita pergi hospital eh?" Nathra mula risau.

Haihlah dia ni. Lebam je. Itu pun nak ke hospital ke sayang?

"Tak payahlah. Tuam dengan ais je nanti." Jawab Nashran.

"kita bungkus jelah. Nanti sambung makan kat tempat tinggal saya eh?"

Nashran mengangguk.

"Sayang betul eh kat saya?" Soal Nashran.

"Sempat lagi dia ni!" Marah Nathra.

Nashran tersengih.












Royals 21 done...tbc

6 RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang