KRING!
Waktu rehat.
Mereka berenam berjalan ke kantin. Sampai saja di kantin mereka mencari tempat duduk.
PAP!
"Berapa kali aku warn?! Kau ni bodoh ke apa?!" Bentak Daiyan.
"Salam tak ada apa tak ada. Datang-datang je meroyan macam kena sawan babi." Kata Lyssa dengan selamba.
"Kau diam!" Karmella menunding jari kepada Lyssa.
"Bla bla bla. Ni mulut aku." Jawab Lyssa.
"Jangan sesekali dekat dengan senior form 6 kita orang!" Kata Sasha dengan matanya mencerlung biji mata Farra.
"Kau ingat kau siapa?!" Bentak Lyssa.
"Hey perempuan murah, yang kau pergi menggedik tu boyfriend orang. Tolong sedar sikit." Kata Karmella.
"Boyfriend jelah. Bukan suami pun!" Bidas Karmella.
"Kalau aku tahu korang dekat dengan diorang, tahulah nasib korang. Let's go girls." Kata Adira.
"Lyssa, lain kali cuba tahan sikit mulut kau tu. Kau macam menambahkan lagi masalah." Tegur Ariana.
"So, kau nak biarkan kita kena maki, kena hina dan nampak macam senang kena pijak? Macam tu?!"
"Tak. Aku cuma-"
"Kalau itu yang kau nak, okey. Let it be." Lyssa terus beredar dari situ.
"Biarkan je. Lama-lama Okeylah tu." Kata Nathra.
TING!TING!TING!
Group 4 Diamonians 1
Puan Ainin
Event Fashion Show akan diadakan tiga minggu akan datang ya. Bukan minggu hadapan harap maklum.Nathra menyimpan semula iPhone 7 nya.
Lagi sekali...
Bush!
Habis baju-baju Nathra, Farra, Iris, Ariana dan Amisya penuh dengan pasir.
"Wtf?!" Nathra mencapai air mineral di meja sebelah lalu dicurah ke mukanya. Pedih mata aku!
"Hahahahaha!" Diva-diva gedik pass tangan antara satu sama lain lalu mengetawakan mereka.
"How dare you erghhh!!!!!" Nathra menarik rambut Daiyan.
Maka, perang tarik menarik rambut pun terjadi.
Lyssa kembali ke kantin tatkala dia teringat dia lupa beli roti. Haih..
"Ya Allah ni apa kes pula ni?" Lyssa menepuk dahi.
Pelajar lain berlari ke tempat lain. Takut-takut jadi mangsa pula.
"STOP IT!" Jerit Lyssa.
"Apa masalah kau dengan budak-budak kau ni?! Hanya sebab lelaki, perlu ke jadi macam ni?" Soal Lyssa dengan bada serius.
"Kau yang mula dulu perempuan sun-dal." Herdik Karmella.
Zap!
Lyssa mengetap gigi. Dia benar-benar marah.
"Eh kau marah ya? Apa lagi aku nak label kau ni eh? Oh ya tengok dari muka, macam anak luar nikah pun ada. Haha.."
Anak luar nikah? Memorinya terus terimbas kebelakang semasa dia dimarahi ibunya.
"Dasar anak luar nikah! Anak pelacur! Betina sial! Kau memang pembawa sial dalam keluarga ni kau tahu tak?!" Herdik Puan Leyya sambil melibas Lyssa dengan tali pinggang.
"Ma sakit ma! Irene tak macam tu.."
"Kau anak luar nikah! Anak pelacur! Betina sial!"
Luar nikah...
Luar nikah..
Luar nikah..
Lyssa kembali mata realiti. Matanya ternyata sudah merah. Air matanya juga tidak henti dari mengalir.
"AKU-BUKAN-ANAK-LUAR-NIKAH!" Lyssa mencekik leher Karmella.
Dia enggan melepaskan cengkaman pada leher Karmella. Lyssa mengembangkan Karmella pada dinding berkali-kali.
"AKU DAH KATA, AKU BUKAN ANAK LUAR NIKAH!"
"Ya Allah Lyssa!" Nathra berlari ke arah Lyssa yang sudah berada di luar kawalan.
"Lyssa!" Mereka berlima cuba untuk melepaskan cengkaman dari leher Karmella.
Wajah Karmella sudah merah hampir saja warna ungu. Kakinya tidak mencecah lantai kantin.
"LYSSA IRENE!"
PANG!
Lyssa tersungkur ke atas lantai sambil memegang pipinya yang berdenyut. Nathra dan yang lain mendapatkan Lyssa.
"Aww leher i sakit you." Adu Karmella pada Luthfi.
"KAU YANG CARI PASAL DENGAN AKU DULULAH BODOH!"
"Enough Lyssa!" Herdik Luthfi lalu mendukung Karmella ke bilik rawatan.
Nathra dan yang lain terus menangkap Lyssa dan bawanya lari dari kantin.
"Lari ke belakang sekolah tho. Jauh sikit!" Ujar Ariana.
Mereka mengangguk.
Sampai saja di belakang sekolah, mereka melepaskan Lyssa.
"Aku benci semua orang!" Jerit Lyssa.
"Aku benci diri aku! Aku benci keluarga aku! Aku benci orang yang lahirkan aku! Sebab dialah hidup aku macam ni!" Bentak Lyssa lalu menumbuk tar jalan yang tajam sehingga tangannya berdarah.
"Aku benci! Benci! Semua kata aku anak luar nikah! Anak pelacur ha apa lagi?! Aku benci!" Bentak Lyssa lagi.
Berhingus-hingus..
"Lyssa..." Nathra datang memeluk Lyssa.
"Shh kita orang kan ada." Ariana dan Amisya pula memeluk Lyssa.
"Yes, kita orang tak pernah anggap kau macam tu." Ujar Iris lalu mendakap Lyssa.
"Kita orang sayang kau.." Kata Mereka.
"Haih free je kena lempang harini.."
Kawan? Apa itu kawan? Sahabat? Apa itu sahabat? Kawan tu bila susah baru terkial-kial cari kita dan kawan tu belum tentu akan backup kita dalam hal-hal macam ni. Kan? Sahabat? Dia adalah orang yang sama-sama merasa sakit dan pedih hidup kita. Dia juga akan tetap menolong kita dalam hal macam ni. Dia akan tetap terus kawan kita dan ada dengan kita walau ada mala'un yang datang buat cerita dongeng bin bangang. Tambahan, ia kekal. :))
Tbc...
YOU ARE READING
6 Royals
Genç KurguTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...