(girls uniform)
(boys uniform)
Nathra, Lyssa, Ariana, Amisya, Farra dan Iris keluar dari kereta. Masing-masing rasa gelisah, takut dan entah apa-apa perasaan timbul.
"Mari cucu-cucu nenda." Ajak Nenda Rasnah.
Mereka berenam akur dengan arahan Nenda. Mereka semua berjalan memasuki perkarangan sekolah.
Mulut Iris terkumat-kamit sedati tadi sehingga menarik perhatian Ariana dan Amisya.
"Kau baca apa Ris?" Soal Amisya.
"Mentera eh?" Ariana menduga.
"Ceh, syirik tu. Aku baca doalah." Jawab Iris.
"Doa? Doa apa?" Ariana bingung.
"Doa cepat dapat jodohlah tu." Usik Amisya."Tak lah. Aku doa, minta-mintalah korang dua ekor ni bisu sebab asyik sakitkan hati orang je." Jawab Iris dengan selambanya.
Kedua-dua terdiam. Farra tergelak kecik bila muka kedua-kedua berubah masam.
"Kamu tunggu sini. Nenda pergi daftar kat pejabat sekejap." Pinta Nenda.
Mereka mengangguk. Mereka sekadar menunggu di kantin.
"Ni sekolah ke apa seyy? Mewah je semua benda." Kata Ariana sambil tangannya tidak lepas dari memaut lengan Amisya.
"Ariana?" Tegur seorang pelajar lelaki bersama lima orang pelajar lelaki di tepinya.
Semua mata tertancap pada Ariana. Ariana kaku. Mampus aku!
Jangan cakap dengan aku ni mamat yang aku terserempak kat kedai buku haritu. Sekarang juga aku terjun bangunan 100 tingkat. Ujar Hati Ariana.
"Zarith Zafran? Takkan awak tak ingat?" Ujar Zarith lalu menyimpul senyuman manis.
Gila manis punya!
"Er ye. Saya ingat." Lambat-lambat Ariana mengaku juga yang dia ingat.
Mana mungkin lelaki sekacak 'Zarith Zafran' dia boleh lupa Rambut hitam pekat. Anak mata berwarna coklat menambahkan lagi tarikannya pada kaum hawa. Bila dia senyum, boleh melebur hati yang memang semulajadi beku macam ais!
"Awak buat apa kat sini?" Soal Zarith dengan lembut.
"Saya tunggu nenda saya tengah daftarkan saya dengan adik-beradik saya kat pejabat." Jawab Ariana dengan nada lembut.
Fuh lembut gila minah ni berbual dengan Zaru? Garu? Ha sama jelah! Bila dengan aku, kalau boleh dia ber 'rock' sekali kat depan aku. Silap-silap meninggal aku kat situ juga! Bisik hati Amisya geram.
"Rith, ni bukan ke cucu permaisuri negeri?" Tegur seorang kawan Zarith di sebelah kanan.
"Yelah Rith. Dioranglah yang keluar berita haritu." Sampuk seorang lagi.
Tiba-tiba Zarith semakin mendekatkan mukanya kepada Ariana. Ariana semakin cuak. Lengan Amisya dipaut erat Sampai senak orang tu. Haih..
"EHEM!" Farra dan Iris berdehem selaku 'kakak'.
Zarith tersentak lalu menjarakkan mukanya dari Ariana. Niat nak tengok muka tapi lain pula jadinya.
Mengikut ketinggian pun dah boleh agak siapa lahir dulu. Farra, Iris, Nathra, Lyssa, Ariana dan akhir sekali Antasya. Mengikut tarikh lahir mereka. Bukan tahun. Tahun semestinya sama sebab mereka sebaya.
"Nath, kau perasan tak, pelajar 'perempuan' lain pandang kita macam tak puas hati?" Soal Lyssa berbisik.
Nathra mengangguk.
"Okeylah. Saya ada kelas. Bye girls." Ucap Zarith lalu mengenyit mata pada Ariana.
Ariana terpaku. Eh? Kau terpaku ke terpukau Ari?
Tatkala Zarith dan lima orang pelajar lelaki itu beredar Amisya, Nathra, Lyssa, Farra dan Iris menyilangkan tanga ke dada lalu memandang Ariana tanpa berkelip.
"EXPLAIN NOW! " Kata Amisya.
Habis aku! Nenda, please help me!
Royals 11 done.😊 Best? Vote, comment and follow me😘 thanks! Okey tata😚...
YOU ARE READING
6 Royals
Teen FictionTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...