Kereta yang Pak Mat pandu masuk ke dalam perkarangan istana. Mereka berenam kepenatan di tempat duduk belakang.
"Kita dah sampai." Ujar Pak Mat.
"Dah pukul berapa Pak Mat?" Soal Ariana dalam keadaan mamai.
"9.00 malam." Jawab Pak Mat.
"Ergh penatnya." Amisya mengeliat.
Mereka berenam menapak masuk ke dalam istana.
"Asal terang semacam ni?" Soal Nathra pelik.
"Kau intai-intailah sikit." Kata Lyssa.
"Nenda tengah tunggu kitalah." Jawab Nathra.
"Masuk jelah. Aku penat ni. Nak tidur." Kata Iris.
"Assalamualaikum." Nathra memberi salam.
"Waalaikumussalam." Sahut Nenda Rasnah.
"Maaf Nenda kami lambat." Ucap Lyssa.
"Tak apa. Dah makan ke belum?" Soal Nenda prihatin.
"Dah." Jawab Farra.
"Kita orang naik atas dulu ya Nenda?"
Nenda mengangguk. Mereka berenam memanjat tangga ke bilik masing-masing.
******🍒6Royals🍒******
KRING!
TING!TING!TING!
"Guys, kau dapat e-mail dari Sis Rashiqah." Ujar Nathra lalu membuka e-mail itu.
PutriShane @
Sesi kelayakan
Hari: Next week (Wednesday)
Masa: 2.45 ptg - 4.00 ptg
Lokasi: Dewan Ext Highchool (dewan sekolah)
Theme: All dark
P/S: Don't be late!Nathra menghantar screenshot pada yang lain.
"All dark?" Ariana memandang Nathra.
"Kita kena pakai pakaian yang berwarna gelap. Itu maksudnya." Jawab Amisya.
"Harini hari apa?" Soal Farra.
"Khamis. Kita ada lagi enam hari termasuk harini." Kata Iris pula.
"Nak pakai apa?" Soal Lyssa.
"I don't know." Nawab Nathra.
"Er kau dah okey dengan Luthfi?" Soal Farra.
"Asal dengan dia? Tak ada kena mengena dengan aku." Jawab Lyssa dingin.
"Okey okey jangan marah. Aku hanya bertanya." Kata Farra.
"Emmm... okey."
"Kita kena beritahu Nenda." Kata Ariana dan Amisya menyokong.
"Biar aku mesej nenda." Kata Farra.
Farra
Assalam Nenda 😊. Kita orang join Event Fashion show. Tak apa kan?Nenda sayang❤️
Good News! Congrats darling2. Tak apa. Perlukan apa-apa, inform Nenda okey?Farra
Okey Nenda!😘👌🏻"Nenda kata okey. Kalau perlukan apa-apa, inform dia." Kata Farra.
"Bila nak rehat ni?" Soal Iris dengan lemah.
"Kau ni makan je yang kau tahu!" Marah Farra.
"Aku rasa warna yang sesuai biru gelap atau hitam. Bukan sesuai je, tepat dengan tema dan tak ada sesiapa boleh beri apa-apa alasan untuk kick out kita." Kata Amisya.
"Okey-okey dah. Cikgu dah masuk." Tegur Nathra.
Tbc...

ANDA SEDANG MEMBACA
6 Royals
Teen FictionTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...