Waktu balik persekolahan harini tamat. Semua pelajar 4 Diamonians 1 mengemas segala buku dan peralatan yang digunakan.
Lyssa memandang kaki Nathra yang berbalut. Sedih rasanya tengok kawan baik sendiri menanggung sakit. Lagi-lagi bila dah jadi adik-beradik. Kau rasa? Hari-hari tengok dia jalan terhincut-hancur. Nak jalan pun payah.
"Yeayyyy balik!!!!" Jerri Ariana dan Amisya.
Iris dan Farra hanya mampu menggeleng kepala. Macam kanak- kanak ribena pun ada. Cuma tak warna purple je. Hahahahaha
Mereka bersenam berjalan ke pagar sekolah. Lyssa memapah Nathra. Ariana dan Amisya pula sambil berjalan mulut mereka tak henti menyanyi. Tak macam menyanyi pun! Buat sakit telinga je.
Merely berjalan di depan kantin dan...
BUSH!
Keenam-enam mereka basah lencun. Lyssa menoleh ke sebelah kanan. Ternyata benar tekaannya. Diva gedik!
"APA MASALAH KAU NI SETANNNN??!!!!" Jerit Amisya betul-betul api marahnya memuncaknya.
"Dah Ami. Jangan layan. Setan memang macam tu. Kata Ariana sambil memerah skirtnya.
"Kan? Setan memang gitu. Tunggu kojol je." Iris mencelah sambil mengelap tangannya dengan tuala kecil yang dibawa.
Mereka semua beredar dari situ. Diva gedik mulalah ketawa macam syaitan di pagi hari di kantin.
"Muka dah lah macam lembu!" Jerit Amisya geram.
PIN! PIN!
"Bersiap sedia untuk hadap nenda." Ujar Nathra lalu tersenyum nipis.
*******🍒6Royals🍒******
"SEKARANG NENDA NAK JUMPA BUDAK-BUDAK TU DENGAN PENGETUA KAMU SEKALI!"
Lyssa menepuk dahi. Matilah nak!
Nenda bermundar-mandir di ruang tamu di depan mereka.
Encik Ahmad mengerling jam dinding. 1.30 petang!
"Alaa nenda. Tak payahlah." Pujuk Lyssa.
"NO! Ahmad, suruh Pak Mat siapkan kereta. Sekarang juga kita ke sekolah semula!" Nenda Rasnah sudah mula menyinga tatkala berita yang disampaikan oleh Nathra mengenai kakinya dan Lyssa mengenai baju mereka yang basah lencun.
"Kamu berenam ikut nenda!"
"Ya nenda!" Lintang-pulang mereka mengejar langkah Nenda Rasnah.
Di dalam kereta Nenda Rasnah tidak henti mulutnya dari bercakap. Geram rasanya cucunya dibuat sedemikian.
Sampai saja di depan sekolah, Nenda Rasnah bergegas keluar dari kereta. Mereka berenam terus mengikut langkah Nenda Rasnah. Tenaga dia lagi power dari orang muda weh!
Sampai saja di kantin terdapat guru besar, guru-guru dan pelajar tingkatan 5 dan 6. Mungkin ada kelas tambahan beramai-ramai untuk peperiksaan besar ataupun ceramah.
Lyssa memandang tepat ke mata Karmella. Ariana dan Ami memandang Diva Gedik tanpa berkelip. Farra dan Iris sekadar menunduk dan berdoa agar sekolah ni tak meletup sekejap lagi.
Terus saja kantin menjadi krik-krik.
"Maaf ya, kita berehat 5 minit." Ucap guru besar di mikrofon.
Zarith memandang Ariana dan mata Danniel pula memandang Amisya. Haih sudahlah tu..
"Ya Nenda Rasnah, ada apa-apa ke?" Soal guru besar mereka iaitu Puan Halimah.
"Saya nak jumpa pelajar tingkatan lima bernama ADIRA, KARMELL, DAIYAN, SASHA, NITA dan JULIE." Nenda Rasnah sengaja menekankan nama mereka.
"Boleh saya tahu kenapa?" Soal Puan Halimah.
Maka, mulut Nenda Rasnah mula maraton.
"Kita boleh berbincang Nenda." Guru disiplin mencelah.
"Bincang kepala otak kau!" Bidas Nenda.
Lyssa menutup mulut terkejut. Mereka menahan tawa. Rasa macam kelakar pula.
"Mana pelajar tu?!" Soal Nenda Rasnah.
"Adira Shafeen, Karmella Adrilya, Daiyan Hanisah, Sasha Nik, Anita Daneea dan Juliana Syafirah." Panggil Puan Halimah.
Tatkala mereka mula berdiri Nenda Rasnah terus menerpa ke arah mereka.
PAP!
"Apa masalah kamu semua dengan cucu saya?!"
"Nenda sabar Nenda. Jangan macam ni." Pujuk Iris.
"Er-" Hanya itu yang keluar dari mulut Karmella.
"Semaklah orang tua gila." Gumam Daiyan perlahan namun tetap didengari Nenda.
PANG!
Penampar hinggap di pipi Daiyan. Wow!
"Kamu jangan kurang ajar ya!"
"Nenda, jomlah kita balik." Ajak Ariana dan Amisya.
"Nenda, orang tengok tu. Malulah." Kata Farra pula.
"Disebabkan ini kali pertama kamu semua buat macam tu pada cucu saya, saya maafkan. Lagipun, cukuplah pelempang tu jadi pengajaran. Sekali lagi kalau saya tahu benda yang sama terjadi, saya tak teragak-agak nak transfer kamu semua ke sekolah juvana. Ingat!" Nenda terus mengatur langkah keluar dari kantin.
"Kami minta maaf dengan apa yang jadi tadi ya. Maaf menganggu sesi pembelajaran atau ceramah korang. Haaa sambung belajar." Ujar Ariana dan Amisya lalu berlari mengejar Encik Ahmad dan Nenda Rasnah.
"Saya minta maaf dengan apa yang dah jadi ya cikgu. Ini kali pertama saya nampak Nenda bertindak macam tu. Maaf menganggu ceramah cikgu." Ucap Lyssa kepada Puan Halimah dengan sopan lalu berjalan ke arah kereta.
Hmmmmmm..... Apalah nak jadi?
Tbc.....😋

ANDA SEDANG MEMBACA
6 Royals
Teen FictionTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...