Nathra duduk di sofa butik sambil membaca majalah fesyen di tangannya. Pekerja-pekerja di situ pula tekun membuat hal serta tugas masing-masing.
"Lambatnya Ari ni." Nathra mengeluh.
...
...
...
"Hey!"
Nathra mengangkat muka. Ha sampai pun dua ekor ni.
"Apa senyum-senyum?! Dah lah lambat." Marah Nathra.
"Eh lambat ke?" Soal Amisya.
"Ya , sangat lambat! Korang lambat 3 minit!" Marah Nathra.
Ya Allah, 3 minit je! Tu pun berkira.
"Berilah aku kesabaran dengan Mak Enon sekor ni." Gumam Amisya perlahan.
"Dah Jom!" Nathra menarik lengan mereka.
"Cik Nathra, baju apa yang Cik nak kami carikan?" Soal pekerja perempuan yang bernama Alia.
"Saya nak gaun warna hitam atau putih. Bawa je yang cantik-cantik. Nanti kami tengok." Jawab Nathra serta senyuman.
Alia mengangguk faham.
"So?" Ariana mengangkat sebelah keningnya.
Ewah dia ni.
"Tunggu lah." Jawab Nathra lalu beredar ke sofa butik yang di duduki sebentar tadi.
10 minit kemudian, Alia datang semula dengan beberapa gaun di tangannya.
"Cantik beb." Kata Ariana teruja.
"Tengok betul-betul." Pesan Nathra.
"Tahulah." Kata Amisya pula.
"Korang decide warna ni eh?" Soal Ariana pula.
"Ye." Jawab Nathra.
Tiba-tiba pintu butik dikuak oleh seseorang. Seseorang yang sangat dikenali Nathra. Kenapa butik ni? Kenapa butik ni juga dia masuk?
"Dia buat apa kat sini?" Soal Nathra sendiri.
"Lari!" Ariana dan Amisya terus meninggalkan Nathra yang terkaku di situ.
Tak guna punya member!
"A..awak..buat..a..apa kat sini?" Soal Nathra tergagap-gagap lalu memandang sekeliling mereka.
Kot-kot ada sepai kan?
"Saya nak berbincang dengan awak." Jawab Nashran.
"Eh, bincang tentang apa pula ni?" Soal Nathra keliru dengan apa yang dikatakan Nashran.
"Tentang kita."
"Eh, saya tak fahamlah apa yang awak cakapkan ni. Kita bukan ada masalah apa-apa pun." Nathra menggaru kepala yang tidak gatal.
"Saya tahu awak jauhkan diri dari saya sebab awak ingat saya dah ada Girl kan?" Soal Nashran.
"Eh mana ada. Saya cuma sibuk dengan gaun-gaun ni je." Bohong Nathra.
"Tak. Awak tipu. Lyssa dah bagitahu saya semua." Kata Nashran.
Nathra terdiam.
JAHANAM KAU LYSSA!!!!!!!!
"Jadi?" Soal Nathra lalu tertunduk.
"Kita bincang. Awak boleh tanya apa je pada saya. Saya tahu, dalam otak awak tu ada soalan yang nak ditanyakan." Ujar Nashra.
"Haa eloklah. Apa kata korang pergi makan-makan ke? Kita orang cari gaun-gaun ni." Amisya mencelah dengan selambanya.
Syaiton kau Amisya!"Ha betul tu. Pergi je. Demi korang, kami sanggup berkorban demi korang." Sambung Ariana.
Syaiton kuasa dua. Apakah? Serius ah?
"Er okey. Thanks ya. Jom Nathra?" Ajak Nashran.
"Er tapi-"
"Tak ada tapi-tapi. Pergi je." Paksa Ariana lalu menolah-nolak bahu Nathra.
"Fine!"
Mereka semua tergelak dengan reaksi Nathra. Malu tapi mahu.. ceh!
Bersambung..

YOU ARE READING
6 Royals
Novela JuvenilTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...