Royals 39

32.5K 1.9K 37
                                    

Lyssa menaiki teksi ke Restoran berdekatan. Haydar juga berada di dalam dukungannya. Dia kemudiannya memilih tempat yang tidak jauh dari kaunter.

"Haydar lapar tak sayang?" Soal Lyssa lalu meletakkan Haydar di tempat duduk bayi.

Haydar pula cuba untuk membuat buih menggunakan air liur. Habis berkerut-kerut muka dia. Lyssa pula menahan gelak.

"Eii dirty lah sayang." Lyssa mengelap mulut Haydar.

"Cik nak makan apa?" Soal pelayan perempuan.

"Bubur ayam dan air suam saja." Jawab Lyssa serta senyuman.

"Eh Lyssa.." Tegur Lynna iaitu kakak angkatnya dulu.

Lyssa mengangkat muka. Terkejut juga dia lihat kakaknya. Kurus sungguh! Macam tak cukup makan. Mustahillah mana tak bagi makan. Anak sendiri kot.

"Eh akak, duduklah." Pelawa Lyssa.

"Eh tak apa ke?" Lynna terasa dengan segan dengan pelawaan Lyssa.

Memorinya terimbas kembali tentang mereka berdua. Dia tidak pernah melayan Lyssa dengan baik. Mungkin ini balasan untuknya.

"Tak apa. Duduklah. Akak pesanlah apa yang akak nak makan." Kata Lyssa tidak lupa juga senyuman darinya.

5 minit kemudian pesanan Lyssa sampai.

"Yeayy mamam Haydar dah sampai." Kata Lyssa.

Si kecil turut ketawa.

"Eh akak baru perasan. Yang comel ni anak siapa?" Soal Lynna.

"Anak Lyssa."

Lynna terkejut. Dengan riak itu, Lyssa tahu apa yang difikirkan oleh Lynna.

"Akak jangan fikir lain. Budak ni dari rumah anak yatim yang nak ditutup." Kata Lyssa.

"Ooo.."

Selepas itu keadaan menjadi kekok. Tidak ada seorang pun mengeluarkan suara.

"Hmm, akak nampak kurus." Tegur Lyssa.

"HAH LYSSA SINI PUN KAU!"

Ah sudah..

"Kau pergi mana?! Kita orang cari kau merata tempat. Habis aku tawaf tempat lain sekali. At last, kat sini je. Huh!" Bebel Nathra.

Begitu juga yang lain.

"Eh kak Lynna. Maaf, saya tak perasan. Marah punya pasal." Nathra sekadar menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Ni ka..kakak kau?" Soal Iris tergagap.

"Sejak bila kau ga...ga..gagap?" Ajuk Farra.

Iris bengang. Eii aku sepak kang!

"Ye." Jawab Lyssa sepatah.

Semua salam Lynna. Kita diajar jangan berdendam. Tak baik!

"Hmm akak sihat? Mama sihat?" Soal Lyssa.

"Em." Hanya itu keluar dari mulut Lynna. Mukanya juga berubah sedih.

"Kak?" Soal Lyssa lagi.

"Mama dah tak ada." Dengan itu, sekaligus air mata Lynna mengalir.

Lyssa pula tergamam. Yang lain terus memandang Lyssa.

6 RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang