Balik saja dari sekolah Lyssa hanya terperap di dalam biliknya. Nathra, Farra, Iris, Ariana dan Amisya berada di bilik bacaan di tingkat tiga.
"Lepasni, kita jangan terlibat dengan apa-apa yang melibatkan senior 'hotstuff' tu." Ujar Ariana.
"Hmm.. betul tu." Sokong Amisya.
"Ya Allah, Aku lupa yang aku tertinggal tugasan Puan Ainin bawah meja!" Amisya menepuk dahi.
"Cuailah kau ni." Tegur Ariana.
"So tak nak ambil?" Celah satu suara.
Mata mereka beralih pada muka pintu. Lyssa.
"Aku nak ambil. Tapi, siapa nak teman?" Soal Amisya dengan lemah.
"Jomlah. Aku pun tertinggal barang kat sana. Buku rujukan sains aku tertinggal bawah meja." Jawab Lyssa.
"Aku nak ikut." Ujar Farra dan Iris.
"Jom Nath?" Ajak Ariana.
"Okey okey." Nathra mengalah.
Mereka bersiap untuk ke sekolah semula.
*******🍒6Royals🍒******
Sampai saja di depan sekolah, mereka menapak masuk selepas pak gad membuka pagar. Mereka berenam mengatur langkah ke kelas 4 Diamonians 1.
"Mana buku rujukan sains aku ya?" Lyssa mengeluarkan buku-buku di bawah meja lalu diletakkan di atas meja.
"Hah dah jumpa!" Jerit Amisya terlebih teruja.
Padahal jumpa buku je pun.
"Dah jumpa." Ujar Lyssa lalu pipinya terlanggar bahu Farra.
Sudah betul jadi pendek ni!
"Aduh!" Lyssa memegang pipinya.
"Apalah nasib aku. Dah lah kena tampar. Lepastu terlanggar bahu kau." Kata Lyssa.
"Sorry Lys Sorry!" Farra terlebih panik.
Tadi terlebih teruja, ni terlebih panik.
"Tak apalah. Sikit je." Kata Lyssa lalu ketawa kecil.
"Jom balik. Nanti ada bala datang pula Kalau lama-lama kat sini." Kata Iris lalu keluar dari kelas.
Begitu juga mereka.
Mereka lalu di depan kedai buku. Terdapat pondok disitu. Pondok memang nampak tenang dan indah tapi penghuninya tu!
"Si gedik tu lagi." Kata Amisya bengang.
"Okey jangan cakap dia on the way nak pergi dekat kita. Sekarang juga aku blah." Kata Ariana.
"Just stay. " Kata Lyssa dan Nathra lalu menyilang tangan ke dada.
"Eh ini budak yang kena tampar dengan senior Luthfi kan??" Soal Karmella.
"Ini yang kena tampar tu kan? Kan? Kan?" Soal Daiyan.
"Aku rasa kita tengah cakap dengan orang IQ cetek dan tak ada adab. Tak pun memang dari lahir ditakdirkan bodoh." Ujar Nathra.
"Kan? Tanya soalan yang sama. Macam lah kita ni sebodoh dia. Lepastu tergagap kot ni. Kan? Kan? Kan? Berapa kali kan nak cakap?" Balas Lyssa.
"Eh aku lagi tua dari kau! Ingat tu!" Kata Karmella lalu menunding jari ke arah Lyssa.
"Hurm.. orang makin tua makin elok. Ni tak, makin tua makin hancur." Kata Lyssa dengan selamba.
"Dia dah tak ada modal nak menjawab lah tu." Farra dan Iris mencelah.
"Whateverr." Daiyan menjeling mereka.
Luthfi baru tiba di pondok yang Karmella duduki. Lyssa hanya buat-buat tak nampak.
"Layan orang gila lebih-lebih buat apa kan? Baik tengok WWE sambil makan kacang. Lagi bagus." Kata Lyssa lalu beredar dari situ.
"Not so fast little." Karmella menarik tangan Lyssa.
"Tu boyfriend aku. Kau tak ada hak nak dekat dengan dia atau berbual dengan dia." Kata Karmella kepada Lyssa.
"Jadi?" Soal Nathra dengan bengang.
"Syok sendiri." Kata Lyssa dengan perlahan.
"Syok sendiri? Sayang! Sayang!" Jerit Karmella.
Lambat-lambat Luthfi berjalan kepada Karmella. Ariana dan Amisya di belakang menarik-narik baju Lyssa.
"Sayang, dia tak percaya you boyfriend I." Kata Karmella.
"Aku perlukan longkang. Lyssa, aku dengan Iris pergi dulu. Rasa macam nak muntah biru pula!" Farra dan Iris beredar dari situ.
"Dia boyfriend kau ke, dia suami kau ke, dia nenek kau ke, dia atuk kau ke, dia jantan mana sekalipun, TAK ADA KENA MENGENA DENGAN AKU!" Lyssa mengepal penumbuk.
"Tak perlu nak warning aku. Aku tak sebodoh kau okey? Lagi satu, letak harga diri tu tinggi sikit eh? Pegang-pegang dah halal ke belum? Fikir-fikirlah. Dah terlanjur nanti sendiri menganggung susah. Oh lupa, kau memang murah. Ops!" Sinis Lyssa lalu beredar dari situ meninggalkan mereka dua dalam keadaan tergamam.
"Nanti kahwin, jangan lupa jemput." Pesan Ariana dan Amisya.
Nathra, Ariana dan Amisya mengekori Lyssa dari belakang. Semua diam. Suasana sunyi di dalam kereta berterusan sehingga tiba di istana.
Tbc..

ANDA SEDANG MEMBACA
6 Royals
Teen FictionTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...