Giant Supermarket
Lyssa mendukung Haydar manakala Nathra menolak troli. Barang mereka seperti beg di letakkan di dalam troli.
Mereka berada di tempat barangan basah.
"Ni barang dapur untuk 10 tahun ke apa ni?" Soal Lyssa sambil meneliti senarai di tangannya.
Ikan siakap
Ayam 3 ekor
"Aku cari ayan, kau cari ikan." Ujar Nathra.
Lyssa mengangguk.
Nathra meneliti ayam di depannya.
"Yang ni, ni dan ni ya." Ujar Nathra.
Pekerja lelaki disitu sekadar mengangguk.
"Ya tuhan, pening aku dengan bau kat sini." Kata Nathra perlahan.
Kang cakap kuat-kuat, ayam tu pula bertepek kat muka dia.
Nathra terpandang seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Nashran. Hmm dengan....
Seorang perempuan.
Lawa
Ayu je
Bertudung lagi
Mesra...juga.
"Girl friend dia kot. Hm semoga bahagia. Hu...Hu... aku je single. Hahaha.."
Dia dah taken rupanya. Haih.. apalah kau ni Nath. Bisik Nathra.
"Cik? Cik?" Tegur pekerja itu.
"Oh Ha ya ayam saya. Terima kasih." Selepas membayar ayam yang dibeli, Nathra mencari Lyssa.
Mana pula ni? Tiba-tiba dia juga tidak sangka dia akan terserempak dengan Nashran. Nashran mungkin akan sedar kehadirannya jika dia tidak beredar dari situ sekarang. Okey sekarang ni krik-krik.
"Patah balik Nath." Kata Nathra sendiri laku berpusing ke belakang.
"Kau lari dari siapa ni?" Sapa Lyssa dari belakang.
"Oh Nashran!" Latah Nathra.
"Ha?! Mana? Mana?" Soal Lyssa lalu meletakkan plastik berwarna merah berisi ikan di dalam troli.
"Tu Ha. Jomlah blah tempat lain." Ajak Nathra.
"Uiiii...siapa awek sebelah dia tu?" Soal Lyssa lagi.
"Jangan tanya. Aku tak kenal. Eh Jomlah cari barang lain. Lagi cepat kita cari, lagi cepat benda ni selesai." Gesa Nathra.
Lyssa mengeluh lalu ikut saja cakap Nathra. Malas nak layan.
Susu ✔️
Susu dutchlady strawberi✔️
Tepung✔️
Gula✔️
Garam✔️
Snek✔️
Bawang merah/putih✔️
Halia✔️
Kobis✔️
Kentang✔️
Nestum✔️
Deodorant shayla✔️
Bedak✔️
Shampu✔️
Downy✔️
Daia✔️"Fuhhh penat siot!" Kata Nathra.
"Memang kaw kaw untuk 10 tahun!" Kata Lyssa.
"Alamak weh, dia ada kat kaunter tu." Nathra lalu menepuk dahi.
"Yang kau takut sangat ni kenapa?!" Marah Lyssa.
"Er ala.. weh aku tak nak dia nampak aku." Jawab Nathra.
"Haih, kau pergi tunggu dalam keretalah. Biar aku yang settle kan ni." Kata Lyssa pasrah lalu menyerahkan Haydar pada Nathra.
"Jangan nakal-nakal dengan cik Nath ya sayang. Mummy ni nak BAYAR barang." Kata Lyssa lalu mencubit punggung Nathra.
Geram sia dengan perangai tak semena si Nathra ni.
"Sakitlah! Ha okey bye!" Nathra terus blah gitu je.
Asyik nak cubit punggung aku je! Bengkak karang!
Tbc.. thankyou guys💕 teruskan membaca ok😘🤓. I love youuu lah. Lagi bnyk yg baca, lagi banyak chapter will be update. Huhuhu..

ANDA SEDANG MEMBACA
6 Royals
Roman pour AdolescentsTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...