Royals 35

32.3K 2K 146
                                    

"Alololo...kesiannya cucu Nenda ni penat." Nenda meletakkan baby itu di atas sofa.

Semua di situ hanya menjadi pemerhati dan hanya mampu berdoa bukan mereka yang akan jaga budak tu.

Taguna betul diorang ni. Haha..

"Nenda nak suruh Kak Tifah jaga tu." Bisik Ariana pada Amisya.

Amisya mengiyakan. Aduh dua orang ni. Berbual macam betul je. Ariana dan Amisya ingin mengatur langkah ke bilik mereka semula.

"Eh sekejap. Nak pergi mana tu? Duduk dulu." Panggil Nenda Rasnah.

"Siapa nak jaga budak ni nanti Nenda? Takkan Tifah? Tifah dah ada kerja jadi orang gaji dah." Kata Latifah awal-awal menyelamatkan dirinya dahulu.

"Dia dah selamatkan diri dia dulu weh." Bisik Iris.

Farra mengangguk.

Ariana dan Amisya dah berpeluh-peluh. Padahal kena tenung je pun. Diorang berdua ni paling tak ngam dengan budak kecik. Dah diri sendiri macam budak kecik je. Tambahan lagi makhluk dua ekor ni manja.

"Ariana tak nak jadi mummy or babysitter baby tu!" Tiba-Tiba Ariana menjerit.

Amisya blur tapi di anggukkan saja.

Semua terkejut. Boleh kena serangan jantung kot. Tak pasal-pasal mati kejong kat situ juga!

"Mummy? Ari baru je bagi Nenda idea bernas. Lagipun Nenda dah tua. Mana larat nak jaga baby. Jaga sikit-sikit macam nenek lain jaga cucu tu bolehlah." Kata Nenda Rasnah.

Ah sudah.. Farra menepuk dahi.

"Tanak! Tanak! Tanak! Ari tak nak jadi Mummy dia. NO! NO! NO!" Sambil-sambil dia memekak, kaki dia pun ke tempat lain.

Nampak sangat nak lari.

"Ami ikut Ari." Amisya tersengih lalu mengikut langkah Ariana dan belakang.

"Kita orang tak nak." Farra, Iris dan Nathra terus mengangkat tangan lalu menggeleng kan kepala.

Semua berlari ke bilik masing-masing. Tinggallah Lyssa seorang. Yang blah dulu tu bukan ke bilik terus. Tapi diorang intai-intai dari atas. Tak guna bukan?

"Er..Er.." Lyssa memandang kiri dan kanan.

"Lyssa..."

"NENDA JADIKAN JE SI LYSSA NI MAK BUDAK TU!" Jerit yang di atas.

Cilake betul eh perangai masing-masing.

Lyssa mengeluh. "Baiklah Nenda."

Nenda dah banyak berjasa dengan mereka. Takkan nak tolak mentah-mentah macam diorang? Sekurang-kurangnya ada salah seorang yang sanggup. Dari status cucu, baby bertukar status menjadi cicit pula.

"SEKURANG-KURANGNYA AKU MENUNJUKKAN BAHAWA AKU NI HARGAI JASA NENDA SELAMA NI!" Jerit Lyssa semula.

Puas hati aku.

16 tahun?! Oh tuhan dugaan apakah ini?

Mummy pun mummylah. Janji jangan suruh aku jadi nenek dia sudahlah. Melampau tu.

Something wrong lah. Rasa macam semua benda ni jadi terlalu cepat sampai tak sedar ada sesuatu yang tertinggal. Mungkin? Hmm.. apa-apa jelah. Lagipun baby ni comel! Bisik hati Lyssa yang tak berapa nak bisik tu.

"Kus semangat lubang hidung dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kus semangat lubang hidung dia." Kata Lyssa.

"Budak ni nak tidur mana? Kita mana ada katil baby." Kata Lyssa lalu menatap wajah Nenda Rasnah di tepinya.

Nenda tersenyum sinis. Ewah, orang tua pun dah pandai bersinis-sinis eh? Creepy tho.

"Kenapa Nenda senyum macam tu? Ngeri tahu tak?" Kata Encik Ahmad.

"Eh orang tua ni. Orang senyum kat orang lain, dia yang terasa." Latifah sudah mulakan.

"Squeeze me Mak Enon, mulut jangan puaka sangat. Tua-tua aku pun aku hensem. Kau apa ada? Burger pun kecik. Nasi lemak lima posen pun tak nampak ada hati nak cakap orang macam tu. Huh!" Encik Ahmad mengata Latifah.

"Ini dah melampau tahu!" Latifah menyingsingkan lengan.

Lyssa mula risau jika pergaduhan mereka berdua akan menganggu si kecil ini tidur. Si kecil mula bergerak-gerak. Tengok dari muka, macam nak menangis dan....

UWEKK!!!











Thanks bg yg setia dgn cerita mengarut I😂 Lps ni dah boleh try dah buat cerita fantasy😂😀. Haha.. anyway, bg support dengan spam comments, spam votes & terus ikut perkembangan Sis dalam dunia penulisan ni. Thank you very much💞💗💓💘💕 Wait for next chap. Baby tu pembawa masalah pada Lyssa atau disebaliknya? So tungguuuuuuuuuu..

6 RoyalsWhere stories live. Discover now