Taman Tasik.
Lyssa keluar daripada teksi bersama Haydar di dalam dukungan. Matanya meliar mencari kelibat Luthfi. Kakinya juga terus berjalan ke hadapan. Si kecil di dalam dukungannya kepalanya terbaring di dada Lyssa. Penat lah tu.
"Mana pula pakcik ni?" Soal Lyssa sendiri.
Dia ternampak seorang lelaki sedang duduk di bangku batu di depan kolam ikan. Kepala lelaki itu juga tertunduk. Tengok dari baju, macam baju Luthfi.
"Apa bodoh sangat kau ni Lyssa. Baju dia kan? Mestilah tu dia." Lyssa menepuk dahi lalu berjalan ke arah Luthfi.
"Ehem, Assalammualaikum." Ucap Lyssa.
Eh? Dia nangis ke? Wow!
Paling susah nak tengok lelaki ni nangis. Bila dia keluarkan air mata dia kerana seorang perempuan yang dia sayang, maknanya dia benar-benar sayang.
"Waalaikumussalam." Jawab Luthfi.
Lyssa melabuhkan punggung di sebelah Luthfi lalu merenung Luthfi.
"Nangis ke?" Soal Lyssa.
What the... Simpanlah kebangangan kau Lyssa.
"Tak lah. Ketawa." Jawab Luthfi.
"Oo.."
"Saya tahu lah awak nangis. Saya nampak apa yang jadi kat dalam kedai makan tu sebab saya ada kat situ." Kata Lyssa sambil menepuk-belum punggung Haydar.
Luthfi terdiam.
"Apa guna awak sia-siakan diri awak tu untuk manusia yang tak berhati perut macam dia?" Soal Lyssa.
Ceh, dah macam kaunselor tak bergaji aku ni. Kur kur kur..
Boleh tahan cengeng dia ni. HAHAHA!
Luthfi tertunduk.
Aku nak nangis. Dia pula ada kat sini. Macam mana nak nangis? Uwaaa kejang mata aku macam ni. Haa nangis jelah.
"Eh, janganlah nangis." Lyssa cuak.
Secara spontan ibu jarinya mengesat air mata Luthfi. Okey semua terkaku kejap. Okey gerak balik.
"Saya kan ada. Buat apa kejar orang yang tak kejar. Buang masa je. Saya kejar awak. Awak kejar saya. Haa settle." Kata Lyssa dengan terlebih mudah.
Luthfi memandang Lyssa tak berkelip. Lyssa menelan air liur. Aku tersalah cakap ke? Awat dia dok pandang aku macam nak telan?
"Janganlah pandang macam tu." Lyssa menolak wajah Luthfi.
Tiba-tiba Luthfi mendaratkan kepalanya pada bahu kanan Lyssa. Haa eloklah tu. Si kecik tu pinjam bahu kiri, si dia ni pinjam bahu kanan. Berat tahu tak?!
"Thanks." Ucap Luthfi.
Maka, Lyssa pun di awang-awangan.
"Siapa ni?" Soal Luthfi.
"Anak." Jawab Lyssa sepatah.
"Eh dah kahwin ke?" Soal Luthfi lagi.
"Belum."
Dengan itu, Luthfi merenung lagi Lyssa. Lyssa dah tahu dah apa yang Luthfi fikirkan. Overthinking betul!
"Dari rumah anak yatim lah! Haa fikir apa tu ha?!" Marah Lyssa.
"Oo anak angkat lah ni?"
Lyssa mengangguk.
"Janganlah marah yang." Kata Luthfi lalu letak semula kepalanya di atas bahu kanan Lyssa.
Aku perlukan baldi. Anyone?
"Apa yang-yang?!" Marah Lyssa.
"Hehe. Sorrylah. Okey-okey, nak apa?" Soal Luthfi.
"Saya nak gantikan tempat Karmella." Jawab Lyssa dengan muka yang tak bersalah.
"Jadi girl friend saya?" Soal Luthfi lalu mengangkat kepala.
Lambat-lambat Lyssa mengangguk.
"Tak boleh."
Okey. Aku Broken. Lyssa diam. Maka, krik-krik. Burung-burung berkicauan.
"Saya tak nak awak jadi girl friend saya. Saya nak awak jadi isteri saya." Kata Luthfi.
Lyssa tercengang. Uish ni betul-betul move on ni. Haydar yang kelihatan letih tadi tiba-tiba saja ketawa. Ewah macam faham-faham je.
"CIA CIA CIA!"
Luthfi dan Lyssa menoleh ke belakang. Kelihatan yang lain berada di sini. Eh sejak bila diorang ada kat sini?
"CIA CIA CIA!" Maka, Farish dan Iqram pun memulakan tarian kuda kepang mereka.
Zarith dan Danniel pula jadi tukang kompang kat meja batu sebelah bangku batu yang diduduki Lyssa dan Luthfi.
"Bukan main lagi korang ya?" Usik Nashran.
"Sayang!" Jerit Zarith.
"Oh abang!" Sahut Danniel.
Gay detected!
"Kau ingat kelakar ke setan?!" Luthfi sudah mencabut kasutnya.
Tunggu untuk dibaling saja. Zarith dan Danniel memulakan langkah pelarian mereka. Luthfi pula mengejar mereka dengan kasut di tangannya.
"HAHAHAHAHAHAHAHA!!"
Berlari berkejaran.. sambung!
Mohon Jgn ikut perangai diorang. Kalau ada member yang perangai macam Zarith dengan Danniel, mohon sedekahkan penampo terus. Sekian. HAHAHAHAHA. Okk dah. Tunggu next chapter seterusnya. Byeeeeeee..
YOU ARE READING
6 Royals
Teen FictionTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...