Minggu yang sukar bagi mereka iaitu sekolah baru. Uwaaa, tak nak! Ariana dan Amisya masih tidak bangkit dari tidur mereka.
Di meja makan.
Semua berada di meja makan kecuali Ariana dan Amisya. Membuta lagilah tu!
Lyssa mengerling jam di tangan.
6.05 pagi.
"Aku rasa Ari dengan Ami ni tak bangun lagilah Nath." Ujar Lyssa lalu menyirup teh panas di depannya.
"Aku kejut Ari, kau kejut Ami." Kata Nathra.
"Okey." Nathra dan Lyssa bangun dari kerusi meja menuju ke bilik Ariana dan Amisya di tingkat dua.
"Nak ke mana ni?" Soal Nenda Rasnah.
"Kejut dua orang tu nenda. Tak bangun lagi." Kata Lyssa geram.
"Oo..ha kejut-kejut."
Nathra dan Lyssa memanjat tangga ke tingkat dua. Destinasi yang dituju, bilik Ariana dan Amisya.
"Ari bangun Ri." Nathra menolak-nolak bahu Ariana.
"Ish, apa ni? Janganlah kacau. Aku mengantuk ni." Ariana menarik selimut sehingga menutup mukanya.
"Hesh, bangunlah Ariana Rose!" Jerit Nathra geram.
"Diamlah Nath!" Marah Ariana balik.
Eii geramnya aku dengan dia ni! Nathra menarik selimut Ariana lalu dibaling ke lantai.
"APA NI WOI?!" Ariana mamarahi Nathra.
"Bangun Ari! Harini sekolah! Kau tak nak sekolah ke?! Semua orang tunggu kau dengan Ami kat bawah! Hesh!" Nathra bercekak pinggang.
Terus membulat mata Ariana. Dia terus berlari mencapai tuala dan bergegas ke dalam tandas.
"Tahu takut..."
Lyssa berada di dalam bilik Amisya. Kurgh..Kurgh..Kurgh..
Kedengaran dengkuran dari Amisya. Lyssa menarik selimut Amisya. Amisya tarik balik. Lyssa tarik lagi. Amisya tarik balik lagi sekali.
Dia ingat ni main tarik tali pe?! Lyssa bengang. Lyssa mengambil gayung berisi air dari dalam tandas lalu direnjis pada muka Lyssa.
"HOI APA NI?!" Amisya terus bangun dari tidurnya.
"Dah pagilah weh. Harini first day sekolah kita kat sekolah baru. Lupa ke? Ke kau tak nak sekolah?" Jawab Lyssa lalu berpeluk tubuh.
"Lah ya ke? Asal tak cakap?" Amisya dengan selambanya masuk ke dalam tandas.
Eiii geramnya aku!! Aku kerat juga budak kecik ni jadi sepuluh. Lyssa menggerutu geram bercampur bengang.
"Sabar Lys sabar." Ujar Lyssa sendiri mengatur langkah keluar dari bilik Amisya.
Tbc. 😘
![](https://img.wattpad.com/cover/88864781-288-k586982.jpg)
YOU ARE READING
6 Royals
أدب المراهقينTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...