Royals 65

32.5K 1.9K 203
                                    

Ariana dan Zarith berada di tepi pantai. Menghirup udara yang segar. Mendengar deruan ombak. Berpijak pada pasir semula jadi. Ceh!

Ariana duduk di atas pasir yang beralaskan seliparnya. Begitu juga Zarith yang berada di sebelahnya. Sedari tadi, tiada seorang pun memulakan perbualan. Ariana memandang Zarith. Apa yang dirasakan adalah tenang.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Zarith.

"Muka awak menenangkan."

"Ye ke?"

"Ye. Kalau tak tenang, dah lama awak makan pasir." Jawab Ariana.

Zarith terketawa kecil mendengar jawapan dari Ariana. Gengster betul!

"Ariana.." Panggil Zarith.

"Ye?"

"Awak pernah bercinta?"

"Tak."

"Boleh percaya ke?" Soal Zarith lagi.

"Tak percaya sudah."

"Memang tak percaya pun."

"Awak tu mesti pernah kan?" Soal Ariana.

"Bercinta ni ada banyak. Bercinta kerana Allah, bercinta kerana nafsu dan banyak lagi." Kata Zarith lalu tersenyum manis kepada Ariana.

"Awak kata awak pernah bercinta kan? Mestilah dengan seorang perempuan. Jadi awak bercinta kerana?" Soal Ariana ingin tahu.

"Kerana dia lawa, hot, body goals and yah she' so sexy."

What the....

Ariana merenung tajam anak mata Zarith. Nafas dia keluar masuk dah mengalahkan kuda. Silap-silap si Zarith ni dia celup je kat laut nanti.

"Okey-okey. Saya gurau je." Kata Zarith lagi lalu mencubit pipi Ariana.

"Siapa bagi awak cubit pipi saya?! Mahal tahu tak?!" Marah Ariana.

"Biarlah. Ni tangan saya. Bukan awak."

"Tapi, ni pipi saya!"

"Ni tangan saya!"

"Pipi saya!"

Cup!

Ariana terdiam. Dia memegang pipinya.

"Tahu pun nak diam eh?" Kata Zarith lalu cepat-cepat lari jauh dari Ariana.

"ZARITH ZAFRAN!!!!"

******🍒6Royals🍒******

Farra dan Iris tekun mendengar apa yang diajar oleh Farish dan Iqram. Nathra pula menolong Latifah di dapur. Katanya Nenda nak makan sedap-sedap masa makan malam nanti. Lyssa pula baru saja turun ke ruang tamu.

"Ohoiiiiii hoi." Nathra keluar dari dapur dengan alunan nyanyiannya yang tak berapa nak beralun.

"Kalau lah mata bertentangan mata..." Sambung Nathra lagi.

"Jeng Jeng Jeng Jeng jengggggggg.." Nyanyi Lyssa pula sambil menepuk-nepuk sofa.

"Hati si dara bagai nak gilaaaaa... Hoi!"

"Dah dah lah tu Nathra. Orang tengah belajar tu. Diam lah sikit." Tegur Latifah.

"Oh lupa pula dengan budak tuuuuuuuutor ni." Kata Nathra sengaja.

"Cik Nathra, ni ada beberapa orang hantar gaun." Ujar seorang pengawal istana.

"Bawa masuk gaun-gaun tu dan letak dekat bilik saya." Jawab Nathra.

6 RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang