Nathra mengerling jam di tangannya. 9.45 malam. Hmm.. 15 minit lagi dah pukul 10.00 malam. Nathra memandang Ariana dan Amisya yang sedang mengambil bau ketiak masing-masing.
Ya Allah diorang ni!
"Kita balik dululah Nath. Esok kita datang lagi." Tegur Lyssa.
Nathra mengangguk.
"Kak, kita orang balik dululah. Esok kita orang datang lagi ya." Ujar Lyssa dengan lembut.
Lynna mengangguk.
Lyssa mengangkat Haydar manakala Nathra mengejutkan Farra dan Iris dari tidur. Farra dan Iris masih lagi dalam keadaan mamai.
"Jom balik." Kata Ariana dan Amisya.
Mereka semua balik ke istana kecuali Lynna.
******🍒6Royals🍒******
Keesokan paginya, seperti biasa ada yang bersarapan, ada yang berjoging dan ada juga masih tengah membuta di dalam bilik masing-masing. Nenda berkata bahawa mereka tidak perlu ke hospital. Nenda sendiri akan uruskan.
Nathra menyelongkar peti ais. Orang dah siapkan nugget, dia nak benda lain. Haih..
"Kak Tifah, tak ada maggi ke?" Soal Nathra lalu mencari maggi di kabinet bawah pula.
"Uish, makanan tak sihat tu! Mestilah tak ada." Jawab Latifah.
"Lah ya ke? Hmm Nathra nak pergi restoran mamak dekat-dekat sini dengan Lyssa lah." Kata Nathra.
"Jangan balik lambat sangat ya." Pesan Latifah kepada Nathra.
Nathra mengangguk lalu mencari Lyssa. Dia terhenti di tangga tengah.
"Nath, kau nak keluar eh?" Soal Farra.
Nathra mengangguk. "Kenapa?"
"Aku nak kirim boleh?" Kata Iris pula.
"Boleh. Nak apa?"
"Belikan susu dutchlady strawberi yang kotak besar eh?" Pinta Iris.
Nathra mengangguk.
"Kau?" Soal Nathra kepada Farra.
"Belilah apa-apa snek." Farra tersengih.
"Nampaknya aku dengan Lyssa pergi supermarket lah jawabnya."
"Eh nak ke supermarket eh?" Latifah mencelah.
Ah sudah...
"Ye Kak Tifah sayang..." Jawab Nathra.
"Belikan barang dapur eh?" Latifah cuba membuat muka comel.
Komfem aku dapat senarai barang dapur kejap lagi.
"Nah ni senarainya."
Kan betul.
"Okey." Nathra terus berlari ke bilik Lyssa.
Nathra terus menerjah masuk tanpa mengetuk pintu. Dia kemudiannya merapati katil Lyssa. Lyssa sedang nyenyak tidur di atas katil. Membulat mata si kecil memandang Nathra.
Mak aih minah ni. Tidur mati ke apa?
"Weh, bangunlah." Kejut Nathra.
"Hmm.. kau nak apa?" Soal Lyssa dengan keadaan separuh tidur.
"Teman aku pergi supermarket." Pinta Nathra.
"Bila?"
"Kejap lagi. Pergilah mandi." Ujar Nathra.
"Yalah kejap. 5 minit." Kata Lyssa.
"Tak ada 5 minit. Kau punya 5 minit tu macam 5 tahun!" Marah Nathra.
"Ish! Yelah!" Lyssa terus bangun lalu mencapai tuala dan bergegas masuk ke dalam tandas.
Bengang!
"Hai Haydar. Cik Nath ni."
Tbc guys😘

ANDA SEDANG MEMBACA
6 Royals
Teen FictionTentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Riana. Mereka tinggal bersama keluarga angkat masing-masing setelah setiap anggota keluarga masing-ma...