part 2#misi

449 26 0
                                    


"Assalamualaikum!" Jerit Fatin di luar pagar rumah Aiman. Aiman yang perasan kedengaran orang melaung di rumahnya segera menuju ke daun pintu. Berbunga hatinya tatkala melihat Fatin berada di hadapan rumahnya. 'Dah angau ke aku dengan budak ni? No no no aku tak pernah sukakan dia.' Getus hati Aiman.

"Ha apehal kau jerit² depan rumah aku ni? Rindu aku erk?" Soal Aiman. Dia menyilangkan tangannya dan menyandar di dinding. "Hello... Tolong sikit. Takde maknanya lah saya nak rindu awak. Ni ha umi suruh bagi kuih dekat aunty Ana. Nah."

Fatin menghulurkan bekas sederhana kecil kepada Aiman. Dengan malas Aiman menyahut huluran itu. Dia membuka bekas itu terdapat kuih melaka. Aiman ambil satu untuk merasa.

"Erm... Sedapnya. Pandai aunty Lisa buat. Favorite aku ni." Ujar Aiman. "Ooo... Yeke? Kalau awak nak, lain kali saya buat" tidak perasan pulak Fatin berkata demikian. 'Alamak... Apehal aku ni? Rajin pulak nak buatkan untuk Zikr ni apesal?' Fatin bermonolong sendiri.

"Ha? Kau nak buat? Tak payah lah.... Silap haribulan dengan kau² sekali hangus kat dapur tu. Entah sedap ke tak kalau kau buat." Perli Aiman. Sengaja berbuat demikian kerana ingin melihat muka marah Fatin.

"Eeee.... Awak ni kan... Saja je kan nak buat saya marah... Kalau awak tak nak, saya tak kisah. Tapi tak perlu lah sampai nak kutuk saya yang saya ni tak pandai buat kuih." Marah Fatin. Ternyata memang tepat sangkaannya yang Fatin akan marah kepadanya. Dia tergelak kecil.

"Alolo... Marah? Sorry. Aku saja je nak buat kau marah comel tau bila kau marah. Aku tahu kau pandai buat kuih. Kalau tangan kau rajin sangat, kau buat lah untuk aku." Pujuk Aiman.

Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Fatin hanya mendiamkan dirinya. "Dah lah. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Ujarnya. Tanpa mendengar kata² Aiman, dia terus pergi.

'Aik? Marah ke? Biar lah dia. Ada aku kesah? No sama sekali.' Bisik hati Aiman. Dia juga masuk ke dalam rumah dan meletakkan bekas yang berisi kuih tadi di atas meja makan lalu naik ke atas biliknya.

*******

Pagi ini, Aiman datang awal ke sekolah. Motif? Entahlah. Tergerak hatinya untuk pergi sekolah awal. Di dalam kelasnya hanya ada dirinya sahaja. Dia membuka suis lampu dan kipas lalu bergerak menuju ke tempatnya. Dia melakar di atas meja.

Dalam sepuluh minit, kedengaran beberapa suara pelajar di dalam kelasnya. Geng² Aiman datang ke arahnya lalu mengejutkan Aiman yang enak dibuai mimpi.

"Wey man, aku dengar kau rapat dengan budak perempuan form 1 tu. Betul ke?" Soal Hilmi. Aiman berdecip. Aik? Bila masa pulak aku rapat dengan budak perempuan form 1 ni? Aku rasa takde lah pulak aku nak rapat dengan perempuan." Aiman bermonolong sendiri. Dia mengelenggkan kepalanya.

"Alah kau ni. Kau ingat kitorang ni tak tahu ke yang kau rapat dengan budak tu? Siap belanja makan lagi dekat budak tu." Sampuk Akmal. Baru Aiman teringat. Budak yang dikatakan oleh mereka ialah Fatin.

"Baru aku ingat wey... Budak tu anak kepada kawan papa aku lah.... Budak tu kan baru lagi dekat sekolah kita ni. So, aku teman lah dia makan. Babah dia pun cakap suruh jaga budak tu."

Terang Aiman. 'Wah man, pandai kau reka cerita. Siap suruh jaga budak lagi. Hahaha.' Geng² Aiman mengangguk faham. "Kau tahu tak budak tu lah yang aku cakap kat kau cun tu..." Ujar Hilmi. "La.... Budak ni ke? Memang lah dia cun. Tapi tak berminat lah aku. Dah lah anak kawan papa aku. Memang tak lah aku nak jatuh cinta dengan budak tu."

'Betul ke man? Yeke kau tak kan jatuh cinta dengan Fatin? Fatin tu cantik tahu. Dah lah baik. Eh, apehal dengan aku ni? No... Aku tak boleh jatuh cinta dengan Fatin.... no no no' Aiman bermonolong sendiri.

"Kau maybe tak kan jatuh cinta dengan budak tu. And maybe jugak yang budak tu sukakan kau. Now aku cabar kau untuk pastikan yang dia jatuh cinta dengan kau. Boleh kau sahut cabaran aku Aiman Zikry?" Ujar Akmal.

Terbeliak mata Aiman tatkala Akmal mencabarnya. Tetapi dia still cool. Dia senyum senget. "Well, aku kan pantang dicabar so, aku sahut cabaran kau Akmal. Aku akan pastikan yang Fatin tu akan jatuh cinta dengan aku. Please give me 2 months" ujar Aiman bangga.

Akmal senyum senget manakala geng² yang lain hanya menjadi cctv. Maka bermulalah misi Aiman untuk menambat hati Fatin.

Please...vote sekali gaiss😭

Aiman&FatinWhere stories live. Discover now