part 1#terlanggar

913 41 4
                                    

Seperti biasa Aiman selalu datang lewat ke sekolah. Dia pergi ke sekolah menaiki motor RXZ kesayangannya.

sampai sahaja di sekolah, dia meletakkan motornya di tempat yang telah disediakan.

Selepas itu dia meletakkan beg galasnya di hentian ilmu lalu menuju ke tapak perhimpunan.

Dia duduk bersama geng²nya. Mereka membelagakan tangan sempena ketua mereka sampai.

"Wey Man, aku ada cerita nak kongsi kat kau ni" ujar Hilmi.

Aiman mengangkat keningnya tanda 'apa'.

"Ada junior ni kan... Lawa giler wey. Memang menguji lah iman aku bila tengok dia."

"Kepala bana kau. Habis Zara kau tu nak campak mana? Kau jangan mi... Nanti Zara 'bunuh' kau baru lah menangis tak berlagu.. Haha"

"Heish kau ni! Aku bukannya sukakan budak tu. Aku just cakap budak tu lawa je. Takdenya lah aku nak kan budak tu. Tapi kalau Kau nak aku percaya. Lagipun kau sorang je yang single-mingle. Cuba lah try... Mana tahu rezeki kau dapat budak ayu tuu..."

Ujar Hilmi. "Tak da maknanya lah aku nak try budak tu. Aku ni malas lah nak ada awek... Kena jaga perasaan orang lagi. Kau tahu kan aku ni hidup simple je. Aku tak nak ah..." Balas Aiman sedikit tegas.

"Suka hati kau lah man.... Tapi yang pasti kau mesti terpaut dengan budak tu. Dah lah cantik, ayu, suara dia... Pergh... Memang Aiman kau tak kuat punya!"

"Whatever. AKU TAK KAN PERNAH CAIR DENGAN BUDAK TU!" Kata Aiman. Geng²nya menggeleng kan kepala melihat Aiman.

*******

Aiman menyuruh geng²nya pergi masuk ke kelas dahulu memandangkan dia ingin ke tandas.

Semasa dia mendaki 'gunung kinabalu' (tangga) dia terlanggar seorang budak perempuan. Terjatuh sampai budak tu. Kesian...

"Buta ke? Dah tak nampak orang?" Soal Aiman dingun dengan muka angkuhnya. Budak itu memegang sikunya. Sakit do...

"Sorry lah bang. Tapi abang yang sebenarnya yang langgar saya..." Kata budak itu lembut.

'Nu nak goda aku ke? Suara... Mak aii... Tergugat iman aku. Eh² jap. Muka budak ni macam... Anak uncle Mansor je ni.. Siapa nama dia ni erk? Fa...Fatin!!! Baru ingat. Hurmm cun jugak budak ni.' Aiman bermonolong sendiri.

"Fatin?"ujar Aiman. 'Eh. Macam mana abang ni tahu nama aku? Jap... Muka dia ni mac familiar je. Kat mana eh? Errmm... Ni bukan ke anak uncle shah? Nama apa erk? Lupa pulak. Erm...Zikr! Baru ingat!'

Kau anak uncle Mansor kan? Dah lupa aku ke? Aku Zikry lah... Nyanyuk lah kau ni! Muda² lagi dah lupa." Ujar Aiman.

Macam mana diorang boleh kenal? Adalah sekali ayah mereka memperkenalkan mereka antara satu sama lain. Tu pun dah lama. Sebab tu mereka tak cam tu.
"Ehh saya ingat lah!"

"Hahaha. Suka hati kau lah." Kata lalu meninggalkan Fatin sendiri.

Fatin memandang Aiman dengan ekor matanya. "Huh! Menyampah!" Ujar Fatin sendiri sambil menaiki tangga yang seterusnya.

*******

Aiman cuba melelapkan matanya tetapu tidak boleh. Fikirannya masih terbayangkan muka Fatin yang putih bersih itu. Sungguh tenang. Dia senyum sendiri.

'Heish! Buat apa lah aku dok teringatkan budak tu. Please much kau dalam hidup aku!' Bisik hati Aiman.

Kring kring!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aiman malas mahu turun rehat jadi dia mengambil keputusan untuk tidur di dalam kelas.

Tiba² sahaja matanya berpusing ke kanan di luar tingkap. 'Fatin. Mesti nak turun rehat ni. Ah. Peluang baik ni!' Getus hatinya dengan sepantas kilat dia sudah berada sebelah Fatin.

"Hai." Sapanya ceria. Fatin hanya senyum sebaris. Itu pun tidak ikhlas. Malu mungkin.

"Saya nak turun rehat ni..."

"Aku pun. Jom lah rehat sekali. Aku tahu kau takde kawan lagi kan? Jom aku belanja." Pelawa Aiman. Tanpa sempat Fatin membuat keputusan, Aiman meluru memegang tangannya turun tangga.

Aiman menyuruh Fatin mengambil tempat manakala dia hendak membeli makanan.

Aiman mendapatkan Fatin bersama dengan makanan mereka.

Mereka makan tanpa banyak cakap. Mungkin masih belum biasa lagi. Tiba² ada seorang budak lelaki terlanggar Aiman.

Muka budak itu sudah pucat. "Sorry bang. Saya tak sengaja. Jangan apa-apa kan saya bang. Tolong lah. Saya minta maaf sangat²." Ujar budak itu bersungguh-sungguh.

Fatin memandang Aiman pelik. 'Pasal apa pulak lelaki ni bersungguh sangat mintak maaf? Macam lelaki ni buat kesalahan yang besar je. Terlanggar je pun.'

Bisik hati Fatin. Aiman tergamam. 'Macam mana ni... Tak kan lah aku nak marah budak ni depan Fatin pulak. Aduh... Kantoi pulak nanti.'

"Erm. Takpa lah. Kau tak nampak kan takdi. Dah. Bla." Ujarnya. Laju sahaja budak itu mengangguk.

Fatin masih lagi tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Kau takpayah nak fikir sangat lah pasal tadi. Makan cepat." Kata Aiman dingin.

'Aik? Aku pulak kena marah? Apa kes ni? Ah lantak lah.'

Permulaan yang membosankan😕 sorry gaiss😢 please... Vote sekali gaiss😭

Aiman&FatinWhere stories live. Discover now