part 4# tergoda ke?

419 15 0
                                    

Hari demi hari, ada saja cara Aiman untuk memikat hati Fatin.
Aiman yang dulu sudah berubah. Kini Aiman sudah tidak merokok. Korang tahu sebab apa Aiman dah tak nak merokok? Kita flashback dulu.

Flashback

Ketika itu Aiman dan Fatin berada di tasik matahari. Mereka sedang berjoging. "Awak... Tunggu lah kejap... Kita rest lah dulu... Penatlah." Adu Fatin.

"Heish kau ni...lembik lah. Harap je kurus. Baru satu pusingan dah letih. Kau tahu tak kalau jonging satu round, dapat membakar 1000 kalori. Bakar lemak kau tu lah." Ujar Aiman.

'Dah mula dah mulut dia yang pok pet pok pet tu... Aduh...' Bisik hati Fatin. "Eleh. Macam lah awak tu perfect sangat...huh!" Jawab Fatin.

"Oiit mangkuk! Aku cakap ni untuk kita berdua lah. Aku sedar diri aku. Bukan macam kau. Dah sedar diri yang dia tu makin hari makin gemuk tapi still tak nak buat senaman!" Tegur Aiman.

"Wah²... Sedap je kata kat orang yang kita ni gemuk. Saya still kurus lagi lah. Awak tu saya tengok semakin hari dah macam monster dah.Awak apa tahu." Balas Fatin lagi. "Eh mulut kau tu buleh senyap tak? Bising lah! Sekali lagi kau keluarkan bunyi, aku cium kau."

Ugut Aiman. Serta-merta Fatin senyap. Aiman ni kalau dia cakap nak buat, dia akan buat. "Dah. Kau kata nak rest kan? Jom kita duduk di pondok tu." Aiman menunjukkan sebuah pondok kecil kepada Fatin.

"Fatin, aku nak tanya kau sikit lah..." Ujar Aiman yang membuka bicara semasa mereka berada di dalam pondok. Fatin mengangkat keningnya tanda 'apa'. "Erk... Sebenarnya macam ni... Kau minat lelaki macam mana erk?" Soal Aiman gagap.

Yelah. Tak pernah² pulak dia tanya perempuan. Fatin memegang dagunya tanda berfikir. "Saya minat lelaki yang sweet, pandai didik saya, handsome, tak merokok, and yang paling penting bukan gangster. Sebab saya takut dia pukul saya." Ujar Fatin panjang lebar.

Aiman menelan air liur. Dia tahu yang dia bukan ciri² yang Fatin suka. "Ooo. Kalau lah aku cakap yang aku ni macam ciri² yang kau nak, kau terima aku tak?" Soal Aiman tanpa segan silu.

Fatin mengerutkan dahinya. "Awak ni dah kenapa? Of curse lah tak... Tak kan lah saya nak terima awak. Hubungan kita terlalu dekat tahu? Awak anak kawan babah saya. Tak kanlah saya nak terima awak." Ujar Fatin. Aiman sedikit kecewa dengan jawapan Fatin.

Tapi ada betulnya kata Fatin. Kalau dia bereda di tempat Fatin pun dia akan kata demikian. Tapi itu tak bermakna dia dah give up. Dia akan terus rapat dengan Fatin. Tidak kira apa yang berlaku. Dia tak kan kalah dengan geng² nya.

"Eh mana tahu. Jodoh kau dengan aku." Balas Aiman pula. Fatin tergelak kecil. Aiman mengerutkan dahinya. 'Dah kenapa pulak budak ni gelak? Sakit jiwa ke? Ke aku ada salah cakap?" Aiman bermonolong sendiri.

"Please oky! Saya tak kan terima awak. Oky, kalau memang Allah dah ditakdirkan untuk saya ni dengan awak, saya redha. Tapi buat masa ni. Saya tak nak fikir. Ada paham Mr. Abang?" Ujar Fatin. "Lagipun awak ni bukan ciri² yang saya nak. And one more thing, saya rasa awak ni mesti gangster kan? Sampai buleh pukul kawan saya sampai lebam tu" jawabnya lagi.

"Erk. Aku mana ada gangster. Time tu aku tengah bengang gila kot. Sebab tu aku pukul dia. Kau apa tahu." Bela Aiman. "Hurrm yelah. Saya tahu awak ni sebenarnya baik. Cuma awak tak tunjuk. Kalau awak ni gangster, dah lama saya mati tau. Hahaha" gurau Fatin.

Aiman hanya senyum senget. Tidak sangka yang semua kata² Fatin tadi betul. Aiman hanya mampu berdoa agar Fatin tidak tahu tentang dirinya.

End flashback

"Hye sayang!" jerkah Aiman yang membuatkan Fatin sedikit terkejut. Pantas sahaja tangannya menupuk bahu Aiman. Aiman mengaduh kesakitan. "Tu la... Siapa suruh jerkah orang sangat... Kan dah kena..." Marah Fatin. Ketika itu mereka berada di hentian ilmu.

"Heish kau ni. Aku nak manja² dengan kau je. Ini pulak yang Aku dapat. Dah lah sakit. Tak padan dengan body kecik tapi tangan tu berbisa. Macam otai masih berbisa lah." Fatin mengecilkan matanya. Dia mencubit lengan Aiman.

"Aduh! Sakit lah!" Sekali lagi Aiman mengaduh kesakitan. "Apa kena mengena saya dengan otai pulak?" Fatin masih lagi mencubit lengan Aiman.

"Aduh! Oky² kau tak de kena mengena dengan otai... Dah lah. Lepasla... Sakit lengan aku kau cubit." Ujar Aiman. Selepas itu Fatin melepaskan tangannya yang mendarat di lengan Aiman. "By the way, ada apa awak datang sini?" Soal Fatin kepada Aiman.

"Nak tengok buah hati pengarang jantung sendiri pun tak boleh ke? Lagipun ni kan waktu rehat. Kau ingat tempat ni hanya untuk kau sorang ke?" Soal Aiman pula. "Saya tak cakap yang ni tempat saya and one more thing, asal erk awak selalu je rapat dengan saya. Tak de kerja ke? Asal tak berkepit je dengan geng² awak tu?"

Fatin menunjukkan sekumpulan geng² Aiman yang berada di hujung sana. Ramai lah jugak. Aiman hanya memandang sekilas ke arah geng²nya. "Malas ah. Boring jugak kalau hari² hadap muka diorang tu." Jawab Aiman selamba.

"Aku ada beli kek. Jom makan." Ujar Aiman. Dia membuka bekas yang berisi kek cheese. 'Eh Zikr ni macam tahu² je favorite aku. Alahai kek... Jangan lah kau buat aku terliur dengan muka kau ni...' Fatin bermonolong sendiri.

"Tak palah. Awak makan je sorang. Saya dah kenyang." Dalih Fatin. Dalam hati Aiman, sudah tergelak. 'Macam lah aku tak tahu yang kau nak sebenarnya. Tapi kau ego.' Aiman bermonolong sendiri.

"Alah kau ni. Dengan aku pun nak malu ke? Nah. Bukak mulut aku nak suapkan." Arah Aiman. Fatin hanya mengurut. Terdapat kesan comot di bibir Fatin. Aiman menyapu kesan comot itu dengan tangannya.

"Kau ni... Makan comel tapi comot." Ujar Aiman lembut. 'Haish Zikr ni nak goda aku ke? Suara... Fuh rasa nak pengsan pun ada.' Getus Fatin. Aiman Dan Fatin bertentang mata. Aiman tersenyum tangannya masih lagi di bibir Fatin.

Jantung Fatin berdegup kencang di saat ini dan pastinya Aiman juga merasakan demikian. Lama jugak mereka bertentang mata sehingga didengari siulan nakal oleh geng² Aiman. Cepat² mereka mengalihkan pandangan. Geng² Aiman datang ke arah mereka.

"Bro, kalau dah suka tu ape lagi? Kasi on je lah" usik Akmal sambil memegang bahu Aiman. "Hesih kau ni. Sibuk je." Marah Aiman. Dia menjeling ke arah geng² nya. Geng²nya tergelak kecil. Manakala Fatin hanya menundukkan kepalanya. Malu lah tu.

"Tengok Fatin dah malu tu. Bla la wey..." Halau Aiman. "Adik, kalau Aiman ni sakitkan hati adik, adik bagitahu je abang oky? Tahulah abang nak ajar dia ni." Ujar Hilmi. "Eh aku pulak. Takde maknanya lah aku nak sakit kan hati dia. Dia ni permata aku tahu dah² bla." Geng²nya akur dengan kata Aiman.

"Awak ni kan... Memang nak mati sungguh la..." Marah Fatin. "Jangan lah marah sayang..." Usik Aiman. Fatin mengecilkan matanya manakala Aiman mengangkat tangannya tanda 'peace'.

"Dah lah. Aku nak balik kelas. Kau habiskan kek ni kalau tak... Macam biasa lah. Denda kau ialah kiss." Arah Aiman. Fatin menjeling kepada Aiman. Aiman tergelak kecil. "Janganlah jeling² sayang... Tergoda I." Fatin menjelirkan lidahnya.

"I love you" bisik Aiman sambil mengenyitkan matanya. Terbeliak mata Fatin tatkala mendengar ayat yang keluar daripada mulut Aiman. 'Dah kenapa Zikr ni? Gila? Nak goda aku ke? Erk. Ya Allah... Bantu lah hamba mu ini. Kuatkan lah iman ku ini. Amin' Fatin bermonolong sendiri.

Aiman&FatinWhere stories live. Discover now