"Nak abang tolong ke?" Soal Aiman semasa mereka sampai di rumah Qasrina. "Eh tak payah lah bang. Baju Syu tak banyak pun. Abang tunggu sini je lah." Tolak Fatin lembut.
"Oky lah kalau Syu dah cakap macam tu."
"Syu masuk dulu. Tunggu tau."
"Ya sayang." Ujar Aiman lembut.
Semasa menunggu adiknya mengambil pakaiannya, ada orang menegurnya.
"Assalamualaikum. Err mintak maaf lah kalau saya ni menyibuk. Tapi nak tanya, encik cari siapa ye? Mungkin saya boleh tolong encik carikan orang yang encik nak tu." Soal Hafrez ramah sambil mengukir senyuman.
"Waalaikumussalam. Eh tak lah. Saya tengah tunggu adik saya." Jawab Aiman dan juga membalas senyum.
"Ouh adik.. Abang Fatin ke?"
"Ha'ah. Abang Fatin. Macam mana encik tahu?"
"Hehe. Kebetulan saya terjumpa dia dekat Aeon big and saya ternampak pulak dia di taman hari itu lepastu tegur dia."
Muka Aiman berdecip. "Ouh. So, kiranya dah kenal lama lah dengan adik saya tu?"
"Tak lah kenal lama sangat." Balas Hafrez. 'Huh! Bakal abang ipar aku ni handsome jugak. Tapi apesal takde rupa seiras macam Fatin je?' Bisik hati Hafrez.
'Apesal aku macam tak sedap hati je dengan budak ni erk? Aku rasa macam budak ni sukakan Syu. Hurrmm'
Aiman bermonolong sendiri. Lama juga mereka berdiam diri sehingga dikejutkan oleh Fatin.
"Hai Fatin. Dah kenapa bawak beg besar ni?" Soal Hafrez sambil melambaikan tangannya. Fatin juga membalas lambaian itu.
"Saya nak balik rumah babah saya. Err by the way, abang ni jiran kak Ina dan juga kawan Syu. Hafrez nama dia. Hafrez, this is my beloved brother. Aiman."
Fatin memperkenalkan abangnya kepada Hafrez. Mereka bersalaman. "Aiman Zikry." Senyuman sebaris ditunjukkan.
"Hafrez Mikhail." Mereka berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain.
"Umur berapa ni?" Soal Aiman.
"24 tahun..." 'Bang... Ke adik? Ke sebaya? Ahh lantak engkau larhhh' Hafrez bermonolong sendiri.
"Ouh beza satu tahun je lah kita ni. Saya 25 tahun. By the way, Syu dah siap kemas? Jom lah balik. Nanti babah bebel pulak."
Ujar Aiman yang ingin menukar topik perbualan mereka.
"Alah. Babah tak marah punya sebab, Syu kan ada dengan abang..." Balas Fatin manja sambil melentokkan kepalanya di atas bahu Aiman. Aiman senyum senang. 'Macam tahu² pulak yang aku nak buatkan budak Hafrez tu cemburu. Huhu.' Getus hatinya.
"Sayang...Hafrez tengok tu. Sorry lah Hafrez. Budak ni memang manja pun." Kata Aiman.
"Haha. Tak palah. Biasa lah tu adik nak bermanja dengan abang...." Ujar Hafrez ceria. Dia sedikit hairan dengan perlakuan dua beradik itu. 'Tak kan lah abang pun dia nak peluk macam bf? Hurrmm. Mesra semacam je. Aku dengan Tiara pun taj macam diorang. Whatever lah janji Fatin ni milik aku'
"Hehe. Sorry Rez. Saya tak ingat yang awak ada sekali. Oky lah. Kitorang dah nak gerak ni. Bang, tolong angkat beg Syu boleh? Tak larat la.." Ujar Fatin manja.
'Heish kau ni Syu. Asal kau gatal sangat ni? Dulu tak pun manja tahap nak potong kaki ni. Malunya dekat Hafrez! Mesti dia ingat aku gedik. Aduh mak aii...' Fatin bermonolong sendiri.
"Hurmm. Yelah. Pergi masuk dalam kereta." Arah Aiman. Fatin mengangguk lalu memasuki kereta abangnya tetapi dihalang oleh Hafrez.
"Err... Fatin, saya nak nombor telefon awak. Senang boleh jumpa. Kalau rindu pun boleh call." Kata Hafrez. Fatin tidak banyak soal. Terus sahaja dia memberikan nombor telefonnya kepada Hafrez.
YOU ARE READING
Aiman&Fatin
Short StorySebut sahaja nama Aiman zikry,pasti ramai yg mengenalinya. Siapa tidak kenal Aiman Zikry? a k.a ketua gangster di sekolah menengah Tun Baharun.Ramai pelajar perempuan meminatinya.Well, dia handsome kot of course lah ramai yg minat dekat dia. Walaupu...