part 27#Zikr mati?

210 8 0
                                    

Lalu, dia cuba untuk mendapatkan Fatin. Tetapi tidak berjaya.

"Itu je? Kalau itu je yang kau boleh buat memang kau tak layak untuk Syu. Balik lah wey! Kau ni lemah!"

Hafrez tergelak kecil.

"Aku tak kan pernah menyerah. Fatin adalah anugerah daripada Allah untuk aku jaga. Walau dalam keadaan apa sekali pun, dia tetap milik aku!" Selepas berkata, dia mengeluarkan pistolnya.

Dia mengacukan pistol itu kepada Aiman.

"Kalau kau tak kan lepaskan Fatin, tahu lah nasib kau."

"Wah²! Dah pandai nak bunuh orang ye! amazing!"

"Aku tak cakap pun nak bunuh kau. Tapi kalau kau nak, aku oky je."

"Oky. Try lah bunuh aku. Tapi kau ingat, kalau kau bunuh aku, Syu pun aku bunuh juga. Biar semua tak dapat Syu. Aku dan syu pun boleh hidup tenang di sana." Aiman mengeluarkan pistolnya lalu mengacukan di kepala Fatin.

Hafrez menelan air liurnya. 'Macam mana ni? Ya Allah. Bagi lah aku petunjuk Mu. Aku tak sanggup kehilangan Fatin. Aku perlukan dia dalam hidup aku. Aku mohon kepada Mu.' Bisik hatinya.

Dalam tidak sedar, kawan² Aiman membantu Hafrez. Akmal dan Daniel menghalang perbuatan Aiman. Aiman terkejut.

"Rez! Tembak dia sekarang!" Laung Daniel.

"Shit korang! Aku dah cakap kan jangan masuk campur. Arghh!!!"

Hafrez pun menembak tepat mengena perut Aiman. Darah berlumburan.

"Cepat bawak Zack pergi hospital!!!" Jerit Hilmi. Yang lain mengangguk.

"Maafkan kami Zack." Ujar Akmal dan Daniel serentak lalu mengangkat tubuh kawannya ke kereta.

Hafrez pula mengangkat Fatin untuk dibawa ke hospital.

*********

Dia membuka mata melihat sekeliling semua putih. Matanya pula beralih ke kanan. Melihat seorang lelaki tidur sambil memegang tangannya.

Dia senyum kecil. Dia mengusap lembut rambut lelaki itu. Tiba² lelaki itu terjaga.

"Eh sayang! Sayang dah bangun. Allhamdulilhah! Maaf sebab biy tidur tadi." Kata Hafrez sambil mengosok matanya.

Fatin tersenyum.

"Sayang nak makan tak? Meh biy suap."

Fatin akur.

"Kenapa sayang senyap je? Tak nak cakap dngn biy dah ke?"

"Tak de lah. Penat lah nak cakap." Kata Fatin lemah.

"Maafkan biy sebab lambat datang selamatkan sayang. Biy buntu nak cari sayang dekat mana. I'm so sorry princess." Kata Hafrez sambil mengusap pipi Fatin.

"Tak pa lah biy. At least biy selamatkan sayang. Sayang bersyukur sangat. thank you biy."

"You most welcome. Princess."

"Biy, babah dan umi tak datang ke?"

"Nanti mereka datang. Otw."

Fatin mengangguk.

"Sayang, biy nak tanya, kenapa Zikr buat sayang macam ni? Dia tak kasihan ke dekat sayang?"

"Tah lah biy. Sayang pun tak tahu. Apa yg sayang tahu, sayang bersyukur sangat semuanya dah berakhir."

Hafrez senyum melihat Fatin gembira.

*********

Sebulan kemudian...

Hari ini majlis perkhawinan Fatin dan Hafrez. Hafrez bersiap-siap untuk ke masjid. Tiba²....

"Woi! Kau buat apa ni ha?! Lepaskan aku!" Jerit Hafrez apabila matanya nya tertutup dengan kain dan tangannya diikat.

Soalan Hafrez tidak dijawab. Dalam 10 minit, kereta berhenti.

Hafrez dicampakkan di dalam stor.
Matanya dibuka.

"Kau? Kau ni tak habis² lagi kan nak kacau hidup aku! Aku nak khawin pun kau sibuk nak culik aku! Apa kau ingat ni drama ke ha?!" Jerit Hafrez

Aiman senyum senget.

"Kau yang kacau aku dulu. Kau yang rampas Syu daripada aku. Kau tak kan hidup tenang Hafrez..."

"So sekarang ni kau nak bunuh aku lah?!"

"Yes! Pandai pun kau! So, ada apa² yang kau nak cakap sebelum kau mampus ni?" Ujar Aiman sambil mengacukan pistol ke arah Hafrez.

Hafrez senyum kecil.

"Aku nak cakap yang... Kau tak kan pernah berjaya untuk bunuh aku..."

Ayat Hafrez tergantung. Di belakangnya menekan sesuatu.

Aimam masih tidak faham dengan senyuman dan kata² Hafrez.

"Jangan bergerak! Kami polis! Letakkan senjata!" Jerit satu suara.

"Jahanam kau Hafrez!"

Hafrez senyum tetapi tidak lama kerana dia merasa sesuata yang amat pedih terkena di dadanya.

"Zikr!" Laung satu suara.

Aiman menoleh.

Pang!

Satu tembakan sekali lagi terkena di dadanya. Rupanya Lutfi yang menembak Aiman.

"Rez!!!" Jerit Fatin. Dia terkejut melihat Hafrez yang berlumburan dengan darah.

"Rez..." Ujar Fatin dalam tangisan.

"Abang Lutfi! Please. Call ambulance!" Jerit Fatin kepada Lutfi.

Hafrez senyum pahit. Dia memegang pipi Fatin.

"Janganlah nangis princess. Saya oky..."

"No! Awak tak oky! Sabar ye. Kejap lagi ambulance datang." Kata Fatin.

'Syu lebih pilih budak tu berbanding aku. Sekarang aku tahu dimana kedudukan aku di hati dia. Aku patut relakan dia pergi...'

Bisik hati Aiman apabila melihat Hafrez dan Fatin. Banyak darah keluar daripada badannya. Amat perit dirasakan.

"Maafkan aku Syu...." Kata Aiman. Perlahan-lahan matanya tertutup.

Tak lama kemudian ambulance datang lalu dua orang mengangkat Hafrez.

Fatin berasa ada orang memanggilnya. Tidak sedar bahawa Aiman terlibat sekali. Dia pergi mendapatkan Aiman. Dia mengoncangkan tubuh lelaki itu tetapi tiada respon.

Air mata mulai jatuh apabila Aiman tidak sedarkan diri.

"Abang Lutfi!!!!" Jerit Fatin. Dia memeluk erat tubuh Aiman.....

Aiman&FatinWhere stories live. Discover now