part 22# kawan baik

150 10 1
                                    

Apabila sampai di rumah kedua Aiman di terengganu, dia mempersilakan adiknya masuk ke dalam.

"Rumah ni hanya ada kita berdua je. Kau kalau nak masak ke apa ke buat je lah. Kau pilih je bilik mana yang kau nak. Ni rumah kau jugak tak lama lagi."

Ujar Aiman. Fatin yang sejak tadi diam membisu.

Aiman menghela nafasnya apabila melihat Fatin diam sahaja.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Soal Aiman sedikit tegas.

"Heish! Dengar lah! Ingat orang ni pekak ke?!" Jawab Fatin kasar.

Aiman memegang bahu Fatin. "Syu. Pandang aku."

Fatin kaku. Dia tidak memandang abangnya. "Nurul Fatin Syuhada my dear. Please pandang saya." Ujar Aiman lembut. Mengoda pun ada jugak.

Nak tak nak terpaksalah juga Fatin memandang Aiman.

Dia mengusap lembut pipi Fatin. Fatin memejamkan matanya. Aiman tahu apa yang dia lemah. Sentuhan Aiman yang selalu mengusap lembut pipinya bagai di khayalan.

"Sayang... Saya buat semua ni untuk kebaikan kita juga. Saya tahu awak pun sayangkan saya kan? Saya tahu awak terpaksa bertunang dengan Hafrez. Sebab nak lupakan saya. I know you very much dear. Please... Jangan dera hati awak kalau betul awak sayangkan saya."

Ujar Aiman mengoda.

Fatin membuka matanya. Melihat Aiman bergitu hampir dengannya membuatkan dia menjadi takut. Dia menjauhkan sedikit mukanya.

"Sa...saya nak naik atas." Ujar Fatin lalu memanjat tangga naik ke atas bilik.

Aiman mendail nombor Akmal. Dia ingin berbincang dengan kawannya.

"Mal, kau jemput semua kawan² kita. Aku dah lama tak jumpa korang. Dalam pukul 3 aku sampai tempat biasa."

Usai bersuara dia menuju ke bilik Fatin. Dia mengetuk pintu adiknya.

"Syu!" Laung Aiman di luar.

Fatin membuka sedikit pintunya. Dia mengangkat kening.

"Aku nak keluar ni kejap. Kau duduk dalam rumah ye. Jangan pandai² nak keluar tanpa izin aku. Faham?"

Fatin mengangguk lemah. Aiman mengulumkan senyuman. Dia mengusap kepala Fatin.

"Sa...yang kau!" Ujar Aiman seperti biasa.

"Erm. Saya nak solat. Bye." Kata Fatin cepat² menutul pintu biliknya.

Aiman sedikit terguris dengan perlakuan Fatin. Sepanjang mereka bersama, Fatin tidak pernah tidak membalas perlakuannya. (Korang faham tak? Harap² faham lah.)

"Benci sangat ke dia dengan aku? Sampai dia tak nak gosok kepala aku?" Soalnya sendiri.

'Kau kena faham yang dia tidak suka kau buat macam tu. Sabar Man. Banyak lagi masa kau nak pikat hati dia semula. Rilek.'

'Hurrmm. Ye lah. Aku rilek.'

'Dah kata nak jumpa Akmal kan? Jom lah pergi. Kesian kat dia tunggu lama.'

*******

"Man, kau apa khabar? Lama tak jumpa kau." Ujar Hilmi. Mereka berjabat tangan.

"Aku sihat. Tu lah. Lama tak jumpa korang. Kali terakhir pun dekat sekolah masa nak ambik result SPM."

"Ha, ada apa kau ajak kami jumpa ni? Tak kan lah pasal nak jumpa je." Kata Daniel.

"Kau ni macam tahu² pulak. Oky lah aku nak cerita ni. Err... Sebenarnya aku... Aku nak join balik group kita..." Jawab Aiman gagap.

Terkejut kawan² Aiman mendengar kata²nya.

"Kau biar betul Man... Bukan ke kau dah cuci tangan? Kami oky je kau nak join balik. Tapi ape apasal kau nak join ni?" Soal Daniel.

"Aku... Aku... Nak Syu selamat dengan aku. Aku perlukan korang untuk selamatkan kami."

"Syu? Syu mana pulak ni? Bukan ke kau couple dengan budak Fatin tu? Kau curang dengan dia ke?" Soal Hilmi.

"Heish kau ni. Syu tu Fatin lah. Kan nama dia Nurul Fatin Syuhada. Dah lupa lah tu." Balas Aiman. Hilmi menepuk dahinya.

"Aku lupa wey. Sejak dah khawin ni aku banyak lupa pulak. By the way, apasal dengan Fatin? Dia dalam keadaan bahaya ke sekarang ni? Eh aku pening lah dengan cerita kau ni. Cakap satu². Cuba cakap sepenuhnya." Kata Hilmi.

Aiman menghela nafasnya. Dia menceritakan segalanya yang berlaku antara dia dan Fatin.

Geng²nya mengangguk faham.

"Sabarlah bro. Aku tahu kau kuat. Tapi... Time korang adik-beradik tu aku tak boleh bla. Seriously? I can't believe it... Sepuluh tahun wey korang bersama. Tup² couple dengan adik sendiri rupanya. Sabar oky? Kitorang ada untuk kau." Kata Akmal sambil menepuk baju rakannya.

Aiman senyum pahit.

"So. Secara rasminya kau ahli dalam kumpulan ni. Selamat kembali Aiman. Ops. Silap Zack." Ujar Daniel.

"Korang... Aku dah lama kot tinggalkan benda ni. Tak kan lah still tak de ketua?"

"Kami masih lagi tunggu kau Zikr. Aku tahu suatu hari nanti kau pasti akan kembali lagi dalam kumpulan silent killer ni. Dan akhrinya kau datang jugak." Jawab Daniel.

'Betul ke apa yang aku buat ni?' Bisik hati Aiman.

Ya. Silent killer adalah nama kumpulan mereka. Ditubuhkan sejak tingkatan satu lagi. Tapi ketika itu mereka cuma suka buli kanak² kecil sahaja.

Aiman Zikry. Seorang lelaki yang suka membuli, merokok, panas baran, suka memberontak, dan sebagainya.

Aiman Zikry terpaksa masuk sekolah juvana kerana dia telah membunuh seorang budak lelaki semasa dia form 2. Daddy dan mummynya meminta permohonan untuk dipindah kan pula di SMK Tun Baharun semasa form 3.

Tetapi perangai nya masih lagi tidak berubah. Makin galak sikapnya apabila berkawan dengan kawan yang tidak berguna tetapi dia berjanji dengan dirinya sendiri tidak akan membunuh orang lagi. Setakat buli dia itu sudah menjadi hobinya. Apabila berada di dalam silent killer, secara automatik nama Aiman ditukar menjadi Zack. Entah kenapa kawan² nya memanggilnya Zack.

Entah kenapa sikapnya begitu. Terlalu gangster. Mungkin sebab daddy dan mummynya tidak menghiraukannya. Dia diberi kebebasan, kewangan. Tetapi dia tidak mahu semua itu. Dia cuma mahukan kasih sayang daddy dan mummynya.

Abang Lutfi dan kak Ina? Langsung tidak bertegur sapa dengannya. Mereka seperti orang asing walaupun tinggal sebumbung. Dia terasa terabai sangat. Kawan²nya sahaja ada untuknya. Sebenarnya Lutfi juga ahli dalam silent killer. Tapi dia jarang bersama dengan mereka sejak dia menjawat jawatan sebagai polis.

Dulu, dia dan Aiman seorang pembunuh yang terkenal. Dan tiba² sahaja Aiman ingin keluar disebabkan Fatin. Geng²nya tidal marah. Mereka semua baik dan sporting. Jangan korang ingat kalau gengster je mesti jahat. No! Itu bukan mereka. Dia juga berjanji tidak akan memberitahu apa² pasal silent killer sebab dia juga sebahagia daripada mereka.

"So, kau nak kami tolong apa?" Soal Hilmi yang telah mematikan lamunan Aiman.

"Err. Buat masa ni aku nak korang jangan bagitahu Lutfi dimana aku dan Syu berada. Dia tak tahu aku bina rumah dekat terengganu. Dia cuma tahu rumah aku dekat rawang. Tolong sangat. Jangan bagitahu Lutfi." Semua geng²nya mengangguk faham. Kawan dalam kesusahan mestilah kena tolong kan?

"Kau rilek je bro. Pandai² lah kami cover." Jawab Hilmi ikhlas.

Aiman memandang kesemua geng²nya. "Thanks semua. Aku hargai sangat." Ucap Aiman.

"No hal lah bro. Selagi aku hidup, insyaAllah aku boleh bantu. Dah. Jom pergi makan. Aku belanja semua. Sempena kedatangan Zack kembali dalam kumpulan kita." Balas Hilmi. Mereka bersorak keriangan.

Please... Vote sekali gaiss😭

Aiman&FatinWhere stories live. Discover now