Aiman dan geng²nya melepak di tangga semasa waktu pulang. Geng² nya perasan akan sikap Aiman yang mendiamkan diri sejak tadi lalu menegurnya. "Hai... Dah angau bercinta ke bro?" Soal Hilmi. Aiman hanya senyum senget.
"So... Betul lah dia jatuh cinta dengan kau? Aku tak boleh bayangkan macam mana kau pura² luahkan isi hati kau dekat budak tu. Meh aku cuba ye...." Ujar Hilmi. Dia berdehem sedikit sebelum menyambung percakapannya.
"Fatin...aku cintakan kau. Aku..aku tak boleh hidup tanpa kau. Kau lah my first love. Will you be my girlfriend?" Hilmi mengajuk percakapan Aiman. "Ha,siapa nak jadi Fatin?" Soal Hilmi kepada geng²nya lalu Akmal mengangkat tangannya.
"Aku! Meh aku try ye. Ehem... Sebenarnya saya pun cintakan awak. Tapi saya takut awak tolak cinta saya." Akmal mengajuk percakapan Fatin. Ramai geng²nya tergelak kecil melihat Hilmi dan Akmal berlakon.
"Oh Fatin, sebenarnya aku yang sepatutnya takut kalau² kau tak boleh terima aku. Kau bagaikan matahari bagiku yang selalu menyinari hidupku. I love you sooo much dear." Ujar Hilmi romantik.
"Dah lah wey, not funny gaiss" ujar Aiman kepada Hilmi dan Akmal. Mereka gelak besar melihat muka Aiman sudah merah menahan malu. "Hahaha kau ni. Rilex lah. Bukan ada budak tu pun. Meh aku nak berlakon lagi." Gurau Hilmi.
"So, bila kau nak buat budak tu nangis tak berlagu? Nak lah jugak sesekali tengok budak yang dikatakan pandai tu tiba² je down sebab putus cinta. Jahat kan aku ni? Hahaha takpa. Kau lagi jahat sebab mainkan cintanya." Sampuk Akmal.
Malas hendak melayan kerenah geng²nya laju sahaja dia meninggalkan geng²nya. Dia berjalan di sebalik dinding tiba² dia terserempak dengan Fatin sehingga membuatkan mereka sama² terkejut. Dia melihat mata Fatin berair.
Dengarkah dia tentang lakonan antara Hilmi dan Akmal sebentar tadi? "Aaaa Syu, aku boleh explain. Sebenarnya...." Ujar Aiman tiba² terasa pipinya pedih akibat ditampar oleh Fatin
"Sebenarnya kau apa?! Sebenarnya kau nak cakap yang geng² kau cakap tadi tak betul?! Aku dengar and siap tengok lah wey! Sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku?! Salah ke kalau aku cintakan kau?! Salah ke?!"
Tengking Fatin di hadapan geng² Aiman.Geng² Aiman terkedu mendengar Fatin menengking Aiman. Boleh tahan jugak suara budak ni. Pecah gelengdang telinganya . Aiman juga terkejut dengan perlakuan Fatin. Tidak pernah² pulak dia mendengar Fatin menengkingnya sebegini. Biasanya dia yang selalu menengking Fatin kini terbalik pulak.
"No no no. Kau tak salah nak cintakan aku. Geng² aku tadi berlakon je. Mereka saja je nak sakitkan hati aku. Percayalah. Aku memang betul² sayangkan kau. Cintakan kau. Please. Trust me dear." Ujar Aiman lembut sambil mengusap pipi Fatin.
Fatin menepis perbuatan Aiman. Dia meninggalkan Aiman dan geng²nya. "Ini Semua korang punya pasal! Kalau aku dapat tahu yang Fatin bencikan aku, nahaslah korang!!!" Ugut Aiman kepada Hilmi dan Akmal.
Fatin menunggu babahnya mengambilnya di pondok menanti ibu bapa. Sudah lah hanya dia seorang yang berada di situ. Tiba² datang sekumpulan lelaki menghampirinya.
"Hai cik adik. Sorang je ke? Nak abang temankan tak?" Ujar lelaki itu. Fatin menjadi semakin takut tatkala lelaki itu menghampirinya lalu cuba untuk menciumnya.
"Kurang hajar!!!" Laung Aiman. Dia memukul lelaki itu sehingga lebam geng² Aiman membelasah geng² lelaki itu. Di dalam hati, Fatin berasa sangat² bersyukur kerana Allah masih sayangkan nya.
Laju sahaja tangannya memegang lengan Aiman. Aiman berhenti memukul lelaki itu. "Ya Allah Syu! Kau Oky? Aku mintak maaf sebab tak dapat jaga kau elok². Maafkan aku Syu... Aku gagal lindungi kau..."
Ujar Aiman lembut sambil memeluk erat tubuh kecil Fatin. Fatin membalas pelukan Aiman. Sesungguhnya dia selamat sangat bila berada di sisi Aiman.
Aiman kembali memukul lelaki itu. Dia memegang kolar baju sekolah lelaki itu. "Berani kau cium dia? Binatang kau!!!" Hambur Aiman. Dengan perasan marah meluap-luap, dia memukul lelaki itu sehingga terkeluar cecair. Darah!
"Zikr. Dah lah" ujar Fatin lembut sambil memegang lengan Aiman. Serta merta Aiman terhenti memukul lelaki itu. Dia selalu kalah dengan Fatin.
"Kau dengar sini, kalau aku tahu kau ganggu dia lagi, nahas kau! Korang! Settlekan mereka" arah Aiman. Geng²nya akur dengan arahan Aiman. "Dah lama jugak aku tak pukul orang ni. Sesekali apa salahnya. Lama tak buat kerja dulu kan Hil?" Ujar Akmal.
Hilmi mengangguk tanda setuju. Aiman dan Fatin menuju ke tempat letak motor. Sampai sahaja di situ, dia bertanya kepada Fatin. "Syu, kau oky? Dia ada buat apa² tak dekat kau? Ada sakit² tak?" Dia membelek tangan Fatin kalau² ada cedera.
Fatin tidak bersuara. Dia menahan air matanya daripada gugur. Dia tidak mahu Aiman melihat matanya yang berair itu.
"Syu, aku tahu kau nak nangis. Nangis je lah. Aku sentiasa ada di sisi kau. Kau luah je apa yang kau rasa dekat aku. Aku sedia mendengar" ujar Aiman lembut.Terus sahaja Fatin memeluk tubuh sasa Aiman. Dia menangis dalam pelukan Aiman. Aiman membalas pelukan itu. "Saya... Takut... Tolong jangan tinggalkan saya..." Ujar Fatin sambil menangis teresak-esak.
"Aku tak kan pernah tinggalkan kau. Aku janji yang aku akan selalu ada di sisi kau. Aku akan lindungi kau. Aku sayangkan kau." Kata Aiman lembut. Dia mengusap kepala Fatin yang ditutupi tudung sekolah itu. Sekali pandang dah macam ayah dan anak pulak. Fatin melepaskan pelukannya.
Aiman mengelap air mata Fatin dengan jari jemarinya. "Kau dah oky tak?" Soal Aiman. Fatin hanya mengangguk. Dia mengukir senyumannya. Aiman membalas senyuman kepada Fatin. Dia mengusap kepala Fatin yang ditutupi tudung sekolah.
"Sa...yang kau!" Ujarnya. Fatin juga mengusap kepala Aiman tetapi dia perlu menjinjinglah. Biasa lah tu. Dia kan pendek. "Sa....yang Zikr saya!" Ujarnya ceria. Mereka tergelak kecil.
Please... Vote sekali gaiss😭
YOU ARE READING
Aiman&Fatin
Short StorySebut sahaja nama Aiman zikry,pasti ramai yg mengenalinya. Siapa tidak kenal Aiman Zikry? a k.a ketua gangster di sekolah menengah Tun Baharun.Ramai pelajar perempuan meminatinya.Well, dia handsome kot of course lah ramai yg minat dekat dia. Walaupu...