Sudah tiga minggu dia tidak berjumpa dengan Fatin dan sejak tiga minggu itu juga lah Aiman kini boleh terima takdir itu. Tetapi dia masih mencintai perempuan itu. Susah sekali untuk melupakan Fatin.
Sepanjang tiga minggu dia tinggal di rumah daddynya. Dia banyak berdiam diri sahaja di rumah. Keluar bila nak makan atau ada kerja yang penting. Selebihnya dia berkurung di dalam bilik.
Kadang² dia hanya makan sekali sahaja. Pada waktu tengah hari. Badannya juga sudah kurus sedikit. Sudah banyak kali ditegur oleh orang tuanya tetapi tidak diendahkan.
Semasa di meja makan, semua orang senyap. Hanya mendengar belagaan sudu dan garfu sahaja. "Zikr dah kenyang. Zikr naik dulu." Ujarnya lalu meletakkan pingan dan gelas di dalam sinki lalu naik atas biliknya.
Keluhan dilepaskan oleh Lutfi. Dia sedih melihat adiknya yang tidak bermaya itu. Walaupun banyak kali dinasihat, hasilnya tetap sama. Aiman masih lagi dengan perangai yang mendiamkan diri sahaja.
"Arrggghh!!!" Jerit Aiman di dalam biliknya. Terkejut Lutfi mendengar jeritan itu. Dia menaiki tangga lalu menuju ke bilik adiknya. Di susuli juga dengan isterinya,uncle shah dan aunty Ana. Pintu diketuk. "Zikr! Bukak pintu ni!"
Panggil Lutfi di luar. Tiada sebarang respon. "Ya Allah. Bang. Macam mana ni? Saya dengar macam Zikr lempar benda tadi. Macam kaca. Bang... Saya takut lah" ujar aunty Ana.
"Takde pilihan lain ni. Long, pecahkan pintu ni." Arah uncle Shah. Lutfi mengikut arahan daddynya. Sebaik sahaja pintu berjaya di pecahkan, mereka meluru masuk melihat keadaan Aiman.
Mereka semua terkejut melihat Aiman yang sedang duduk merapatkan kakinya ke dada sambil menangis dan tangannya terluka. Aunty Ana memeluk erat anaknya.
"Ya Allah Zikr... Kenapa ni sayang? Jangan lah buat macam ni. Kami risau Zikr. Mummy sedih tengok kamu macam ni. Tolonglah Zikr. Jangan buat kami risaukan keadaan Zikr." Ujar aunty Ana sambil menangis.
Aiman tidak menjawab. Dia hanya menangis.
"Papa!" Laung satu suara. Mereka semua menoleh. Melihat Firash menuju ke arah Aiman lalu memeluknya. Aunty Ana melepaskan pelukannya. Biarlah budak itu yang memujuk Aiman.
"Papa, kenapa papa nangis? Kenapa tangan papa banyak darah?" Soal budak kecil itu. Aiman hanya mendiamkan dirinya. "Papa, kenapa papa tak nak jumpa mama? Dia hari² nangis. Dia kata dia rindukan papa. Kesian dekat mama. Papa janganlah gaduh lagi dengan mama. Rash sedih tengok mama hari² nangis"
Ujar budak itu. "Mama ada kat rumah Rash ke?" Soal Aiman mendatar. Budak itu mengangguk. Aiman memeluk erat anak saudaranya.
"Kenapa mama tak nak datang sini?" Soal Aiman kembali.
"Mama takut bila jumpa papa. Dia kata dia takut papa nangis. Mama bagitahu Rash yang dia sa...yang papa. Dia suruh Rash beritahu papa yang mama rindukan papa." Ujar Firash.
"Papa pun rindukan mama sayang. Rindu sangat. Rash tolong bagitahu mama yang papa sayangkan dia sangat². Papa tak boleh hidup tanpa dia. Papa rindukan mama..." Firash mengelap air mata Aiman.
"Mama cakap lagi, yang dia tak nak papa nangis. Nanti kat rumah pun mama akan nangis sama. Papa jangan lah nangis lagi. Oky?" Pujuk Firash.
Semua ahli keluaga terkejut melihat Firash yang berjaya memujuk Aiman. Uncle Shah menarik nafas lega.
Aiman mengangguk kepalanya. "Ya sayang. Papa janji yang papa tak kan nangis lagi. Come. Hug me." Firash memeluk kembali Aiman.
"Papa rindukan mama..."
*******
Dia turun dari tangga lalu menuju ke dapur. Mencari segelas air untuk menghilang kan dahaganya. Usai minum, dia pergi ke ruang tamu. Niatnya untuk menonton televisyen."Mama..." Panggil budak itu. Fatin menoleh melihat Firash, serta kakak dan abang iparnya baru sahaja pulang. "Sayang dah balik? Nenek dan atok sihat?" Soal Fatin lembut sambil memeluk anak buahnya.
"Atok dan nenek sihat. Papa..."
"Papa? Papa kenapa sayang?" Soal Fatin gelisah. Risau juga kalau² Aiman melakukan di luar jangkaannya.
"Papa cakap dia rindukan mama... Papa sayangkan mama. Papa kata dia tak boleh hidup tanpa mama. Papa cakap lagi yang dia pun taknak tengok mama nangis jugak. Papa dengan mama jangan lah gaduh lagi oky." Pujuk budak kecil itu.
"Ya sayang. Mama janji mama tak kan gaduh lagi dengan papa. Mama pun sayangkan papa, rindukan papa. Oky. Mama dah tak nangis dah." Ujar Fatin ceria.
"Dah... Rash, jom ikut daddy masuk dalam. Kita tengok movie hantu..." Ajak Zaim suami kepada Qasrina.
Firash melompat keriangan di sisi Fatin. Dia memang gemar menonton movie hantu. "Mama. Rash nak tengok movie hantu. Boleh tak Rash nak ikut daddy?" Soalnya kepada Fatin. Fatin hanya mengangguk dan melepaskan pelukannya lalu membiarkan budak kecil itu mengikut daddynya.
Qasrina pula duduk di sebelah adiknya. "Dah lah Syu. InsyaAllah semuanya akan oky. Syu sabar je k? Nanti Syu akan jumpa juga dengan Zikr nanti." Qasrina mengusap belakang Fatin.
Fatin mengangguk. Dia merebahkan kepalanya di atas bahu Qasrina. Cecair jernih sudah mengalir laju di pipi Fatin. Qasrina memeluk erat Fatin. Fatin membalas pelukan itu.
"Saya rindukan dia kak. Dah tiga minggu tak jumpa. Dia sihat tak kak?" Qasrina mengangguk. "Alhamdullihah. Dia sihat. Cuma agak kurus. Kadang² dia makan sekali je. Akak risau sangat tengok dia."
Luah Qasrina. Dia menjadi sebak melihat keadaan adiknya yang tidak terurus tadi. Bulat mata Fatin mendengar luahan Qasrina. 'Ya Allah. Sampai begitu sekali dia menangungg. Aku tidak tega melihat dia sakit Ya Allah. Sembuhkan lah dia.'
Getus hati Fatin. Semakin lebat air matanya mengalir. "Syu rindukan dia akak. Syu nak tengok keadaan dia..." Ujar Fatin sebak. Qasrina mengusap lembut rambut Fatin.
"Ya. Akak tahu kamu rindukan dia. Sabar k? InsyaAllah. Tak lama lagi kamu boleh jumpa dia. Ini semua demi kebaikan kamu berdua." Ujar Qasrina.
Walaupun Fatin tidak berapa faham dengan kata² Qasrina tadi, dia hanya mengendahkan. Tidak mahu serabuk kan otaknya yang telah menggila lagi.
Sesungguhnya dia terlalu merindui lelaki itu. Lelaki yang bernama Aiman Zikry. Fatin mengharap agar Allah sampaikan rindu ini kepada Aiman Zikry.
Please... Vote sekalu gaiss😭
YOU ARE READING
Aiman&Fatin
Short StorySebut sahaja nama Aiman zikry,pasti ramai yg mengenalinya. Siapa tidak kenal Aiman Zikry? a k.a ketua gangster di sekolah menengah Tun Baharun.Ramai pelajar perempuan meminatinya.Well, dia handsome kot of course lah ramai yg minat dekat dia. Walaupu...