part 24 #perangai Zikr

135 11 0
                                    

"Syu... Bangun sayang." Panggil satu suara. Fatin yang mendengar suara itu perlahan-lahan matanya terbuka. Melihat sekujur tubuh yang amat dekat dengannya.

Tiba-tiba sahaja tubuhnya mengigil ketakutan. Air matanya sudah berair. Aiman mengusap rambut Fatin.

"Shhh... Don't cry my dear...aku minta maaf Syu sebab pukul kau. Aku... Aku tak tahu apa yang rasuk aku semalam. Maafkan aku..." Rayu Aiman sambil memeluk tubuh kecil Fatin.

"Pergi mampus lah kau dengan maaf kau tu!!! Apa yang kau janji dengan aku dulu?! Kau cakap kau tak kan pernah tampar or pukul aku! Mana janji kau?! Aku benci kau Zikr!!!" Jerit Fatin kuat. Dia melepaskan pelukan Aiman.

"Maafkan aku Syu... Aku tak boleh kawal perasaan aku bila kau kata suruh lepaskan kau. Aku cintakan kau Syu. Aku tak boleh hidup tanpa kau."

"Cinta? Hey! Kau dengar sini!!! Cinta aku dekat kau dah MATI sejak kau pukul aku. Aku terlebih boleh hidup kalau kau tiada. Sebab apa? Sebab aku dah cintakan Hafrez. Bukan kau." Ujar Fatin. Ya. Memang dia sudah mencintai Hafrez.

Mata Aiman terbeliak. Sampai hati Fatin kerana sudah tidak mencintainya lagi. Malah mencintai orang yang paling dibencinya. Dia menarik kasar rambut Fatin.

"Kau dengar sini! Kau sepatutnya cintakan aku! Bukannya jantan tak guna tu!!!"

Fatin tergelak kecil sambil memegang rambutnya yang terasa amat sakit.

"Sekurang-kurangnya dia tu jantan. Bukan kau. Perangai SETAN!!!" Balas Fatin kurang ajar.

"Kurang ajar kau Syu!!!"

Pang!

Satu tamparan oleh Aiman telah hinggap di pipi Fatin. Fatin menundukkan kepalanya. Fatin menahan air mata daripada gugur. Dia harus kuat untuk menentang Aiman yang sudah gila hasutan syaitan.

"Ini je yang kau boleh buat? Pukul lah lagi!!! Mana tali pinggang kau yang kau pukul aku semalam?! Pukul lah aku sampai mati kalau itu yang kau puas, pukul aku Zikr!!!" Jerit Fatin.

Aiman terpinga-pinga. Dia tidak bermaksud untuk berbuat demikian kepada Fatin.

'Pukul dia Man! Biar dia serik sikit! Kurang ajar perempuan ni! Kalau boleh biar dia mati!'

'Jangan Man! Kau gila ke?! Kau jangan dengar dia ni cakap! Jangan pukul Syu Man! Bukankah dia yang paling kau cinta? Kau jangan buat kerja dulu. Kau kan dah berubah.'

'Haha. Bila masa dia berubah? Dia cuma tinggalkan sementar kerjanya. Dan sekarang dia dah kembali. Kau tak payah nak tunjuk baik lah depan Aiman! Kau pun sama je jahat!'

'Kau... Kau ni memang gila! Selalu hasut manusia dengan perbuatan yang salah! Dasar SYAITAN!!!'

"Eh korang berdua ni boleh senyap tak? Aku dah bosan dengar korang bergaduh!!! Aku serik tahu tak!!!!" Ujar Aiman yang memarahi dirinya sendiri. Fatin yang berada di sebelahnya agak terkejut melihat Aiman bercakap sendiri.

Aiman memandang Fatin. Dia menelan air liurnya.

"Arrghh!!!kau pun sama je! Tak pernah faham perasaan aku! Menyemak je!" Marah Aiman kepada Fatin sambil menolak perempuan itu sehingga jatuh.

Aiman beredar daripada biliknya. Sempat lagi dia mengunci pintu bilik. Risau jika Fatin melarikan diri.

Fatin mengaduh kesakitan akibat Aiman menolaknya. Dia memegang sikunya.

"Sampai hati kau Zikr buat aku macam ni. Kau memang betul² sudah berubah. Mana Aiman Zikry yang aku kenal dulu? Mana Aiman Zikry yang penyayang, baik hati, and selalu buat aku happy bila bersama? Aku sudah tidak kenal Aiman Zikry yang sekarang.Ya Allah. Bantu lah hamba mu ini... Hafrez... Tolong Fatin Rez. Fatin tak kuat. Fatin takut. Fatin nak Rez."

Ujar Fatin. Dia mengalirkan air matanya. Dia sudah tidak tahan diperlakukam begini. Dia didera oleh abangnya sendiri. Semata-mata cinta mereka tidak akan pernah kemana.

Aiman akan buat apa sahaja asalkan dia dapat apa yang dia nak. Walau dengan cara membunuh sekali pun.

Fatin mengelap air matanya. Badannya mengigil.

"Rez... Tolong Fatin... Fatin perlukan Rez."

Please... Vote sekali gaiss😭

Aiman&FatinWhere stories live. Discover now